Skip to main content

Happy Pesta Buku





The Mountains Echoed By Khaled Hosseini
A-Must-Read-Book

Perghh. Aku takdelah bengang mana, tapi bengang lah jugak sebab tak dapat pergi pesta buku lagi. Huhu. Maklumlah, baru dua tahun merasa memborong buku di pesta buku. Tapi takpelah rezeki masing masing. Kena banyakkan bersyukur dan sentiasa ingat Allah. Allah dah beri banyak benda kat kita, tapi kalau jiwa kita kecik semua benda rasa tak cukup, rasa serba kurang (  lol sama je dua benda tu ) 

Kenapa membaca ni penting? Alhamdulillah, aku membesar dengan membaca buku. Bagi aku berapa banyak buku yang aku dapat selesaikan baca ibarat trofi koleksi untuk diri aku sendiri. Ada orang suka membeli buku je tapi buku yang dibeli tak baca baca. Masuk koleksi jugak tu, Tapi apa yang aku sedar pembacaan ni penting untuk meluaskan dunia kita, baik dari segi macam mana kita melihat dunia dan dari segi interaksi kita dengan dunia yang lain.

Ada orang buku favourite dia sebab cerita dalam buku tu mirip dengan kisah hidup dia. Ada orang buku dia suka tu sebab dunia yang ada dalam buku tu dia suka. Ada orang suka buku tu sebab buku tu bagi dia banyak pengajaran. Ringkas cerita, kita boleh beri macam macam alasan untuk membuat orang membedah buku tersebut. Dan apa yang setiap orang tu dapat dari buku yang dia baca tak sama sebab dalam dunia buku tu kita ada dunia kita sendiri pulak. Lol. Harap kau faham apa aku nak cakap.

Satu pesan Ustaz aku, kalau beli buku ni jangan berkira sangat duit. Amik jer. Haa engkau.. memang boleh amal, tapi kadang kadang dompet jadi nipis lah jugak sekali tertarik buku macam Reclaim Your Heart tu. Kah kah kah. 

But then I will say that it worth. Ada orang rasa worth dapat spend duit kat makanan. Ada orang sanggup tak makan sebab nak beli handbag, kasut, skirt whatsoever. Tapi ada jugak orang yang sanggup habiskan masa berjam jam kat kedai buku semata-mata kena pilih satu buku je among banyak gila buku lain sebab kalau tak limit kan nafsu alamat makan roti kosong jer hari hari. Beli dan baca buku ni pon nafsu sebenarnya. Kena tahu apa yang penting dan yang mana kena dahulukanlah.

But then again aku nak tekankan kat sini, tak guna kalau kau ni kaki reader jugak kalau buku yang kau baca tu kategori tak guna jugak. Contoh, kaki komik cinta Jepun. Agak agak aku dapat haters tak lepas buat kenyataan macam ni? Contoh lain majalah lucah. Apa yang kau baca tu menunjukkan kau orang yang macam mana sebenarnya. Eh, bukan kita takleh judge judge orang ke? Ada phrase dalam dunia ni yang dipanggil First Impression. Couldn't help but kind of judgement lah jugak.

Orang yang nak membina empayar perniagaan akan fokus pada bahagian perniagaan, economy bla bla bla. Kalau yang tengah belajar law, sikit sikit pergi bahagian law. Takdenya student medic pergi bahagian ekonomi kan? Tapi yang best nya agama sentiasa menyatukan. Semua orang free to come and go at section religion. 

Dan kalau kau sunyi sekali pon, dunia buku boleh buat kau rasa ada ramai kawan. ( Lol ada yang kena ceramah ni karang ) Tapi banyak banyak buku, ada satu buku yang setiap huruf yang kita baca kita dapat satu pahala. Dan aku berani jamin satu mukasurat tu lebih 100 huruf. Dalam berlumba lumba nak memperbanyakkan bacaan ilmiah tu, aku rasa patutlah kita tambahkan dalam aim kita untuk khatam lebih satu kali jugak setahun. Semoga nanti kat akhirat Al-Quran tu jadi syafaat untuk kita sebab kat dunia kita bersahabat dengan dia.

P/s: Mana kau jumpa blog aku?



Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...