Hati yang mengingati mati akan sentiasa hidup!Begitulah introduce untuk kali ni.Idea daripada majalah solusi.Membaca majalah yang terkandung banyak ilmu yang remeh tetapi kita terlupa untuk mengambil berat.Biasalah,waktu terasa makin sekejap:Tanda2 awal kiamat.Mati ke hidup hati kita ni?Aikk??Hati boleh bernafas?Ermm,pelik bin ajaib ni.C0p2x..Sebenarnya,apa ta'rif hati ni?
Ayuh!!Selam sekejap kat dasar ilmu."Ketahuilah bahwa dalam jasad ada segumpal daging, jika ia baik maka seluruh jasad menjadi baik, tetapi jika ia rusak maka seluruh jasad akan menjadi rusak, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari Muslim)
dan Al-Quran:
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" (22:46)
Dalam dua sumber itu dijelaskan bahwa hati adalah segumpal daging dan hati terletak di dalam dada
2. Hati mempunyai fungsi untuk merasa (pusat dari emosi)
Hati diciptakan Allah Subhanahu Wataala sebagai organ yang paling utama di dalam tubuh manusia dan juga sebagai nikmat yang paling agong diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Hati menjadi tempat Allah Subhanahu Wataala membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang tulus ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wataala.
Begitulah hati kita.Tapi,adakah hati kita ini sudah dimiliki?Selalunya,bila kita putus cinta atau kecewa,kita kata hati kita hancur.Sakit bukan?Tak dapat nak dizahirkan kesakitan itu daripada kata-kata sahaja.Mungkinkah hati kita tercedera seperti yang kita rasa?Macam mana nak pergi klinik dan cakap kat dokotor yang kita ni sakit:sakit hati.Ader ubat ke?Ubatnye doktor tu lempang ko kowt,dia ramai gi pesakit nak layan.Tak pom terus sumbat ko dalam Hospital sakit jiwa.Ehehehe,sekadar gurauan.Bosan jugak kalau terus menerus je bercakap.ubat bagi hati yang remuk,sape nak taw?Walau seremuk atau hancur mana pun hati kita,ingatlah perbaikilah ia semula,bentuklah kembali.
0key2x.Sekejap.Sebelum masuk ke bahagian mengubati hati.Kita nak ubat buat apa kalau tak kotor kan?Kalau tak mati?Macama mana ek nak tentukan hati ni hidup tak lagi?saya tak pasti kata2 ni daripada Nabi atau seorang Imam hebat,yang pasti ayat beliau macam ni:"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.Jika kau tak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika kau tak temui,carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati.Jika kau tak temui juga,berdoa'lah kepada Allah dan pintalah hati yang baru"Mengapa kita disuruh meminta hati yang baru kalau tidak hati tu sudah tidak boleh berfungsi dengan baik dan bagus sekali.
Ingatlah Hadis Nabi Muhammad s.a.w:
"Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam." (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Dan Allah berfirman dalam Surah Al-Muthaffifin,ayat 14:
"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan."
Jadi,kita ke persoalan mengapa hati kita mati pula.Aduh,panjangnya.Memang panjang kerana hati adalah satu perkara yang kompleks sebenarnya.Semuanya berpunca dari hati.Jadi,Apakah perkara yang melakukan jenayah iaitu membunuh!Jom!!Serang!!Kita lihat perkara pertama.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :-
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.Oleh itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Bukankah apabila kita mengingati Allah ,hati akan jadi lebih tenang.Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :-
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang"
Lain2 punca yang menyebabkan terbunuhnya hati kita,hang pikirla sendiri.Ader akal yang Allah beri.Ehehhehe.Sekarang kita nak masok bahagian mengubati hati pula atau menjaga hati..Kalau saya detak picture dan awak semua baca memadai tak?
Ermmm.Rasenye sudah jelas.Tinggal untuk diamalkan sahaja.Ke gane?Kalau tak paham boleh tanya mula deh.Tangan dah letih dan perut pom dah lapar.Wekekeh.Ingatlah.Apa sebenar-sebenarnya fungsi hati tu.Sekadar tu je.Apa yang kurang harap dimaafkan kerana saya insan yang sangat2 dhoif dan hina.Dan saya juga tidak terlepas daripada dosa dan penghisaban kelak.Bersama kita tambah iman di dada,perbaharui iman pada hari ni,dan tambah ilmu juga.Jangan lupa amalan juga.Kerana Nabi sudah bersabda mafhumnya Barang siapa yang bertambah ilmunya,tidak pula amalnya,maka tidaklah lain cuma bertambah jauh je dia dari Allah.
Comments
Post a Comment