Life Story Adik is another proof that it doesn't matter how good or bad something is, semua perkara akan berlalu. Congrats Peruz sebab dah tamat Matrik. I really hope you learn many things there. And don't worry, time will make all them good. And again I wasn't there when that's happened. You keep growing and in time you'll bloom like a flower when the spring comes, and I applogise for not being there beside you and couldn't watch you grow up.
Well, harini nak tulis benda touching sikit. Nak cakap aku dah mula Homesick tu entahlah. Sebab dari awal lagi aku memang rindu rumah. Mungkin nak masuk phase kedua kot. But then, aku harap benda ni tak bagi side-effect kurang elok untuk aku.
Sejujurnya, aku suka life aku kat GMi. Mungkin selepas zaman sekolah aku yang kedua-dua nya ada baik dan kurangnya, aku memang tak suka zaman sekolah. Kalau dulu waktu sekolah cuti hujung minggu tu, kalau boleh nak sambung cuti taknak balik. Mak lah yang akan sentiasa pujuk aku cakap dekat je nanti minggu depan balik. Dan aku pon baliklah asrama balik. Bila pindah sekolah yang makin jauh, sampai sekolah time Mathurat nangis kah kah kah. Malu? In fact kalau aku lalui benda tu sekarang pon, aku still akan nangis aku rasa. Sebab rasa sakit taknak balik asrama tu masih ada.
Tapi bila aku masuk GMi, semuanya bagi aku Alhamdulillah. Takdelah sempurna, ada jugak kekurangannya, tapi yang penting aku boleh balik bila je aku nak. Dan kalau aku sibuk nak periksa tak sempat nak balik tapi baru je nak start homesick, mak akan datang. Lol. Aku cuba untuk tak tulis sambil nangis, tapi biasalah benda ni bawak nostalgia kan. Dan aku suka belajar kat GMi sebab aku tahu perjalanan aku ni menuju ke mana. Tambah-tambah lagi belajar kat GMi merupakan jalan untuk merealisasikan impian aku untuk belajar di luar negara. Alhamdulillah dengan rezeki biasiswa lagi, aku boleh cakap study aku kat GMi memang aku suka, Kalaulah aku boleh stay 19 tahun sepanjang hidup. I mean tak perlu tahun lain pon. Hahaha.
Tapi sekarang aku keluar balik dari zon selesa dan masuk zon yang mencabar balik. Makin kita membesar ni, makin kena belajar untuk cakap yang kita OK even waktu tu tak OK pon sebab taknak buat parents risau. Sebelum aku fly lagi aku dah tahu cabaran paling besar untuk aku bukan lah belajar dalam bahasa Jerman, tapi berjauhan dengan keluarga.
Aku bagitahu diri aku banyak kali yang aku perlu buat apa yang aku tahu buat: bertahan. Aku bagitahu diri aku yang semua ni akan berbaloi satu hari nanti.Tapi memang lah susah sebab sekarang tengah berjuang kan. Apa yang aku boleh harap ialah bertahan dan bertahan. Aku bagitahu yang semua ni sekejap je. Pejam celik pejam celik semua ini akan berakhir.
Dan aku selalu kena ingatkan diri sendiri yang ramai lagi orang lain berharap diorang berada kat tempat kau sekarang. Aku kena pandang side positif, side yang orang lain tak dapat tapi aku dapat. Aku boleh sibukkan diri aku tengok Korea ( memang ada jaminan lah lupa dunia ) hahaha tapi tu cuma escapism yang tak tahan lama. Dan cakap tentang escapism ni sebenarnya dulu aku bertekad nak belajar luar negara sebab nak lari jauh jauh dari segalanya. Kononlah nak bawak diri dan lupakan semuanya sekali.
Tapi Alhamdulillah, ujian yang disangka teruk tahap giga tera tu juga berjaya dilalui dan by the time sebelum aku ambil periksa lagi aku tahu yang hasrat untuk belajar di luar negara ni dah tak menjadi jalan escapism aku lagi. In fact aku mula ragu-ragu untuk belajar di luar negara.
See Anis. Bukan sekali dua hidup kita macam ni, tapi kita bertahan, Kita teruskan jugak melangkah. And at the end, semuanya worth. Semuanya akan baik baik je. Everything takes time. Janganlah risau, kuatkan hati. Kau mintak Allah bagi jiwa yang 'besar' kan kat kau supaya kau berjiwa besar? Ni lah cara Tuhan nak bagi. Takde benda yang datang bergolek dalam dunia ni. Semua benda ada harga yang perlu dibayar. Stay strong ok? Allah ada :)
credit to The Daily Reminder Network.
Follow and subscribe TDR at social media for more benefit
muahaha.kantoi nangismasa mathurat.kekeke
ReplyDelete'you never know how strong you are unyil being strong is the only option left'
baru terbaca quote ni kat u pagi tadi
#tetapcekal&terbang tinggi#
p/s; rindu asramaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
jom main baling selipar.wuwuwu
hahaha main baling selipar bergegar asrama
Deleteuntil
ReplyDeleteYani cakap hidup kau best sebab ade dia kat GMI.
ReplyDeleteyani baca ke blog aku ni? bukan dia tak suka ke benda camni?
Delete