Skip to main content

Kasar Berkasar


Dulu, aku selalu acah acah jadi orang tak berperasaan. Berlakon jadi orang yang tak kisah, tapi deep down kadang kadang ada benda yang aku cakap aku tak kisah tapi sebenarnya aku kisah. Dan sejak aku masuk GMi aku amik watak orang bersikap kasar dan pentingkan diri. Kononlah nak cakap diri ni tough gitu.

Dan aku tak sedar benda tu jadi amalan sehinggalah ada satu ketika aku buat benda tu kat mak aku. Benda apa erk? Satu petang aku belikan mak makanan kesukaan mak sebab aku tahu mak dah lama tak makan. Dan alang-alang aku keluar tu aku singgah kedai tu dan belikan semua untuk mak. Dan bila aku balik kebetulan mak kat dapur tengah lepak tengok tv. Aku ambil pinggan dan piring untuk mak sebab mak tak suka makan dalam plastik terus macam tu even boleh je buat.

Dan bila mak tengok ada ikan goreng celup tepung, mak pon cakap: Ermm, ni macam mana anis nak makan ni, banyak sangat tulang ni. Dan aku pon jawab: Eh, tu yang mak punya. Mak ingat anis beli untuk anis? ( dengan nada yang biasa aku gunakan dengan kawan-kawan aku yang lain. Siapa pernah dengar macam mana intonasi aku guna ayat ni, akan cakap sangat kasar kalau dengan mak sendiri ) Dan mak pun senyap dan terus makan.

Sebagai anak, kadang-kadang aku perasan kalau ada yang aku buat tak kena tapi mak tak cakap. Aku tahu melalui reaksi atau perbuatan mak. Dan waktu tu aku baru tersedar: Allah, aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi. Aku tak minta maaf balik dan aku tak bangga dengan apa aku buat. Tapi aku sedar aku salah even mak tak tegur apa-apa. Bayangkan aku jawab macam tu padahal mak bukannya tanya, tapi statement risau sebab aku tak reti makan ikan banyak tulang dan mak nak kongsi ikan tu. Kasar kan?

Kerana benda tu seolah menjadi trademark untuk aku sejak aku masuk GMi, konon nya supaya orang anggap aku orang yang pentingkan diri. Dari satu sudut yang lain aku fikir macam tu supaya nak latih diri aku untuk tak harap balasan orang. Maksudnya kalau aku buat benda baik bukan untuk orang lain tapi untuk aku sendiri. Dan benda tu jadi amalan tanpa sedar dan akhirnya diluar kawalan bila dah sebati.

Memanglah mula-mula aku create the idea so that I’ll not hurt because of others or small things. That idea yang aku tanam seed dia dengan harapan keluar pokoklah. Dan untuk orang tak rasa terhutang budi dengan aku dan tak view aku sebagai good person. Kira macam cover lah lepas buat baik tapi acah-acah kasar camtu. Sebab aku nak lari dari persepsi orang yang aku budak baik.

Tapi aku takde niat nak buat macam tu kat mak. Well, aku tak kisah pon kalau aku buat kat kakak atau adik aku. In fact aku buat je kot. Even aku tahu aku berkasar dengan diorang. Dan again, aku tak proud dengan apa aku pilih untuk aku buat dan  apa aku pilih untuk jadi. Dan lepas tu aku realise, it’s not nice to hurt others feeling just sebab kau taknak kau disakiti.

And that’s just prove theory yang: Cuma orang yang terluka akan melukai. Benar, aku pernah terluka dan takut dilukai. Dan apa aku buat ialah tanpa sedar hurting others jugak just so aku taknak aku terluka. Dan benda tu makan diri aku. Mujur aku sedar dan berusaha nak buang balik.

Jadi orang kasar ni tak seronok sebenarnya. Cakap kasar, perbuatan kasar, tingkah laku kasar. Tak best sebab tak ngam dengan fitrah jiwa yang lembut. Eceh ceh ceh. Muntah roti. ( Banyak sangat makan roti kat sini. Kah kah kah ) Misi nak ‘keraskan’ hati bukan macam ni caranya. Kalau nak jiwa besar hati kental kena balik pada Allah, mintak kekuatan sebab macam mak selalu ulang: Kita langsung takde daya upaya nak buat apapun. Bukannya bajet kasar tough. 



Kalau bumi kering macam ni rupanya. Kalau hati kering pulak macam mana?
Jangan keringkan hati semata-mata taknak terluka. Nanti lama-lama hilang sifat belas dan ihsan.
Yang tinggal hanyalah: Pergi Mampos




Comments

  1. Dijah, tak salah kalau kau cakap sekali sekala kau rindu aku kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!! Apakah?? Jangan Spam please keh keh keh

      Delete
  2. kadang2 kita fikir kita guna kekerasan sebab sayangkan seseorang, nak protect lah gitu. padahal tanpa disedari, kita telah melukakan hati orang yang disayangi. sobs sobs :"(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...