Skip to main content

Peperiksaan Itu Umpama..

            Sebagai hamba-allah yang sangat yakin kepada hari Akhirat sudah pasti kita sepatutnya sentiasa mengaitkan setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini dengan kekuasaannya.Saya baru sahaja selessai menduduki peperiksaan duniawi.Lagi dua tahun saya akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan hala tuju hidup saya.Apa yang saya perasan sewaktu saya menduduki peperiksaan tu ialah gambaran tentang hari Akhirat.

       Negara kita mempunyai undang2,begitu juga ketika periksa.Kita tidak dibenarkan untuk meniru dan memberi tiru.Dan saya sejak dari kecil lagi,saya diajar untuk tidak meniru.Masih terngiang-ngiang di telinga sayaapa yang mak cakap "mak tak halal kalau anis meniru"and then aku terpaksalh menahan diri aku daripada meniru.

               Apapun saya nak mula dari apabila kita melangkah masuk dewan peperiksaan.Apabila kita masuk,kita masuk dengan diiringi guru2 dan teman2.Begitu juga apabila jenazah kita dihantar ke tanah perkuburan,kita akan diiringi oleh keluarga,sanak saudara dan sahabat handai.

               Kemudian kaki yang melangkah akan menuju ke tempat/meja yang sudah siap disediakan beserta nama dan butiran diri.Mati itu pasti.Sejak azali kematian kita sudah ditetapkan dan ditulis.Bila ajal kita sampai?Dimana kita menghembuskan nafas yang terakhir? dan dimana jasad yang terbujur kaku akan dikebumikan.

              Kemudian kita akan mulakan dengan doa'.Bacaan doa' pimpinan banin.Dan kita sama-sama mengaminkan bacaan.Begitu juga apabila kita sudah siap ditempatkan dalam liang lahad.Kita akan ditalkinkan.bacaan talkin akan diimamkan.Tapi saat itu kita sudah tidak lagi boleh sama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa'.

              Kemudian kita akan dibiarkan sendirian di tempat masing-masing.Cuma ketika di dunia,kita masih diberi pancaindera untuk memerhati dan menoleh kiri dan kanan.Pada saat Qiamat kecil berlaku ke atas diri kita,kita sudah tiada lagi daya kerana jasad dan roh sudah dipisahkan.

              Pengawas peperiksaan akan mengarahkan kita menyemak semula kertas soalan yang kita dapat.Saat kita bersendirian nanti,bukan kita yang menyemak kembali amalan2 kita.Bukan kita yang menentukan okey dan lengkap atau tidak buku amalan kita.Saat itu kita tak mampu merubah apa yang sudah terjadi sikitpun.

               Apabila pengawas peperiksaan mengizinkan kita menjawab soalan,kita akan menjawa dengan ilmu di dada.Andai kata kita belajar dan ingat,maka semua soalan lancar dan senang di jawab.Sebaliknya pula ketika di alam barzakh nanti.Soalan akan disediakan oleh malikat Mungkar dan Nakir.dan kita bukan akn menjawab berdasarkan akal ataupun ilmu,akan tetapi berdasarkan amal.Barang siapa yang banyak amalnya,maka Insya-Allah perjalananya lancar.Na'uzubillah.Andai kata kita dapat mempersiapkan diri dengan baik untuk lulus peperiksaan di dunia,Mengapa tidak kita dapat mempersiapkan diri untuk menjawab soalan-soalan dari Malaikat Mungkar dan Nakir.Ayuh!!persiapkanlah diri untuk menghadapi hari muka..

               Dan apabila kita menduduki peperiksaan,ramai yang mendoa'kan kejayaan kita.Bahkan sewaktu sedang periksa,mereka tetap membaca Yaasiin untuk kita.Bagaimana ketika kita pergi menghadapNya nanti,wujudkah insan yang akan sentiasa mendoa'kan kita ketika kita berada di alam barzakh?Wujudkah insan yang akan sentiasa mensedekahkan kita pahal untuk menampung kembali amlan yang tidak cukup?.
             

               Dan apabila kita berada di dalam dewan,tiadalah pengharapan kita melainkan kepada Allah agar Dia memberi kita ketenangan untuk menjawab soalan.mengilhamkan kita idea2 bernas dan memberi petunjuk untuk menyedari selingkuh soalan.Begitu juga ketika kita di sana  nanti,Cuma Allah yang dapat membantu kita.Dengan rahmatNya dan Belas kasihanNya dapatlah kita terselamat daripada azab kubur,di padang Mahsyar dan Azab api neraka yang menjulang tinggi nanti.Nas'alukAllahu rahmatuhu.Tapi jika hubungan kita denganNya pun tidak terjaga,Adakah Dia akan memandang kita saat2 kita mencariNya nanti?

Fikir-fikirkanlah diri yang maha dhoi'f dan hina.
yang sentiasa lalai dengan suruhanNya..
yang tidak takut pada amaran-amaranNya..
yang tidak yakin pada Janji-janjiNya..

Allahu Akbar,
Pandulah kami,
Berilah kami Taufiq dan Hidayah-Mu..
Jangan Engkau biarkan kami sesat dari landasan sebenar..
Moga jalan kami,Jalan yang menuju keredhaanMu dan Maghfirah-Mu..


Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...