Skip to main content

Cuma Alat


Terima kasih Tuhan kerna memberi lagi aku peluang untuk hidup dengan sihat.

Yang bermakna Tuhan masih memberi peluang untuk aku bertaubat dan jadi lebih baik, makin baik.

Dalam hidup ni banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan perkara yang dirancang mungkin takkan berlaku atau ambil waktu untuk berlaku. Dalam erti kata lain, Tuhan merancang yang terbaik untuk kita tapi semua ni bergantung macam mana kita melihat.

Aku pernah tutup mata aku sebab aku tahu perkara tu akan berlaku. Dan aku tak nak perkara tu berlaku tapi aku tak mampu buat apa - apa. Jadi aku memilih untuk tidak melihat dengan anggapan apabila semuanya berlaku ia akan jadi lebih mudah untukku menerima segalanya. Dan tu adalah kesilapan paling besar pernah aku buat dalam hidup. Aku sampai sekarang apabila teringat pilihanku akan datang sekelumit sesal dalam dada.

Aku sepatutnya hidup waktu tu, menghargai setiap detik, lebih lebih lagi setelah aku tahu ia akan berakhir sekejap masa lagi. Tapi aku lebih risau akan masa depan, lebih risau sakit di hati, dan takut dengan masa depan. Dan bila aku fikir balik sekarang, mungkin kalau aku kurangkan risau, mungkin kalau aku 'cherish' that moment, aku dapat bekalkan sedikit kenangan indah antara yang pahit tu. Mungkin dengan kenangan tu aku akan terus berikhtiar untuk bertahan sebab aku nak semuanya kembali sedia asal.

Ya. Kita merancang kehidupan kita. Mahukan pelajaran yang sempurna. Mahukan pekerjaan yang hebat. Gaji lebih lima angka. Pasangan yang memenuhi kritea kita. Dan kalau diseneraikan panjang rumah-anak-kereta dan seumpamanya cukup satu kertas kajang depan belakang.

Satu perkataan untuk mengelakkan kita dari dikaburkan dengan sifat tamak haloba kepada dunia : Syukur. Dengan apa yang kita ada sekarang, diri sendiri lebih tahu kita ni sudah dikira bernasib baik atau tak. Kalau asyik pandang orang yang lagi lebih dari kita dengan hasad nanti hati tak tenang. Sentiasa nak lagi dan lagi. Dan akhirnya sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya.

Thorin Oakenshield pun mula mula dulu tak percaya yang dia akan jadi tamak macam datuknya. Sehinggalah dia dikaburi dengan apa dia nak.

Jadi ingatlah diri, dalam hidup ni semua benda tu cumalah alat yang akan kita gunakan untuk sampai ke seberang sana. Bukan destinasi akhir.






Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Manusia Hina dengan 5 Perkara

Manusia Hina dengan 5 Perkara: 1) Jahil atau tak ada ilmu sebab bersikap malas dan rasa cukup.  2) Suka tangguh kerja.  3) Malas dan pemalas. Banyak bagi alasan dan cincai melakukan kerja.  4) Tidak memperbaiki kelemahan dan keaiban diri sendiri.  5) Akhlak dan tabiat yang buruk. 

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...