Skip to main content

Tak terbanding...


Sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan bermula dari Bulan Ramadan lagi.Tapi apakan daya,masa terlalu mencemburui saya,amanah menuntut saya untuk sentiasa dan sentiasa mengadap buku.Walaupun kadang-kadang hati ini inginkan rehat sekejap namun akal mendesak untuk terus dan terus mentelaah pelajaran.Sekarang saya sudah bebas sekejap daripada terikat dengan amanah sebagai seorang pelajar f0rm 3.Namun amanah lain masih lagi menunggu,Khatam Quran dan Naqibah.Aduss!!Kadang-kadang hati mengeluh,Mengapa tanggungjawab ini yang terbeban atas diri ini.Lantas saya tyersenyum dengan soalan yang langsung tak masuk akal tu.Jawapannya pasti diketahui semua,apatah lagi diri ini adalah insan yang bertanggungjawab menghafaz Kalamullah dan mentadabbur ayat-ayatNya.Bukankah kita diciptakan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini?Bukankah kita diciptakan untuk menyembah dan beribadat kepadaNya?Hakikat yang sering terlupa oleh mereka yang lalai,mereka yang sentiasa tidak memperbaharui iman dan tawakkal mereka?


Saya bukanlah manusia yang suka tengok tv kerana dari kecil lagi saya sudah dididik untuk menonton rancangan-rancangan yang berfaedah.Namun saya boleh dianggap penipu jika saya kata saya Cuma tengok rancangan-rancangan yang berfaedah dan tidak melalaikan.Diri ini cumalah insan yang dhoif dan sentiasa tidak lari dari kesalahan.Sepanjang berada di Bulan Ramadhan,antara rancangan yang pernah saya “tertonton” (sepatutnya masa tu belajar,ponteng..)ialah kehidupan mereka yang muslim,akan tetapi tinggal di Negara yang rata-rata penduduknya adalah mereka yang belum lagi mendapat Hidayah Allah.rancangan itu memaparkan kehidupan muslimin di Negara Jepun dan London.Saya memasang impian untuk berada di Negara Jepun satu hari nanti dan menuntut ilmu di sana.Entah ilmu apa yang hendak dituntut saya pun tak berapa pasti.


Dokumentari itu memaparkan perjalanan kehidupan mereka di sana.Alhamdulillah,mereka juga memaparkan pengislaman seorang pemuda yang tertarik dengan ajaran Islam.Sungguh,hidayah itu cumalah milik Allah semata-mata.Dia Yang memberi petunjuk kepada mereka yang Dia kehendaki.Moga Taufiq,Hidayah dan Nur Islam akan sentiasa memandu jalan kita.Bukan itu yang ingin saya sampaikan.Apa yang ingin saya sampaikan ialah berdakwah di kalangan mereka yang sudah menerima Islam dalam kehidupan mereka adalah lebih senang.Saya melihat kepayahan mereka dalam menyampaikan Islam dan membuktikan bahawa Islam bukanlah Agama seperti dunia kafir anggap.Islam bukan agama pengganas.


Dan amanah yang saya terima awal tahun ini,cukup-cukup membuat saya rasa terbeban dan kecewa.Kenapa dalam ramai-ramai aku yang dipilih untuk memimpin?Aku bukanlah yang selayaknya,ramai lagi yang lebih baik dan berkebolehan dari aku.Lagipun,aku taknak tambah dosa aku dengan memimpin mereka.Itulah apa yang pernah terlintas di fikiran saya.Segala Puji Hanya Bagi Allah,Tuhan Yang telah membuka pintu hati ini untuk redha menerima amanah dan menjalankan sebaik mungkin amanah yang telah diberikan.Baru sekarang saya nampak hikmah ketentuanNya.


Dengan amanah,kita akan lebih berfikir apabila setiap kali ingin membuat dosa.Kita akan lebih sentiasa mengharapkan Allah,secara tidak langsung,hubungan kita dengan Sang Pencipta akan lebih rapat.Fikiran kita akan sentiasa mengingati kebesaranNya dan kita akan lebih sentiasa menyatakan rasa syukur kita kepadaNya kerana telah memudahkan jalan kita.Apa yang lebih penting,kita telah mengajak sahabat-sahabat kita untuk lebih mengenal Allah,mengamalkan cara hidup Islam,memperkenalkan mereka kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat Baginda dalam menyebarkan dakwah.


Walaupun sekarang,saya masih lagi berat hati untuk mengetuai perjumpaan yang sering dilimpahi dengan rahmat Allah kerana saya rindukan usrah dulu.Usrah awal tahun.Usrah tu telah dimansuhkan.Sebahagian semangat saya juga turut lebur bersama.Huhuhu.Saya tahu saya salah tapi saya sayangkan usrah tu.Usrah yang dianggotai oleh Ain,Aqila,Nan,Nik,Nabila dan Huda.Sedaya upaya saya cuba berlagak selamba dan menerima Qada’ dan Qadar Allah.Tapi Cuma Tuhan jer yang tahu betapa hancurnya hati saya apabila melihat mereka bukan lagi di bawah jagaan formal saya.Masih jelas di ingatan,hari Ahad dan saya begitu bersemangat untuk menjalankan Usrah,yerplah,dah lama tak jumpa bersama,duduk dalam Halaqah dan bergurau senda,sebulan,sepanjang Bulan Ramadhan.Selesai menunaikan s0lat Fardhu Asar, Naqib buat pengumuman yang usrah lama dimansuhkan dan usrah akan dijalankan mengikut Usrah Tadarrus.Apa semua ni??Kenapa Kami tidak dimaklumkan sejak awal.Aduss!!Masa tu,tahan sebak dan aku berlagak selamba.Katakan semua ni tidak betul,tidak sohih,cuma gurauan yang dibuat.Tidak!!Aku tak boleh terima kejutan ni.Tapi apakan daya,adik-adik form 1 nampak sangat teruja bila aku dapat jadi Naqibah dia orang.Terus mendapatkan aku bertanyakan tempat perjumpaan.Mana mungkin untuk saya menghapuskan senyuman di wajah mereka yang penuh keghairahan untuk berkongsi ilmu dengan kami.Lagi kasihan kepada mereka yang kena jadi Naqibah “segera”.Adik seusrah dengan aku ada dua orang yang kena jadi Naqibah.


Apa-apapun saya mesti beri sehabis baik kerana saya tidak mahu dipersoalkan tentang amanah saya di Padang Mahsyar kelak.Kadang-Kadang sewaktu memimpin barisan mereka yang turut sama menghafaz Al-Quran terasa begitu payah sekali.Padahal perjuangan kami hanyalah sedikit dibandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat yang diuji dengan pelbagai dugaan.Cemuhan yang kami dapat daripada teman-teman kami tidaklah sekeras Qaum Quraisy sewaktu mereka cuba berdakwah.Dakwah mereka ditentang habis-habisan.Mereka dikenakan sekatan ekonomi,diseksa dan dibunuh kejam tapi iman mereka sedikitpun tidak tergoncang..Sungguh,iman kami mungkin senipis kulit bawang.Semangat jihad kami tidak sekeras dan sekental mereka dahulu.Fikrah mereka jelas,tujuan mereka sama iaitu menuju mardhotillah dan syurgaNya.Allahu Akbar…


 Apa yang ingin cuba saya sampaikan sebenarnya ialah tetapkanlah semangat jihad kita,tambahkanlah keimanan dan ketakwaan kita.Zaman sekarang hampir-hampir menuju kemusnahan.mana tidaknya,separuh bumi telah musnah kerana Murka Allah.Berapa banyak kejadian alam yang memusnahkan sesebuah Negara itu.Bukalah mata hati kita,lihatlah dengan mata hati kita,nescaya kita akan sedar akan kekuasaan dan kebesaranNya,kita akan menginsafi kejadian kita yang hina dan tiada berdaya menentukan sesuatau perkara.Kerana bukankah Allah telah berfirman dalam KitabNya yang Mulia, “Bukan mata mereka yang buta,akan tetapi mata hati merekalah yang buta”.Yerlah mereka tetap tak dapat membezakan yang haq dan batil sedangkan sudah terang lagi bersuluh kebenaran sesuatu perkara itu.


Akhir kalam,marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim.Ayuhlah,cabaran dan ujian kita cumalah sekelumit jika dibandingkan dengan ujian mereka yang hidup di kalangan mereka yang tidak mendapat Hidayah Allah.

Firman Allah:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:”Kami Beriman” sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cabaran?”

            “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”


Sabda Rasulullah:

            ”Sehinggalah duri yang melukai seorang mukmin,maka dia akan mendapat pahala daripadanya sekiranya dia bersabar”




Yakinlah wahai diri,cuma Allah yang mampu memberikan manfaat dan mudharat.




Comments

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...