Skip to main content

7 Perkara Yang Perlu Disempurnakan Sebelum Bertemu Tuhan

Tiada siapa tahu ajal mereka bila dan di mana. Yang pasti kematian akan sampai tidak kira tempat dan masa. Sampai saat mayat kita diusung untuk ditanam, akan kita tinggalkan semua harta dan dunia di belakang. Jadi, persediaan apakah yang telah kita lakukan sepanjang kita di dunia? Bekalan apakah yang akan kita bawa bersama? 

Berikut adalah 7 perkara yang hendaklah kita berusaha untuk menyempurnakannya sebelum kita dipanggil Tuhan:

1. Sempurnakanlah 6 Rukun Iman- Percaya kepada Allah, Malaikat, Al-Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qadha' dan Qadar Allah.

2. Sempurnakanlah 5 Rukun Islam- Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Mendirikan Solat, Berpuasa di bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat dan Mengerjakan Haji. 

3. Usahakanlah untuk khusyu' di dalam solat- Serendah-rendah khusyu' itu adalah kita sedar bahawa kita sedang solat dan setinggi-tinggi khusyu' itulah seperti solatnya sahabat Nabi saw, yang apabila dicabut daripadanya anak panah yang tertusuk di badan beliau ketika beliau sedang solat, beliau tidak sedar dan tidak merasa sakit kerana khusyu' nya mendirikan solat.

4. Berusahalah Untuk Meninggalkan Perkara-Perkara Haram- Haram dari segi akidahnya seperti syirik atau kepercayaan tahyul dan khurafat, haram dari segi syariat seperti bab rezeki contohnya mengambil riba atau memberatkan timbangan, haram dari segi akhlak seperti bermulut jahat dan derhaka kepada ibu dan bapa.

5. Selalulah Bertaubat- Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku, nescaya akan Aku ampunkan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.(HR. Tirmidzi).

6. Usahakan Membuat Amalan Yang Kekal Mengalir Pahalanya- Jika seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. (HR. Muslim)

7. Usahakan Untuk Menulis Hutang- Kerana jika tiba-tiba kita meninggal dunia, waris boleh langsaikannya untuk kita. Hukum membayar hutang ini wajib. Kepentingan hutang dalam Islam ini dapat dilihat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282, satu muka surat penuh panjangya. Kerana itu apabila kita berhutang, bersegeralah untuk melangsaikannya. 

Hari Kiamat itu ada banyak panggilannya antaranya ialah Hari Penyesalan kerana pada hari itu manusia akan diperlihatkan kembali apa yang telah mereka lakukan di dunia dan ketika itu mereka berasa kesal yang amat tapi kesal mereka saat itu sia-sia sahaja. 

Kematian manusia itu ada tiga seperti yang diceritakan dalam surah Al-Waqi'ah:

1. Golongan Ashabul Maimanah- golongan yang menerima buku mereka dengan tangan kanan.
2. Ashabul Masy'amah- golongan yang menerima dengan tangan kiri.
3. Golongan Assabiquunassabiquun- golongan yang berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan.

Dan manusia di dunia ini terbahagi kepada tiga:

1. Dia sibuk dengan dunia, dia lupakan akhirat.
2. Dia sibuk dengan akhirat, dia lupakan dunia.
3. Dia sibuk dengan dunia, dia sibuk dengan akhirat.

Dan antara nikmat terbesar yang kita terima ialah kita dilahirkan dengan nikmat Iman dan Islam. Tanpa nikmat ini, bagaimanalah nanti nasib kita di akhirat sana. Semoga kita sentiasa ingat bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat itu jauh lebih kekal selamanya.


Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

Tuba For The Strangers

Islam began as something strange and it will return, just as how it began to being something strange again. So Tuba for those who are strange All of them : the first and the last. And who are the strangers? The Prophet saw once recast, Those who coreect the affairs at a time when the people become corrupt, those who departed frome the tribes. So Tuba for the strangers! The small group of the righteous people amongst a large number of the greedy people. Those who disobey are greater in number than those who obey Him. So what is Tuba? Tuba is a tree in a Paradise Its expanse is a hundred years journey and the clothes of the inhabitants of the paradise come from its branches. 8 March 2014 *third time

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...