Skip to main content

Cerita Air Paip


Bismilllah. Lama kiranya sejak kali terakhir aku mencoret sesuatu.

Untuk kali ini,izinkan aku berkongsi kisah air paip.

Moga ada pengajaran yang diambil dari sudut yang positif.

Akhir tahun lepas, kakak ku pulang ke rumah untuk semester break. Kakak pulang beberapa minggu lebih awal dariku. Selepas tamat ujian Summative 2013, cuti dua minggu bermula. Itulah cuti paling panjang sebelum aku menduduki AS Exam.

Namun,apabila aku menjejakkan kaki ke rumah,yang aku dapati cumalah kakak yang 'terbongkang' tidur dalam bilik. Bermulalah sesi 'mengadu' adik menceritakan kerenahnya yang tidak dilayan kakak. Akulah terpaksa melayan,mendengar  semua cerita kucing,kawan, mak tak bagi beli itu, mak suruh buat ini dan blabla.

Aku tidak ingat bila, tetapi apabila aku merasa dahaga kerana terik yang berbahang,aku ke dapur membuka peti sejuk. Dan aku dapati satu botol air Mountain Dew yang berisi air kosong. Lantas ku gapai dan ku teguk.

Apabila aku kembali ke bilik, aku bersuara: Sape ajo mu minum air Mountain Dew tu?

Aku mendapat maklumat bahawa Air Mountain Dew tidak elok. Tambahan lagi, botol tu tak pernah pernah wujud dalam peti sejuk. Maka,aku hairan.

Adikku menjawab : Air kakaklah. Kakak minum..

Oooh. Make Sense.

Keesokan harinya,apabila tanganku capai botol air minuman tu lagi,aku dapati air sejuk sudah tinggal sedikit. Cukup untuk beberapa teguk sahaja. Mesti adik minum tak isi balik ni. Nanti mulalah kakak bebel. Ahhhh. Aku teguk dan habiskan dulu air tu untuk hilangkan dahagaku.

Here comes the devil. (Aku dan adik selalu kenakan kakak,tapi nilah benda paling keji aku pernah buat kat dia ) Idea datang dan aku tanpa ragu melaksanakan. Aku refill air kosong dalam botol tu dengan air paip. (Well, kau tak boleh bezakan kan air ni air paip ke air masak since warna dia sama ) Apabila aku ingin meletakkan kembali botol itu di tempat asalnya,aku tehenti seketika.

Terlintas di hatiku, aku tahu tak baik dan aku buat dalam keadaan tahu benda tu tak baik. (Takpe,dia kakak aku.) Tapi kesian pulak. Ahh,buat apa nak kesian kat tunggul kayu tu. Dan aku meneruskan niat tidak baik ku dengan memperingatkan diriku sendiri,satu hari nanti aku akan dapat balasan yang sama. Bagaimana? Wallahu 'alam. Dan aku terus warning adik jangan minum air dari botol kakak tu lagi.

Tengah hari itu, mak nak memasak. Aku dan adik berada di dapur untuk menolong mak. Adik keluar dari  dapur dan di tangannya memegang botol air kakak.

Aku : Firuz! Jangan minum! Kan aku dah cakap aku isi air paip. Padan muka dia.

Mak yang mendengar terkejut. : Astaghfirullahal'azim. Jangan buli kakak. Tak baik.

Aku tahu. Tahu tak baik. Dan deep down,aku harap adik curah balik air paip tu dan gantikan dengan yang baru. Tapi aku tak tahu adik gantikan ke tak. Dan aku tak pernah suruh.

Jadi aku tak tahu kakak minum air paip ke air masak.

Aku sentiasa yakin perkara baik akan dibalas dengan kebaikan, dan perkara buruk juga sedemikian rupa. Aku tak maksudkan cara kita layan orang juga akan sama. Tak. Sebab manusia tak adil. Aku maksudkan perkara dengan Tuhan. Dan semua yang kita buat ada timbal baliknya. Sebab kita ada Tuhan.

Tapi kita tak boleh cakap dan justify sesuatu mengikut ilmu dan rasa kita. Sungguh kita memang terbatas. Jadi kita tak boleh cakap macam ni (contoh) : Haa, ko tahu tak kenapa mata dia sepet sebelah? Dulu dia ejek orang. Seakan akan kita tahu yang memang tu balasan Allah nak bagi kepada dia. Tak boleh. Kenapa tak boleh. Sebab ilmu dan tahu kita terbatas. Mana tahu dia dah bertaubat dan menyesal sebelum mata dia sepet lagi? Mana tahu Allah dah ampunkan dia? Mana tahu dia dah mintak maaf dulu lagi dengan orang yang diejek tu?

Saya tahu perkara ni seakan sudah terbiasa dengan masyarakat kita. Masakan tidak. Lihatlah pada komentar masyarakat sejurus selepas penguguman pesawat MH370 hilang.

"Tulah. Hidang arak lagi..."

"Pramugari pakai lagi seksi seksi..."

Allahu Akbar. Maaf maaf. Saya tidak katakan semua orang bersikap begini. Tapi di sinilah wajar untuk kita ambil peringatan dan pengajaran.

Ilmu dan tahu kita terbatas untuk setiap perkara. Terkadang lancang kita bercakap sehingga lupa asas ini.

Ok. Berbalik kepada cerita air paip tadi, agak agak saya dapat balasan tak? Bagaimana saya dibalas?

:) ceritanya nanti bersambung lain waktu. Insya Allah.









Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...