Tiada siapa tahu ajal mereka bila dan di mana. Yang pasti kematian akan sampai tidak kira tempat dan masa. Sampai saat mayat kita diusung untuk ditanam, akan kita tinggalkan semua harta dan dunia di belakang. Jadi, persediaan apakah yang telah kita lakukan sepanjang kita di dunia? Bekalan apakah yang akan kita bawa bersama? Berikut adalah 7 perkara yang hendaklah kita berusaha untuk menyempurnakannya sebelum kita dipanggil Tuhan: 1. Sempurnakanlah 6 Rukun Iman- Percaya kepada Allah, Malaikat, Al-Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qadha' dan Qadar Allah. 2. Sempurnakanlah 5 Rukun Islam- Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Mendirikan Solat, Berpuasa di bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat dan Mengerjakan Haji. 3. Usahakanlah untuk khusyu' di dalam solat- Serendah-rendah khusyu' itu adalah kita sedar bahawa kita sedang solat dan setinggi-tinggi khusyu' itulah seperti solatnya sahabat Nabi saw, yang apabila dicabut daripadanya anak panah yang tertusuk di badan beliau ketika beliau sedang...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)