Penerima ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas.Di lehernya,telah terkalung pingat Ibu Mithali.Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil.Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan.anaknya setia melangkah di sisi.”Seterusnya..,” suara pengacara majlis bergema kembali, “tibalah kita kepada penerima anugerah Ibu Mithali yang terakhir.Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa.Beliau akan naik ke pentas bersama anaknya.Dipersilakan.”
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anka yang bakal mengambil tempat itu.Di barisan penonton paling hadapan,seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai,sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan 60-an untuk bangun.Aneh,kenapa ibu ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas?Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelum ini yang dengan megahnya menapak naik ke pentas,sebaik sahaja mereka dijemput?Hampir lima minit kemudian,barulah tampak si anak gadis yang memakai baju kurung hijau serta berjilbab putih kekuningan tanpa bunga bersusah-susah payah memimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu kemudian duduk di kerusi yang telah di duduki oleh tiga penerima sebelumnya.Anak gadis itu kemudian beredar ke pembesar suara.Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk membisu ke lantai tanpa sekuntum senyuman yang dihadiahkan,akan tetapi linangan air mata yang berjujuran ke lantai.
Pelik sungguh ibu tua ini,lagaknya bukan seperti seorang penerima anugerah.Dia tidak ubah seperti seorang pesalah yang menanti hukuman.Duduknya serba tidak kena.Sekejap beralih ke kanan,sekejap berpusing ke kiri.Dehem si anak sedikit membuat penonton tersentak.
“Pertama sekali,ingin saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah,kerana denagn izinNyalah saya dan emak saya berada dalam majlis ini.Seterusnya,saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan emak saya sebagai salah seorang daripada penerima nugerah Ibu Mithali tahun ini.”Suasana dewan menjadi sunyi sepi.Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan anak gadis itu. “Sebetulnya,ketika saya kecil,saya memang membenci mak.Darjah kebencian saya makin meningkat apabila saya mendapat tahu Puan Hafizah cumalah mak angkat saya.Pada masa yang sama,saya merasakan sayalah anak yang paling malang,disisihkan ibu sendiri,dan diperhambakan pula oleh ibu angkat untuk membantu menjaga anak-anka kandungnya.”
“Membantu menjaga anak-anak kandungnya?Mungkin itulah persoalan yang sedang berputar ligat di fikiran tuan-puan sekarang.Persoalan itu akan terjawab sebentar lagi,apabila saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak.Sebelum itu,saya harus menegaskan bahawa anak yang bakal hadirin lihat nanti bukanlah terdiri di kalangan doktor,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ahli politik,seperti mana anak ketiga-tiga penerima anugerah Ibu Mithali sebentar tadi.”
Suara hadirin yang mula kehairanan kedengaran. “Inilah dia abang-abang dan kakak-kakak saya!”Suara hadirin semakin meriuhkan lagi keadaan di dewan.Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman. “yang mengeluarkan pelbagai-bagai bunyi itulah abang long,Yang sedang merangkak ke sana ke mari itulah kak angah,Yang sedang mengesot ke ruang tamu itulah abang alang,Yang sedang berjalan sambil berpaut pada tiang itulah kak ateh,yang sedang berjalan jatuh dari dapur itulah abang acik,yang sedang meraung menagis itulah abang aniq, yang sedang duduk berpeluk tubuh di ceruk dinding itulah kak anjang,yang sedang mengacau kak anjang itu pula abang uda dan yang sedang memukul-mukul dinding itulah adik.”
“Seperti yang tuan-puan lihat dan saksikan,tahap kecacatan fizikal dan mental mereka tidak sama.Daripada yang tidak boleh bergerak langsung,dan bercakap,seperti bayi yang baru lahir sehinggalah kepada budak yang boleh berjalan jatuh dan cakap pelat-pelat seperti budak yang baru berumur satu atau dua tahun.”Hadirin yang dengan suara yang membingitkan telinga itu tadi terdiam menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya. “Untuk pengetahuan semua,abang-abang dan kakak-kakak saya telah menjangkau usia 20-an dan 30-an.”
“Namun,meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh,mereka masih belum pandai mengurus makan minum mereka dan berak kencing mereka sendiri.Lihatlah betapa sukarnya mak melayan makan dan pakai mereka.Sewaktu saya berusia enam atau tujuh tahun,saya sering mencemburui abang,kakak dan adik kerana mereka mendapat layanan da perhatian istimewa.Saya iri hati melihat mak memandikan mereka,Saya sakit hati bila melihat mak menyuapkan makanan mereka,sedang saya disuruh buat sendiri semua perkara.
“Yana dah besarkan?Yana dah boleh uruskan diri sendiri kan?” Lembut suara mak tiap kali dia memujuk saya.Namun kelembutan itu telah memarakkan api radang saya, “tetapi mak tak adil!Mak buat semua segala-galanya untuk abang dan kakak dan kalau dengan Yana mak selalu berkira!”
“Yana,abang-abang dan kakak-kakak tidak secerdas dan sesempurna yana.Mereka cacat!”Berkali-kali mak menegaskan kepada saya.”Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka..” “Mereka cacat apa?Mereka ada tangan,ada kaki!Semua anggota mereka cukup!Mata mereka tidak buta.Yang sebetulnya,mereka malas!”
“Yana..Yana belum paham sayang..”Suara mak menjadi sayu setiap kali dia mempertahankan abang dan kakak.Tetapi kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati kepada saya.Apabila saya memikirkan kembali,saya rasa saya terlalu bodoh!Abang-abang dan kakak-kakak saya tidak pernah mengacau saya.
“Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka atau menukar kain lampin mereka.Itupun saya tidak ikhlas menolong dan merungut-rungut sepanjang masa.Jika makanan yang saya suap itu tumpah atau jika ketika saya sedang menukar lampin mereka dan abang-abang kakak-kakak saya terkencing atas tangan say,tangan saya melayang ringan mencubit atau menampar mereka.”
“Saya tahu mereka tidak pandai langsung untuk mengadu kepada mak.Ketika itu saya tiada langsung rasa hormat kepada mereka.Pada saya,kehadiran mereka cumalah menyusahkan hidup saya dan merampas kasih dan saying mak dari saya.Say juga pernah memberitahu mak “Hantar sajalah kakak-kakak dan abang-abang ke rumah kebajikan,dan lepas tu,mak boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain.Yana pun takkan rasa terganggu lagi”
“Mereka anak-anak mak,Yana.Jadi,maklah yang patut menjaga mereka dan bukan orang lain.”Begitulah reaksi mak setiap kali saya mengusulkan cadangan bodoh tu. “saya juga langsung tidak menghormati,apatah lagi menghargai pendirian mak.Mak memamng sengaja menempah masalah bila man menolak cadanagan yang merupakan jalan keluar bagi masalah ni.
Rasa geram saya telah sampai ke tahap maksimum bila saya berumur 12 tahun.Pada hari itu,mak demam teruk sampai tak boleh bangun.Ayah terpaksa ambil cuti dan menghantar mak ke klinik.Lalu,meninggalkan rumah bersama isinya kepada saya.Sebelum meningggalkan rumah,mak berkali-kali memesan agar njangan lupa member makan kepada abang dan kakak dan menukar lampin mereka.”Suasana di dewan masih sunyi tanpa kata.Hadirin masih khusyuk mendengar cerita anak gadis berjilbab itu.
“itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sam abang-abang dan kakak-kakak,selama lebih kurang lima jam.Jangka masa yang cukup-cukup menyiksakan.Kebetulan pula,pada hari itu,abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya.Entah mengapa abang long enggan makan.Jenuh saya mendesaknya.Abang alang dan kak ngah pula seperti sudah berpakat dan asyik mencirit sana sini saja.Letih say menukar lampin mereka.Abang aniq pula,asyik main air ketika saya memandikannya.Basah lencun baju saya dibuatnya.Kak Anjang pula asyik menyepahkan nasi dan menumpahkan air.Penat saya membersihkannya.”
“Apabila mak dan ayah ulang,saya sudah seperti kain buruk,tubuh saya lunyai.Saya tidak berupaya melihat muka mak dan ayah.Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya yang terletak di sebelah rumah mak.Begitulah lazimnya.Apabila saya mencari ketenangan,fikiran saya terlalu kacau,saya akan ke rumah ibu.”
“Ibu!!”Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi yana dekat mak?Kalau ya pun bagilah saya pada orang lain,yang lebih menyayangi Yana,bukan mak!!” “Yana..!” Ibu merangkul saya. “Dah berkali-kali ibu tegaskan,ibu bagi Yana bukan sebab ibu tak sayangkan yana” Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi ini berlaku.
“Ibu ialah kakak mak.Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.Selama berbulan-bulan ibu terlantar di Hospital,maklah yang menjaga saya.Setelah ibu sembuh,ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru,ibu tidak sampai hati untuk memisahkan kami.”
Ibu telah berasa nikmatnya menjaga tujuh anak yang pintar dan cerdas.Jadi,biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga yana.Lagipun,dengan menyerahkan Yana kepada mak,ibu masih dapat melihat Yana membesar di depan mata ibu sendiri,walaupun sayang tinggal bersama-sama mak.Dari pemerhatian ibu,ibu rasa mak lebih menyayangi yana berbanding anak-ankanya yang lain.” “Sayang apa?Ibu tahu tak?Rumah tu macam neraka bagi Yana.Yana tak ubah seperti hamba di rumah tu.”
Jangan besar-besarkan perkara kecil,Yana.Ibu tahu sekali-sekala mak membebankan Yana dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abnag dan kakak-kakak.Itu pun yana tak buat seikhlas hati.Nasi mentahlah,lauk hanguslah,abang-abang dan kakak-kakak kena lempanglah”
“Mak adu semua kepada ibu,ya?”Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya salah. “Mak jarang-jarang mengadu pada ibu keburukan Yana.Ibu sendiri yang kerap kali mengintai Yana dan melihat bagaiman Yana melaksanakan arahan mak.”
Saya tertunduk.Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu. “ibu malu,yana.Ibu mengharapkan kehadiran yana di rumah mak dapat meringankan penderitaan mak.Tapi ternyata,kehadiran Yana menambahkan lagi beban mak di rumah tu.”Saya benar-benar terpukul dengan kata-kata ibu.
“Ibu rasa,apa yang diberikan kepada Yana jauh lebih baik daripada abang-abang dan kakak-kakak.Yana dapat bersekolah,abang-abang dan kakak-kakak cumalah duduk di rumah.yana dapat pakaian cantik.Sedang anak-anak mak pakaian itulah yang dipakai sentiasa.Setipa kali Yana Berjaya dalam peperiksaan,mak sungguh gembira.Mak minta tolong ibu jaga abang-abang dan kakak-kakak sebab nak tengok yana terima hadiah.”
Saya tidak sanggup lagi mendengar kata-kata ibu selanjutnya.Bukan kerana saya tak mahu mengaku bersalah,tetapi saya benar-benar malu.Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana kecewa tidak mendapat pembelaan dan tersisih dari ibu kandung sendiri,tetapi saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran yang baru.
Sesampainya saya di rumah mak tempat say berteduh selama ini,saya dapti mak yang belum sepenuhnya sembuh dan sihat,melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar.Saya terus menghilangakan diri dan lari masuk ke bilik kerana dihantui perasaan bersalah.Saya terus dihantui perasaan gelisah.
“Yana..”Panggilan lembut mak dari luar bilik seiring dengan ketukan di pintu bilik saya. “Yana..” Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejamkan mata berpura-pura tidur.Sejurus kemudian,pintu bilik saya dibuka. “Yana dah tidur rupanya!Mesti Yana letih layan abang dan kakak masa mak ke klinik tadi.Maafkan mak ya sayang.Mak janji takkan tinggalkan lagi diaorang dengan Yana.Mak tahu Yana terlalu muda untuk memikul beban ni.Tapi,keadaan benar-benar terdesak pagi tadi.”
Sepanjang mak berkata begitu,tangan mak mengusap-usap dahi say.Suara mak tersekat-sekat.Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah tabah mak ketika itu. “Yana,mak tahu yana tak bahgia tinggal di sini bersama-sama mak.”Satu titisan air mata gugur di dahi saya.Kemudian,setitik lagi.Dan selepas itu kian rancak berguguran menimpa muka dan dahi saya. “Walau apapun tanggapan yana pada mak,bagi mak,Yana adalah segala-galanya.Yana menceriakan suasana dalam rumah ni.Yana buat mak rasa hidup ni kembali berharga.Yana telah..”
“Mak!!”Saya lantas bangun lalu memeluk mak.Kemudian tiada kata-kata yang lahir lagi antara kami.Cumalah sedu-sedan dan esak-tangis.Peristiwa pada hari itu telah mengubah pandangan saya terhadap mak,abang-abang dan kakak-kakak.Saya mula dapat menghormati dan menerima mereka dalam hidup saya.
Keadaan dewan seperti tidak berpenghuni ketika gadis manis itu melontarkan bicaranya. “Setelah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan,saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah berasrama penuh.Saya telah menolak tawaran tersebut. “Yana,Kenapa tolak tawaran belajar tu?Yana boleh belajar dengan baik kat sana nanti.Kat sana nanti,Yana tak ada gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak lagi.Yana tak menyesal kemudian hari?”Bertubi-tubi soalan ditujah kepada saya. “mak,ayah”Saya menatap mata mereka silih berganti.
“Yana ingin terus tinggal di sini,bersama-sama mak,ayah,abang-abang dan kakak-kakak.” “Tapi boleh ke Yana ulang kaji kat rumah?Pelajaran sekolah menengah tu,bukannya senang.” “Insya-Allah,mak.yana rasa,Yana dapat mengekalkan prestasi Yana.Balas saya dengan penuh yakin.Mak dan ayah kehabisan kata-kata.Mulut mereka terlopong dan tidak menyangka dengan keputusan yang saya nekadkan ini.
“Selama di sekolah menengah,mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerja-kerja rumah.Sebaliknya untuk saya kerana kerap menawar diri untuk membantu,lantaran didorong rasa tanggungjawab dan timbang rasa.” Gadis yang bernama Liyana it uterus rancak bercerita dengan penuh semangat.
“Saya terpaksa juga meninggalkan rumah ketika itu kerana melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.Saya membuat pengkhususan daalm bidang pendidikan khas.Bidang ini,sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada mereka yang kurang bernasib baik.Di samping itu,pengetahuan yang saya peroleh dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak saya.Kini,lebih setahun saya saya mengharung suka duka sebagai guru pendidikan khas di kampong saya sendiri.saya harus mengakui segulung ijazah yang tergenggam ini,tiada nilainya jika dibandingkan dengan mutiar-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hidup mak.Sekarang,saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak.”
Pun begitu,hati ini sering tersentuh apabila terdengar perbualan mak dan ayah. “Apa nak jadi pada kesembilan-sembilan anak kita ni bang lepas kita takda nanti?”Suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh dan berkata, “Entahlah,takkan kita nak harapkanYana pula?” “Yana bukan anak kandung kita dan kita tak boleh salahkan dia jika dia abaikan abang-abang dan kakak-kakak.”mak meningkah.
“Yana nak tegaskan kat sini mak,yang Yana akan jaga dan bela nasib abang-abang dan kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada.Ya,mungkin Yana bukan anak kandung mak dan mereka bukan saudara kandung yana,tetapi tangan yang samalah yang telah membesarkan Yana.Tangan yang samalah yang telah memandikan Yana dan menyuapkan yana,Tangan mak yang penuh dengan keikhlasan,kesabaran dan kasih-sayang.”
Kelihatan gadis itu mengesat air matanya.Para hadirin turut menangis terharu. “Tiga bulan lau,saya terbaca mengenai pencalonan anugerah Ibu Mithali di akhbar tempatan.Saya terus mencalonkan nama mak di luar pengertahuannya kerana saya tahu mak tak akan setuju.saya sendiri tidak yakin mak akan menerima anugerah ini,sebab anak-anak mak bukanlah terdiri di kalangan orang-orang yang masyarakat sanjung,seperti lazimnya anak-anak Ibu Mithali lain.Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui banyak duri dan ranjau berbanding ibu-ibu yang lain.”
“Betapa keimanan mamk tidak tergugat birpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat.Tiada rasa kesal.Tiada ras putus asa.Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.Mafkan yana sekali lagi mak.Hingga ke saat-saat terakhir tadi mak masih tidak menyenagi tindakan yana mencalonkan nama mak untuk menerima anugerh ini.Mak rasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar kisah Ibu Mithali pertama,kedua dan ketiga.Berkali-kali mak tegaskan bahawa mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah,akan tetapi kerna mereka itu adalah amanh Allah!”
“Saya ingin tegaskan di sini bahaw saya mencalonkan nama mak bukan kerana tujuan untuk merayu dan menagih simpati.Sya Cuma berharap agar kegigihan dan ketabahan mak dicontohi dan dapat direnung ibu-ibu yang dengan senang-senanng mendera dan mencampak anak mereka yang cukup sifat dan sempurna itu.Sebagai pengakhir bicara,sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah Ibu Mithali pada tahun ini.Semoga pemilihan mak ini,akan member semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.Sekian,assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”
Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai.Liyana kemudian membantu maknya bangun untuk menerima Anugerah daripada Yang Berhormat,akan tetapi lutut maknya menggeletar.Melihat keadaan demikian.Yang Berhormat sendiri mendapatkan emaknya dan mengalungkan pingat itu.Setelah itu,Beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan.
Air mata Ibu Mithali ini berladung tumpah.Tepukan gemuruh bergema di segenap penjuru dewan.Sejurus kemudian,seorang demi seorang Ibu Miothali bersalaman denagn ibu yang berjiwa Kerikil ini.Bertambah lebatlah air matanya.Sesungguhnya.Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan Dia Maha Mengetahui hamba-Nya itu mampu menghadapinya.
Bagaimana dengan kita?Adakah kita menghargai setiap keringat ayah dan mak yang tertitis?Adakah kita mengucap terima kasih kepada mereka dengan mengatakan “sekejap nanti saya buat”Allah telah memrintahkan kita untuk menjaga perasaan mereka,bercakap lemah-lembut dan menghormati mereka.Saat kita dilahirkan ke atas dunia ini,Ibulah yang merasai segala keperitan dan kepayahan,namun ibulah juga yang menjadi orang yang paling lega,gembira dan bersyukur ketika itu.Sayangilah mereka sebelum mata mereka terpejam rapat.Peluk dan ciumlah mereka sebelum kita tidak lagi dapat merasai kehangatan pipi mereka.Minta ampunlah sebelum kita tidak lagi dapat merayu dan menangis di hadapan mereka.
Comments
Post a Comment