Sepanjang jalan berliku ini,
dalam kaburnya jalan menuju esok,
jujurlah pada diri dan terus berlari,
berbekalkan takwa dan percaya kepada Tuhan.
Waktu kau bergelut dengan masa lepas,
sesal dan ragu dengan pilihan semalam,
jangan mudah menyerah kalah,
kenang kembali kenapa kau mula berjuang.
Jangan biarkan halangan
membuat kau persoal kebolehan diri
Jangan biarkan cabaran
membuat kau berhenti mencuba
atau menjadi alasan kau terhenti
Jangan biarkan ketakutan
menghalang kau dari bermimpi
Ketika dunia hari ini mula menggila,
Semoga kau miliki sekeping hati yang dapat melihat,
bahawa bahagia itu dengan memberi,
dan bahagia itu dengan berkongsi.
Dan walau sekarang kita terpisah jarak,
kita di bawah langit yang sama,
terhubung dengan doa,
aku dan kau seperti biasa tetap kawan.
P/s: Hadiah untuk orang di Malaysia sempena Hari Lahir Beliau semalam. Terus kuat wahai sahabat semua! Untuk agama dan negara :)
Comments
Post a Comment