Skip to main content

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.

       Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.

     Sabda Rasulullah:
                                 "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam hatinya sifat takbur,walaupun seberat zarrah"
                                                                                       (Riwayat Muslim daripada Ibnu Mas'ud)

        Seberat atom membawa makna sebutir jirim  yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar kita.Hanya boleh dilihat dengan perantara mikroskop.Allahu Akbar!!Seberat zarah sahaja sudah boleh menghalang kita daripada masuk ke syurga,apa lagi mereka yang sifat takburnya tinggi setinggi gunung?

        Ingatlah,dek kerna sifat takbur bakal membawa puluhan juta manusia tersungkur di depan pintu Syurga.Sifat takbur adalah diwarisi daripada Iblis la'natullahu 'alaihum tatkala Allah memerintahkannya agar sujud kepada Nabi Adam.Dia enggan dan menyombongkan diri lalu bersumpah akan menyesatkan anak-anak adam sehingga hari Kiamat.Perintah Allah dipandang sepi dan diabaikan kerana takbur!!Maka tersuratlah di saat itu,iblis dan kuncu-kuncunya yang terdiri daripada mereka yang ingkar akan dihumbankan ke neraka jahannam.

        Para ulama' menyebutkan bahawa hati adalah wadah tempat terisinya iman atau kekufuran,ilmu atau kejahilan,sifat mahmudah atau sifat mazmumah.Orang yang beriman akan dibantu oleh Malaikat untuk mengisinya dengan iman,taqwa ,nur,ilmu,hikmah dan mahmudah.Manakala syaitan pula mempandirkadukkan mereka yang sentiasa lalai dalam perintah Allah dengan mengisi jiwa mereka dengan kekufuran,kesyirikan,kejahilan,nifak dan sifat tercela seperti,Takbur!!

        Awas!!janganlah kita tersungkur di depan pintu Syurga..Ingatlah..Sifat Takbur itu hanya layak dipakai oleh Allah kerana Dia adalah pemilik segala kebesaran dan memiliki kerajaan,merupakan raja bagi segala raja,Dia lah yang menciptakan alam dan segala sesuatunya.

      Jauhilah sifat takbur,takbur untuk meminta maaf dan memberi maaf.Takbur untuk mengaku kesilapan.Takbur untuk menangis.Ayuh!!Jangan kita ikut jejak langkah Syaitan..



        

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

Menjaga Apa Yang Kita Makan

Perut itu perlu dijaga daripada 2 Perkara 1. Perkara Yang Haram 2. Bersangatan Kenyang Dan diceritakan daripada Ibnu Abbas RA katanya: Allah SWT tiada menerima sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya benda yang haram. Tujuan memelihara diri dari yang haram dan syubhah itu ada tiga. 1. Kerana takut akan seksaan api neraka 2. Kerana memakan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberikan petunjuk kepadanya dalam berbuat ibadat 3. Kerana memakan perkara yang haram dan yang syubhah itu ditegah daripada mengerjakan kebaikan dan jika dia mengerjakannya nescaya tiada diterima daripadanya. Sabda Nabi SAW bersabda mafhumnya: Berapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada puasanya itu melainkan dahaga dan berapa ramai daripada orang yang bersembahyang malam tiada baginya daripada sembahyangnya itu melainkan dapat berjaga. Adapun sebab mengapa kita perlu menjauhi makan sehingga melampau kenyang adalah: 1. Banyak makan itu sebab kerasnya hati ...