Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang aku percayai..
aku merasa damai dengannya..
aku dapat mengadu kesusahanku padanya..
dia dapat menceritakan masalahnya kepadaku..
tidak membocorkan rahsiaku..
menegurku kala aku melakukan kesalahan..bukan bersama menyembunyikan..
bersangka baik denganku tatkala orang lain memfitnahku..
menerimaku di kala orang lain meminggirkanku..
bersama denganku tika aku memerlukan..
menghulurkan tangan untuk membantuku berdiri..bukan meninggalkan..
menutup keaibanku..bukan menghebahkannya..
menggembirakan aku tatkala aku merasa sedih..bukan membuat aku bersedih..
menghormati diriku..bukan memperlekehkan diriku..
menghargai diriku..bukan dijadikan bahan sisipan dalam majalah persahabatan..
menjagaku..bukan menyakiti hatiku...
menyayangiku lebih dari dirinya sendiri..bukan menyatakan rasa benci..
menjaga kepercayaaanku..bukan membuat aku merasa kecewa kerna diperbodohkan..
mencari diriku di kala aku menghilang..
merasa risau tatkala aku tidak memberikan jawapan..
merinduiku waktu aku tidak menyusahkan..
~banyaknya syarat tuk menjadi sahabatku..
tapi ketahuilah..syarat itu tidak berguna untukku..
kerna mereka dan kamu adalah sahabatku..
meski engkau selalu membuat aku kecewa..
tapi aku mampu mengubat luka itu sendirian..kerna aku ada Allah..
jadi,aku tidak hairan jika engkau akan terus menerus membuat aku makan hati..
asal aku punyai Allah yang bersama dengan mereka yang sabar..
engkau semua tetap sahabat di mataku..
aku tidak ingin dipandang...
biarkan kehadiranku ibarat angin kala engkau merasa kepanasan..
dan aku hadir untuk membuat engkau tenang dan aman..
kemudian..izinkan aku pergi tanpa sepatah kata dan hilang dalam waktu yang berjalan..
kala itu..jangan cari aku lagi..
jangan harapkan kehadiranku lagi..
mungkin aku sudah tidak mampu untuk membuat engkau tersenyum lagi..
dan mungkin bila aku kembali lagi,..
mungkin aku akan hadir sebagai taufan yang memusnahkan kegembiraan pula..
tapi,aku ingin engkau selalu mengetahui..
bahawa aku selalu menyayangi dirimu kerana Allah..
dan aku tidak ingin melihat dirimu terus-menerus melakukan dosa..
aku tidak ingin melihat Allah murka kepadamu...
aku tidak ingin terus melihatmu berada dalam kejahilan...
aku tidak ingin melihatmu berada di Neraka Jahannam..
aku ingin sekali berjiran di syurga denganmu nanti..
aku selalu fikir..bahawa kamu adalah anugerah Allah buat diriku yang miskin jiwa ini..
hati ini,tak ingin untuk meninggalkan..
tak inginkan perpisahan..
maafkan aku..bukan niatku sahabat-sahabatku..
seandainya aku bisa memilih...
memilih untuk terus berada di sisimu atau pergi...
aku lebih rela pergi..kerna aku mengerti..kehadiranku bukan diperlukan lagi..
aku selalu ingin engkau mendengar jeritan hatiku tanpa suara ini..
tapi..aku faham..tiada siapa yang mampu mendengari..
biarkan aku lagukan mengikut rentak hidupmu..
biarkan aku menari mengikut gayamu..
biarkan waktu yang menyedarkan engkau akan kehadiranku..
tapi..saat itu..aku sungguh berharap..semuanya belum terlambat..
belum terlambat untuk engkau berubah kerana Allah..
belum terlambat untuk engkau memohon keampunan Allah..
belum terlambat untuk engkau sentiasa mendoa'kan pemergianku yang abadi..
bukan aku mengharapkan simpatimu..cuma secebis rasa pengertian...
sememangnya..semuanya berpunca dari diriku...
sememangnya..aku yang bersalah..kerna tidak dapat mencorakmu dengan sebaiknya..
sememangnya aku yang bersalah,kerna tidak dapat mencuri hatimu untuk Allah..
sememangnya aku yang bersalah kerana engkau terpesong dari jalanNya..
tapi,aku tak ingin untuk menjadi orang yang kamu suka,sayang, dan rapat....
akan tetapi Allah murka dengan diriku..Allah tidak menyayangi aku dan kamu...
aku ingin sekali Allah menyayangi kita...
aku ingin sekali Allah mengasihi kita..
aku ingin sekali Allah mengenali kita kerana indahnya ukhuwwah kita yang terbina atas namaNya..
Comments
Post a Comment