Begitu jauh tangan yang menghulur
tidak tercapai untukku sambut
bagaimana sampai untuk ku melambai
sedang hati menyatakan sakit
Biar semua ini rencana diri
namun ada bait berlagu sedih
antara impian dan tanggungjawab
aku memilih diri
Maafkan aku sekali lagi
setelah berjanji untuk setia di sisi
aku kini melangkah lagi pergi
Maafkan aku kerana berjanji diluar kemampuan diri
aku tidak dapat melindungi seperti yang aku impi
Sehingga jalan takdir kita bertembung sekali lagi
sehingga itu bertahanlah
dan hiduplah,
wahai cahaya hidupku.
sedang hati menyatakan sakit
Biar semua ini rencana diri
namun ada bait berlagu sedih
antara impian dan tanggungjawab
aku memilih diri
Maafkan aku sekali lagi
setelah berjanji untuk setia di sisi
aku kini melangkah lagi pergi
Maafkan aku kerana berjanji diluar kemampuan diri
aku tidak dapat melindungi seperti yang aku impi
Sehingga jalan takdir kita bertembung sekali lagi
sehingga itu bertahanlah
dan hiduplah,
wahai cahaya hidupku.
Comments
Post a Comment