Skip to main content

Cases

Case 1#
“Weh, kau bila nak tidur lagi nih? Dah pukul dua. Hari hari kau lelap lewat. Stadi sampai cenggitu sekali baii..”
“Kau tidurla dulu. Aku kena stadi lagi siket. Otak aku tak cair cam kau.  Lambat hadam mende alah nih.”

Kita beritiqad bahawa usaha kita yang akan menentukan kejayaan.
Lupa pada perancangan Tuhan.
Bila tersadung mula mengalah habis habisan.
Katanya:aku sudah usaha,namun result aku tetap biasa.
Kita lupa..
Dalam berjam jam kita stadi,
mungkin dua rakaat solat mampu mengubah kitarannya.
Peruntukkan waktu untukNya,
dan kita akan kuasai waktu milikNya.


Case 2#
“Ya Allah,mudah mudahan semua amal baik ku diterima untuk melayakkan aku ke syurga Mu.”

Kita beritiqad dengan amal baik buruk yang akan menentukan syurga neraka.
Lupa pada Rahmat Tuhan.
Yang jika kita kembali pada Dia dengan dosa seluas lautan pun akan diampunkan.
Ayuh koreksi diri dari kisah si abid ini.
Mati setelah sepanjang hidup didirikan dengan ibadah.
Wahai Tuhan masukkan aku ke syurgaMu dengan pahala amalanku ini.
Sungguh, pahalamu itu tidak cukup untuk melayakkan engkau ke syurgaKu.
Masuklah engkau dengan rahmatKu
Aku tidak percaya. Timbanglah dahulu. Seumur hidupku hanya penuh dengan kebaikan.
Setelah ditimbang pahala seumur hidupnya hanya sebesar sebiji mata.
Maka menangislah si abid soleh itu.
Dengan pahalanya tidak layak ke syurga.
Tapi dia masuk ke jannatunna’im itu dengan Rahmat Tuhannya.
Abid yang taat itu pun pahalanya sebesar biji mata,
Kita yang biasa biasa ini di mana tempatnya?


Case 3#
“Ah, esoklah. Hari ni aku malas.”

Dalam diam kita beritiqad bahawa esok masih panjang.
Sikitnya kita mengingati kematian yang faj’atan.
Taubat hari ini kita tangguhkan,
Sedang masa makin tua.
Kita pijak ke bumi lupa nak jejak kembali,
Meski begitu bumi diam tatkala orang derhaka seperti kita berjalan di atasnya.
Namun akan tiba masanya bila tulang bertemu tulang,
kita dihimpit dalam lubang pengakhiran,
itulah rumah yang dindingnya hanya tanah.
Jadi, bila dahimu mencecah sejadah dunia,
ingatlah kita akan kembali ke tanah.


Case 4 #
“Aku lihat Dato itu masih bekerja di lewat usia. Kasihan dia jadi hamba harta. Dikejar makin jenuh, dikumpul makin sikit. ”

Kita beritiqad bahawa kaya itu dengan harta.
Harta yang mampu memberi kesenangan dan kemewahan.
Tapi bila dikumpul makin sikit kenapa?
Kerana hakikatnya jiwa makin rakus.
Bila cinta dunia melebihi cinta kepada Yang Esa,
Matlamat hidup mula terseleweng.
Harta tak mampu menjadi teman di sisi saat soal siasat bermula.
Kecuali harta yang diinfakkan ke jalanNya.
Kaya itu dengan raga jiwa yang asasnya adalah iman,
bila susah dia bersabar,
bila nikmat dia bersyukur.


Case 5#
“Kau sebut jer ayat apa,aku boleh sebut page berapa. Buku tu aku khatam dah banyak kali. Ada masa aku ulang lagi. Tak jemu.Tak bosan. Bestt baiiii.”
“A’uzubillahiminasy syaitoonir rajiim. Falyadhhakuu qalilan wal yabkuu kathiro.”
“At-Taubah,200.”
“Erkk. Aku main main jer. Ingatkan buku apa kau maksudkan tadi... ”

Kalau buku manusia tulis itu kita suka baca,
Sejauh mana tulisan itu membawa kita kepada Pencipta?


*sejauh mana apa yang aku kongsi ini membawa aku kepada Rabbi.Hipokritkah aku? Na’uzubillah*

Comments

Popular posts from this blog

2020- The Pandemic Year

As we are approaching the end of the year 2020, I find my heart starts to fill with rage and fire again. I'm hurt and angry (probably at God again). I know we all have a hard time this year but we are not exactly in the same boat. As for me, I saw 2020 as a hope, that after everything I went through in 2019, 2020 is going to be fine. At least, that's what I've been telling myself. And now we are already in December, I think I've lied to myself enough. So, let's summarize what happened in the year 2020. First of all, I had a sleep disorder. My sleep problem was terrible and it all started after I came back to Germany. Sometimes, I was getting like 3 hours of sleep in a 24-hour period. This disaster continued on for almost 8 to 9 months. However, this sleep disorder helped me a lot while getting through Ramadhan. So, for the first time since I arrived in Germany, I can follow another version of the prayer calendar, which I believe is more nature convincing. Oh yes, me...

Biar Aku Sahaja

“Boleh tolong aku siket tak?” “Apa dia?” Meski sejak tadi berdiam diri, mulut terkunci sepi, matanya dari tadi menatap susuk tubuh yang duduk di hadapannya. “Berhenti pandang aku macam tu. Berhenti tengok aku macam aku cedera parah. Berhenti tengok aku macam aku orang yang kau kena lindung. Aku ok. Jangan risau.” Dia faham pandangan Ijad. Lagi lagi lepas Ijad nampak dia nangis habis tadi dalam bilik. Dan Ijad cuma tercegat berdiri kat situ dengan pandangan yang sama tanpa sepatah kata. Dia tahu Ijad tak perlu tanya apa-apa, Ijad tahu semua. “Tolonglah berhenti. Kau cuma buat hati aku lagi luluh.” Ijad dengan perlahan membawa pandangan ke luar tingkap. Angin berderu masuk membawa angin  sejuk yang sekali lagi menambah pedih di hulu hatinya. Terasa ingin menangis lagi sekali. “Kau tahu Nas apa buat aku rasa tak guna sekarang?”  Ijad bersuara rendah seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia mendiamkan diri. Perlahan tangannya memgang dadanya. Sak...

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...