Skip to main content

Manusia Yang Terburu Buru


Bismillah. Sungguh,manusia diciptakan dengan sifat terburu buru.

Bila berdoa,kita ingin terus dijawab. Bila ditimpa masalah,kita ingin terus selesai. Bila datang rasa sedih, kita ingin terus melupakan. Bila melabur,kita ingin terus melihat hasil. Bila berguru,kita ingin terus bergelar alim.

Ya! Begitulah secara semulajadinya sifat manusia yang jika tidak dibentuk akan meranalah kita. Ayuh renung sejenak tentang semua yang telah kita kecapi dan lalui. Tentang masa lalu. Detik gembira dan kemenangan. Waktu sedih merundung rasa. Mana satu yang membawa kita dekat kepada Allah?

Jadi inilah persoalannya : Bagaimana jika setiap satu apa yang terjadi adalah panggilan untuk kita kembali kepada Allah?

Jika kita cemerlang,bagaimana sekiranya sebenarnya kecemerlangan itu adalah satu bentuk panggilan dari Allah untuk kita agar menjadi hamba yang lebih taat dan bersyukur kepadaNya?

Jika kita dilanda musibah,bagaimana sekiranya sebenarnya musibah yang datang bertimpa tangga itu adalah panggilan dari Allah untuk mengajar dan menegur kita agar mendekatkan diri kepada Nya?

Bagaimana? Indah bukan jika kita menanam pemikiran sebegini dalam hidup kita?

Ya.Kita selalu mengklasifikasikan dunia dalam dua keadaan: suka dan sedih. Saya tidak kata seorang mukmin itu tidak layak untuk merasa bahagia dan hidupnya harus sentiasa diuji agar dekat dengan Allah. Tidak! Bahkan bahagia dan sedih itu sebenarnya rezeki dari Tuhan.

Panggilan dari Tuhan bukan hanya melingkupi aspek antara kita dengan Tuhan sahaja. Bahkan antara kita dengan makhluk ciptaannya. Bagaimana? Di sinilah letaknya pintu untuk dibuka dengan kunci mata hati.

Saya bagi satu contoh: Apabila seseorang berlaku zalim terhadap kita seperti menyebarkan perkara buruk yang tidak benar tentang diri kita,pasti kita sedih bukan? Tapi dengan memahami rasa perit dan sedih ini mampu membuat kita berjanji untuk tidak akan sesekali mengulangi perkara yang sama terhadap orang lain. Ini satu panggilan dari Tuhan. Untuk kita menjadi hamba yang baik dengan menjauhi penyebaran fitnah dan mengumpat sesama kita.

Kerana itu saya katakan indah seandainya kita punya pemikiran sebegini. Tambahan lagi,hati kita takkan gundah dengan ribut dan kemarau kerana kita percaya bahawa Allah itu maha Mengatur segalanya. Dengan percaya Allah merancang sesuatu yang lebih baik akan buatkan kita melepaskan apa yang kita nak dan tunggu kejutan dari Tuhan.

Jadi jangan gundah kalau doa masih belum terjawab. Bersangka baiklah. Sama ada Tuhan menjawab tepat pada waktunya atau Tuhan gantikan dengan perkara yang lebih baik,kita bersangka baik. Kita dipanggil sebenarnya.

Manusia ini fitrahnya memerlukan Tuhan.Dan salah satu hukum dunia yang aku pelajari : Bila kita merasakan kita cukup,kita tidak akan rasa memerlukan.Inilah sebabnya mengapa kita perlukan Tuhan. Hidup kita takkan pernah cukup,takkan pernah lengkap tanpa Tuhan. Dengan merasai kita ada Tuhan akan buat kita rasa cukup bukan?

Here is the twist. Bila kita mula lupa diri, rasa perlu kepada Allah akan beransur pergi. Which is why,bila kita senang kita mudah lupa Tuhan. Which is why kita cuma cari Tuhan bila rasa susah.

Sebenarnya,panggilan Tuhan bukan cuma terhad menziarahi Tanah Haram. Kerana kuasa Allah itu infinity, rahmatnya tidak terbanding.

Alangkah indahnya jika setiap perkara dapat kita lihat dan anggap: Inilah Panggilan dari Tuhan buatku. Sungguh,aku berdosa.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....