Skip to main content

Riya' Dalam Agama

Kadang-kadang kita terlalu sukakan pujian dan pengiktirafan daripada manusia lain sehingga timbul sikap suka menunjuk-nunjuk di depan orang ramai untuk mendapatkan pujian.

Adapun sikap membesarkan diri (sombong/bongkak) itu dipanggil takabbur, manakala rasa takjub atau hairan kepada diri sendiri akan kemampuan melakukan kebaikan itu dipanggil 'ujub.

Semua sifat di atas adalah sifat tercela.

Riya' itu ada 6 jenis.

1. Riya' Dengan Tubuh Badan- seperti melukis tanda sujud di dahi supaya dikatakan banyak mendirikan solat malam.

2. Riya' Dengan Kelakuan- seperti memejamkan mata supaya orang menyangkakan selalu berzikir.

3. Riya' Dengan Pakaian- seperti memakai pakaian bercompang-camping supaya dikatakan Zuhud.

Zuhud itu bermaksud dunia di tangan, bukan di hati, bila-bila masa sahaja boleh dilepaskan tanpa berat hati. Kita dibolehkan menuntut kemegahan dengan memakai pakaian kacak dan segak. Sama juga sekiranya kita memiliki ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Tidak termasuk dalam riya' untuk mengatakan saya berkebolehan.

4. Riya' Dengan Perkataan- seperti dalam berpidato atau memberi nasihat supaya dikatakan alim dan bagus.

5. Riya' Dengan Pekerjaan- seperti memanjangkan rukuk dan sujud dalam solat di hadapan orang lain.

6. Riya' Dalam Banyak Anak Murid Dan Berguru- seperti rajin menuntut ilmu dengan pelbagai guru.

Kata Fudhail Rahimahullahu Taala: Termasuk dalam riya' itu adalah orang yang meninggalkan amalan kerana takut dikatakan riya'.

Penyebab riya' itu ada tiga, iaitu suka dipuji, takut dicela dan tamak.

Tahukah kita, bahawa nama lain untuk Iblis adalah Azazil yang membawa maksud hamba Allah yang hebat. Tapi kerana sifat bongkak dan sombong Iblis yang ingkar dan enggan bersujud kepada Nabi Adam AS, tercabutlah hidayah daripadanya dan dijanjikannya neraka. Kerana sikap 'aku lebih baik daripada dia' (Nabi Adam AS), Iblis mendapat murka Tuhan.

Sifat agung dan besar itu adalah sifat Allah SWT. Tidaklah layak kita sebagai hamba yang kerdil dan hina ini memakai sifat Allah SWT. Dan di akhirat nanti mereka yang suka menunjuk-nunjuk kerana dahagakan pujian dan pengiktirafan manusia ini akan disuruh oleh Tuhan untuk mencari manusia dan bukannya Tuhan.






Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....