Skip to main content

PMR 2010...

               Alhamdulillah,semuanya selesai dengan tenang,meskipun masih ader cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang periksa,tapi Allah-lah yang sentiasa berada di samping kami.Entah,n0pe idea sebenarnya nak cakap pasal pe,biarpun dalam kepala ni macam-macam benda yang nak diceritakan,diperingatkan,dikongsi bersama.Sekarang dapat cuti 2 hari (jumaaat n sabtu x tmasuk,xacih,memang orang cuti,nampak ngat kufur nikmat),Semalam bawa balik semua buku,macam xnak mari terus dah,tapi memang hajatnyer macam tu.Berat!!

                Segala Puji Khusus hanya untuk Dia,Tuhan yang telah menolong kami sewaktu periksa,Yang telah memberikan kami ketenangan,Yang telah mengilhamkan kami idea,Yang menganugerahkan kepada kami kesihatan agar kami dapat menduduki peperiksaan,Yang telah memperingatkan kami apa yang sudah kami lupa kerana pada tanganNya ada segala kekuasaan,pada tanganNya terdapat kuci-kunci khazanah ilmu,kerana pada tanganNya berkuasa menentukan dan merubah ketentuan.Allahu Akbar!!allah yang Maha Besar,Yang Maha Mengasihani dan mendengar doa',rintihan dan luahan hamba-hambaNya.

       Penilaian Menengah rendah bermula pada 5 haribulan 10 dan berakhir pada 12 haribulan 10.Periksa hari Selasa,rabu,Khamis,Isnin and Selasa.Aku ambil 9 Subjek,lebih satu A daripada kakak aku.(Bangga rase).Setiap hari 2 subjek peksa.Setiap pagi ayah aku datang,waktu petang plak mak datang.Tapi aku tunggu seseorang yang tak datang-datang,aku nak beritaw dia aku takut sangat nak amek PMR.Cuma dia jer yang aku nak dan cerita semua benda yang jadi.takpelah,aku faham kenapa dia tak datang.tak marah pon.Semua orang,sampaikan cikgu cakap aku selamber,tapi Allah jer yang tahu maha takut aku.Setiap kali abes peksa,aku akan jadi orang terakhir yang bangun dari kerusi.Dan aku akn senyum jer,xpon wat muka p0yy0 macam xder pe happen.
    
         First day masuk dewan,aku tahan air mata aku daripada keluar,saat tu aku cukup2 takut tetapi tiadalah pengharapanku selain kepada Allah yang sentiasa bersama aku.Aku tak pernah cakap kat orang lain aku takut,sangat takut masa tu kecuali pada dia.hari first peksa 3 paper tapi 2 subjek:Bahasa Melayu and PAI.Sehari sebelum periksa,aku dapat soalan 'sp0t',and then aku fokus soalan sp0t jerp,sebab xsempat nak teng0k s0alan lain.Bila dapat jer buka kertas periksa,dengan nama Allah aku selak sehelei demi sehelai.Tengok bahagian A xkena,dalam hati kata xper.Buka bahagian B pon xkena sikit pon,aku cakap Alhamdulillah.Aku baca 5 s0alan bahagian C plak,takder siket pon yang ader kaitan ngan soalan sp0t,aku fikir,'aii..berat nih'.Last,dengan penuh pengharapan dan tawakkal aku teng0k bahagian Novel,Pon tak kena!!.Aku tutup kertas soalan.Yerlah dah siap cek kertas cukup helaian kenalah tutup.Masa aku tutup tu,satu jer lam fikiran,nak tembor,xnak amek peksa.Air mata aku sekali lagi bergenang.Dalam hati aku cakap "Tobat aku xmoh doh cayya solan sp0t,sapa mati".Tiba2 aku teringat ayat Quran "Hasbiyallahu laailaha illahu,'alaihi tawakkaltu,wa huwa Rabbul 'Arsyil 'Azim"Pengawas pon cakap,"anda boleh mula menjawab sekarang"Setengah jam aku habiskan kat bahagian A saja.Entah apa entah yang aku tulis pon tak berapa ingat dah.Lantaklah.Benda dah jadi.Fikir pon xder guna.Yang pasti aku siket pon tak fokus kat Ekspedisi,and yang tulah dia tanya.Kemudian sambung petang plak peksa.Masuk dewan pukul 2.20 petang.Pai subjek yang aku runsing gak sebab bila naik f0rm 3 ni,PAI aku xmaintain A macam tahun lepas.Tahun lepas xpernah dapat selain A.Naik form 3 pernah B yang tersangat rendah.Pai ader soalan sp0t gak,tapi kali ni aku tak fokus soalan sp0t jerp,semua aku baca.aku baca gila-gila.Masuk dewan,aku daha kurang ingatan siket,apa yang dah baca,fiuhhh...semua terbang."Subhanaka laa 'ilmalana illa ma 'allamtana,innaka antatawwaburrahim."Aku buka kertas soalan dengan tenang,tinjau soalan,aku senyum .Semua soalan ni xderlah senang sangat,tapi setiap skop nyer sudah buat latihan.Tak sia-sia aku siapkan latihan yang diberikan.Jawab jerlah.Kemudian buku jawapan dikutip.Bersama setiap kertas OMR and buku jawapan aku serahkan semuanya kepada Allah.Kerja Dia plak yang menentukan kerna hambaNya telah berusaha sehabis daya.Alhamdulillah aku berjaya masuk dewan peperiksaan dan buat setakat yang termampu.Habis dua A.sambung esok pulak,ader lagi 2 A.English and Geografi.

             Malam tu aku syahid seawal 9.30 malam.Ngantuk sesangat.Geog pon tak baca lagi.Pelik,Entah aper yang letih sangat,bukan bermain pon.Masuk dewan periksa aku berdebar-debar.Tapi hari ni kurang siket dari semalam.English Paper one,Banyak sangat soalan and jawapn trick.Ader aku fikir afternoon tu petang,sampai sudah aku tak jumpe jawapan.last2,aku amik jawapan yang aku yakin.Ermmm..Macam2..Paper 2 org semua sp0t karangan berformat.Habis perah otak ngapal format,tengok soalan story..Ermm,sp0t xkena gak."Xdop ar0h"Bahagian C spot xkena gak,luruh jantung tengok soalan.Jawab jerlah,lepas ni aku tak peksa dah,xader guna dah.Buat sehabis baik untuk penghabisan.Petang tu aku tak turun makan,baca Geog,mana pernah dapat A!!Susah.Entah pe yang susah aku pon tak faham.masuk dewan bukak soalan,Oklah,xder payah ngat macam peksa Tambah Nilai.Jawab jerlah.Alhamdulillah selesai 2 subjek pukul 3.45 petang.Yang kelakornyer,aku ingat tamat pukul 3.25 petang.mase aku tengok jam,pukul 3,ader 30 soalan gi xjawab.Adesss!!"Beribut"aku jawab peksa.Jawab punya jawab.Siaplah.Aku dongak kepala tengok jam dah pukul 3.30 petang.Aku pelik."Aiikkk!!bila nak kutip OMR ni,dah lebih mase nih,"aku tengok semula whiteboard,rupa-rupanya tamat lagi 15 minit.Ermmm,,Apalah!!Tulah,tak perhati betul2.semua ni kes berdebarlah ni.Aku ceklah semula jawapan.

                  Hari  ini peksa Sains and Sejarah.Sains aku bimbang,macam duk atas ombak,sekjap A,sekejap B.main ikut nombor 77,78,79,80,81 jer..Malam tadi syahid pukul 10 malam.Entah lah soalan sp0t sanis pon xkena,tapi skop2 yang keluar adalah tajuk yang pernah keluar masa peksa 0Ti.Jawab jerlah.Biase kalu Sains ni,aku xleh jawab aku tinggal kosong.Ader sekali periksa tu,(bkan sekali,tiap2 kali peksa wajib ader aku tggal kosong,perangai ni aku start mase aku form 3) aku tinggal 4 muka kosong.Mujur tak kena panggil dengan teacher.Mase jawab sains Paper 2 tuh,ingat nak tinggal gak,tapi biarlah tembak jerlah.Tercipta sejarah bila kertas sains aku penuh dengan jawapan.Huhuhu..Teroklah saya ni.Petang peksa Sejarah.tak risau mana.Start peksa Oti 1,Sejarah aku A.Ader gak soalan confuse.Biasalah tu.Minggu ni abes 6 subjek,means 6A.Rehat 3 hari.Subjek minggu depan pon aku dah tak risau mana dah.Okeylah,Subjek yang boleh aku fahamlah.

                Hari Jumaat and Sabtu aku balik.Ader masalah siket.Ari Ahad,start bangun dari tidur tengah hari,kepala aku pening sesangat.Aku berdebar untuk esok,Periksa Math and KHB.ape pon pala aku dah molek bila malam.Stadi and tak syahid2.Siap tidur pukul 12 lebih gi.

               Esok tu,semuanya macam yang disangakakan,everything aright.Cuma bila dapat Kertas Khb lah payah siket.Payah banyak.Soalan paling susah pernah dijawab swpanjang form 3.Soalan teras yang susah.Akaun senang sangat2.Semua setuju ngan pendapat aku.Hik3..Lepas abes peksa jumpa Us Mursyid,Ketua Projek PMR kesayangan kami.kami dimaklumkan boleh balik.Huahaha.tapi frust lah jgak sebab boleh cuti 2 hari jerp.Xadil.Ape pon dah syukur pon.

            Pagi ni,aku bangun dengan snyuman yang berbunga-bunga dalam hati.Aku nak tamatkan perjuanagn aku ari nih.Semuanya aku serahakn pada yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya.Tapi yang pasti,aku takut sangat soalan Bak sebab aku dah xingat aper2.Lama sangat tinggal.Tak belajo.Tak mari sekolah.Entahlah.Aku wat rileks jerlah.Samapai masuk dewan aku tak ingat tasrif fi'il madhi untuk antuma pompuan.Matilah.Per2pon entah.aku tembak.Karangan semuanya yang tak pernah buat.Ape aku tulis entah.Muka selamber macam boleh jawab.padahal tahan nangis.habis jer Ketua Pengawas cakap "anda boleh keluar dewan sekarang"banat semua bangun dari kerusi,banin lesap,ader kat bawah,dia org wat sujud syukur dalam dewan.Aku duduk kat tempat aku,tak tengok pon banin wat sujud syukur,xtaw pon!!sebab aku tak pandang sekeliling.Aku terus tadah tangan lalu memanjatkan setiap kesyukuran ku pada Allah.Air mata tak dapat ditahan lagi,aku nangis lam dewan.Yerplah.Aku berdebar xsempat amek peksa.Dengan kondisi aku ni,ape2 je boleh jadi lam sekelip mata.Dahlah aku dapat mimpi 2 kali xsempat amek peksa,ader kat hospital.Ubat pon aku xmakan.Memanglah aku yang cari nahas.Berani buat berani tanggung,

                Aku enj0y abis peksa.Suka.Tepon mak.Anis dah MERDEKA!!huhu..pe2pon mak cakap ader satu lagi tanggungjawab aku,mengkhatamkan AL-Quran.Huhu..yang tu xnak pikir lagi.Apa nak jadi,jadilah.Best!!tapi pe0n,langit tak selalunya cerah.Petang tu ader something yang happen.yang betul2 buat aku terkilan sesangat.Ermm..Apalah,aku tekpon kejam sangat.Cuti ni buat aku sedih.Ape-ape pon,Doa' dan solat hajat perlu diteruskan hatta selepas dapat result sekalipon.Urmm...Ada hasrat hati yang tak tersampai melainkan cuma dengan izin Engkau Yang Maha Berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...