Skip to main content

Kasar Berkasar


Dulu, aku selalu acah acah jadi orang tak berperasaan. Berlakon jadi orang yang tak kisah, tapi deep down kadang kadang ada benda yang aku cakap aku tak kisah tapi sebenarnya aku kisah. Dan sejak aku masuk GMi aku amik watak orang bersikap kasar dan pentingkan diri. Kononlah nak cakap diri ni tough gitu.

Dan aku tak sedar benda tu jadi amalan sehinggalah ada satu ketika aku buat benda tu kat mak aku. Benda apa erk? Satu petang aku belikan mak makanan kesukaan mak sebab aku tahu mak dah lama tak makan. Dan alang-alang aku keluar tu aku singgah kedai tu dan belikan semua untuk mak. Dan bila aku balik kebetulan mak kat dapur tengah lepak tengok tv. Aku ambil pinggan dan piring untuk mak sebab mak tak suka makan dalam plastik terus macam tu even boleh je buat.

Dan bila mak tengok ada ikan goreng celup tepung, mak pon cakap: Ermm, ni macam mana anis nak makan ni, banyak sangat tulang ni. Dan aku pon jawab: Eh, tu yang mak punya. Mak ingat anis beli untuk anis? ( dengan nada yang biasa aku gunakan dengan kawan-kawan aku yang lain. Siapa pernah dengar macam mana intonasi aku guna ayat ni, akan cakap sangat kasar kalau dengan mak sendiri ) Dan mak pun senyap dan terus makan.

Sebagai anak, kadang-kadang aku perasan kalau ada yang aku buat tak kena tapi mak tak cakap. Aku tahu melalui reaksi atau perbuatan mak. Dan waktu tu aku baru tersedar: Allah, aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi. Aku tak minta maaf balik dan aku tak bangga dengan apa aku buat. Tapi aku sedar aku salah even mak tak tegur apa-apa. Bayangkan aku jawab macam tu padahal mak bukannya tanya, tapi statement risau sebab aku tak reti makan ikan banyak tulang dan mak nak kongsi ikan tu. Kasar kan?

Kerana benda tu seolah menjadi trademark untuk aku sejak aku masuk GMi, konon nya supaya orang anggap aku orang yang pentingkan diri. Dari satu sudut yang lain aku fikir macam tu supaya nak latih diri aku untuk tak harap balasan orang. Maksudnya kalau aku buat benda baik bukan untuk orang lain tapi untuk aku sendiri. Dan benda tu jadi amalan tanpa sedar dan akhirnya diluar kawalan bila dah sebati.

Memanglah mula-mula aku create the idea so that I’ll not hurt because of others or small things. That idea yang aku tanam seed dia dengan harapan keluar pokoklah. Dan untuk orang tak rasa terhutang budi dengan aku dan tak view aku sebagai good person. Kira macam cover lah lepas buat baik tapi acah-acah kasar camtu. Sebab aku nak lari dari persepsi orang yang aku budak baik.

Tapi aku takde niat nak buat macam tu kat mak. Well, aku tak kisah pon kalau aku buat kat kakak atau adik aku. In fact aku buat je kot. Even aku tahu aku berkasar dengan diorang. Dan again, aku tak proud dengan apa aku pilih untuk aku buat dan  apa aku pilih untuk jadi. Dan lepas tu aku realise, it’s not nice to hurt others feeling just sebab kau taknak kau disakiti.

And that’s just prove theory yang: Cuma orang yang terluka akan melukai. Benar, aku pernah terluka dan takut dilukai. Dan apa aku buat ialah tanpa sedar hurting others jugak just so aku taknak aku terluka. Dan benda tu makan diri aku. Mujur aku sedar dan berusaha nak buang balik.

Jadi orang kasar ni tak seronok sebenarnya. Cakap kasar, perbuatan kasar, tingkah laku kasar. Tak best sebab tak ngam dengan fitrah jiwa yang lembut. Eceh ceh ceh. Muntah roti. ( Banyak sangat makan roti kat sini. Kah kah kah ) Misi nak ‘keraskan’ hati bukan macam ni caranya. Kalau nak jiwa besar hati kental kena balik pada Allah, mintak kekuatan sebab macam mak selalu ulang: Kita langsung takde daya upaya nak buat apapun. Bukannya bajet kasar tough. 



Kalau bumi kering macam ni rupanya. Kalau hati kering pulak macam mana?
Jangan keringkan hati semata-mata taknak terluka. Nanti lama-lama hilang sifat belas dan ihsan.
Yang tinggal hanyalah: Pergi Mampos




Comments

  1. Dijah, tak salah kalau kau cakap sekali sekala kau rindu aku kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!! Apakah?? Jangan Spam please keh keh keh

      Delete
  2. kadang2 kita fikir kita guna kekerasan sebab sayangkan seseorang, nak protect lah gitu. padahal tanpa disedari, kita telah melukakan hati orang yang disayangi. sobs sobs :"(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

k3m p3rmatA imtiaz,,

Hari ni saya nak mencoretkan dan menceritakan serba sedikit tentang program yang telah kami (gabungan mpp dan nuqaba’ f3).Program ini telah kami rancang sejak bulan mac lagi dan terpaksa ditunda sehingga beberapa kali kerana halangan sentiasa ada.Maklumlah jika kita hendak menolong agama Allah,maka kita akan diuji dengan pelbagai ujian.Untuk Pengetahuan semua,program ini,pada mulanya kami rancang hanya untuk pelajar banat f1 sahaja tetapi rancangan Allah lah yang paling baik,maka pada akhirnya atas arahan kaunselor,kami bergabung agar program ini lebih mantap. Kem yang dijalankan ini,pada awalnya dirancang bermula hari khamis dan berakhir pada hari sabtu,akan tetapi bertukar menjadi:bermula hari isnin malam selasa dan berakhir pada hari khamis,pada 28 Jun hingga 1 Julai 2010.Maka,mesyuarat tergempar sering diadakan kerana keputusan untuk bergabung dengan kaum Adam hanyalah diketahui pada Hari isnin:28 Jun 2010.Banyak program juga ditambah kerana ...