Petang itu, aku
mendapat panggilan telefon dari rakan sekolah lamaku,sekolah menegah. Panggilan
jemputan untuk menghadiri reunion batch.
Aku tersandar di
kerusi termenung. Segalanya kembali berputar dimainkan. Tentang masa laluku.
Tentang perbuatan lepasku. Tentang ketamakanku. Tentang Bilal. Entah berapa
tahun nama itu tidak lagi pernah meniti di bibirku. Aku sendiri lupa.
Separuh dari
rasaku ingin meminta maaf. Namun egoku menidakkan. Aku fikir aku dan masalah
egoku takkan berkesudahan dan egoku akan sentiasa membuat aku dihantui sesal
panjang.
Mungkin aku tidak
patut hadir ke majlis itu. Aku yakin dia dijemput. Dan aku tahu dia akan pergi. Majlis seperti
ini masakan dia akan lepaskan peluang begitu. Ah,aku cuma menyangka. Mengapalah
aku tidak terus bertanya sebentar tadi.
Tapi bila aku
hadir nanti,semuanya akan kembali jelas. Masa laluku. Yang aku cuba
tinggalkan. Yang aku cuba lupakan.
Sekarang aku
telah berkerjaya dan aku suka dengan kerjayaku.Aku ada Jaguar. Aku ada
Kawasaki. Aku ada banglo mewah pada usia muda sebegini. Aku ada segalanya. Kecuali ketenangan. Kerana
terkadang rasa itu menghantui aku kembali.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abah melipat Utusan setelah selesai membaca akhbar itu,lalu
menarik cawan putih beralas piring dekat ke bibir. Kopi 2434 dihirup tenang. Bayu
petang meredah masuk melalui tingkap yang terbuka separuh.
“Faidz,tak keluar
main ke petang ni? Cuaca elok je hari ni."
To Be Continued..
Bila-Tak-Tahu
Sape rasa nak tembak saya guna Heckler-Koch MP5.....Angkat Tangan Tetinggi
Comments
Post a Comment