Skip to main content

Arah Tuju Hidup


Erti sebuah kehidupan berbeza beza bagi setiap orang. Bahkan bagaimana kita memilih untuk menjalani kehidupan kita juga berbeza beza mengikut apa yang kita percaya dan apa yang kita pilih. Kita boleh beritahu dunia yang I've lived my life dengan pelbagai asbab yang membuat kita percaya kita dah hidup satu kehidupan yang worth.

Aku sering brag betapa aku taknak hidup dalam penyesalan dan ketakutan. Hakikatnya kadang kadang aku sendiri tak boleh nak cakap yang aku langsung tak ada sesal dan aku takkan sekali-kali lagi takut kepada selain Tuhan. Dan aku manusia yang dikurniakan perasaan. Kadang kadang aku tak tahu macam mana nak ignore perasaan bodoh yang tak sepatutnya aku layan.

Tapi kehidupan aku ada impian perancangan dan perlaksanaan. Aku tahu aku nak hidup macam mana dan aku berharap kehidupanku berakhir dengan Husnul Khotimah. Ketika kita kadang kadang tujuan kita beralih kepada hanya dunia, jika niat kita seawal perjalanan baik, maka Allah akan hantarkan peringatan. Dan waktu tu kita kena pilih nak balik pada niat asal yang menuju Dia atau kita terus lagho dengan dunia.

Kerana itulah juga apabila azam awal tahun baru aku tiada azam yang specific,sekadar secara umum aku ingin bertambah menjadi baik, tapi apabila aku tiba di sini, aku ada senarai azam yang ingin aku realisasikan Insya Allah. Bagi aku tak berbaloi pengorbanan aku ni, pergorbanan family aku yang melepaskan aku tatkala aku dan mereka saling memerlukan berlalu tanpa hasil yang bertambah baik.

Hidup kat sini aku sedar ada effect yang tak baik untuk aku sendiri kesan daripada persekitran. Contoh satu sen pon nak berkira. Huhu. Sebab nak berjimat punya pasal dan kalau convert jadi 4 sen. Asyik halal satu sen, kalau sepuluh orang 40 sen. Dulu kalau kat Malaysia takdelah kedekut tahap macam ni. So, aku cuba tak membuangkan sifat mulia yang dah sedia terlatih dalam diri atau transform jadi bakhil yang hina dan rugi.

Tu antara salah satu contohlah. Dan aku rasa kalau hidup aku tak bertujuan dan takde perancangan aku takkan terfikir benda benda macam ni salah. Jadi, aku kena sentiasa ingat aku hidup untuk apa, mati nanti nak macam mana dan sebagainya. Rugilah aku kalau sibuk merancang kehidupan kat dunia, tapi lupa nak masukkan sekali perancangan akhirat sedangkan dunialah pelaburan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...