Skip to main content

The Blessed One


Beruntung bukanlah mereka yang pandai dan cepat belajar,
beruntung adalah mereka yang mempunyai semangat ingin tahu,
tidak mudah putus asa dan sentiasa mencuba.

Beruntung bukanlah mereka yang hidup tanpa masalah dan sengketa,
beruntung adalah mereka yang tetap berdiri di saat yang lain berputus asa,
mereka yang mengambil peluang untuk belajar dari pengalaman.

Beruntung bukanlah mereka yang sempurna derianya,
tetapi beruntung adalah mereka yang memilih untuk mendengar dari berhujah,
mereka yang memilih untuk melihat tanpa dibutakan nafsu.

Beruntung bukanlah mereka yang kaya dengan pengetahuan,
beruntung adalah mereka yang belajar dari resam padi,
bukan menghina diri tapi merendah hati.

Beruntung bukanlah mereka yang lahir dengan bakat hebat,
beruntung adalah mereka yang bernekad dan ada tekad,
memilih untuk bukan sekadar cakap lebat.

Beruntung bukanlah mereka yang punya segalanya,
beruntung adalah mereka yang tahu menghargai perkara sedia ada,
tanpa tamak haloba ingin membolot kesemuanya.

Beruntung bukanlah mereka yang tidak pernah silap,
beruntung adalah mereka yang berani mengaku kesilapan sendiri,
mereka yang bukan melarikan diri dan belajar untuk tidak mengulangi kembali.

Beruntung adalah mereka yang sedar dunia ini sementara,
mula bercucuk tanam untuk nanti menuai hasilnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....