Skip to main content

Al-Quran itu Kalamullah!!


                Pada keheningan malam yang sepi bersama desiran angin bayu,bawalah sejenak kotak fikiran kita merentas masa lalu mengimbau kembali kenangan silam,yakni saat kita mula-mula memasuki alam baligh.Ah,entah berapa saat telah berlalu.Pantas sekali masa beredar.Bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,bahkan nafas berganti nafas.Silih berganti antara suka duka, pahit manis hidup dan tawa hiba.tak mengapalah.Bukankah itu lumrah kehidupan?dan usia kita kini menganjak lagi.Angka bertambah lagi.

                Dalam menghitung hari (setelah sekian lama bergelar cukup umur),sebenarnya ada perkara lain yang lebih utama untuk diperbahaskan.Amatlah rugi sekali,andai masa itu diperhabiskan dengan sia-sia,dihala kepada perkara yang amat melalaikan.Mengapa tidak kita peruntukkan masa yang terluang walaupun sekejap untuk kita ber’uzlah??atau berzikir?Atau membaca Al-Quran atau berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w??

Sungguh bertuah kalau kita tergolong di dalam kelompok yang mencintai Al-Quran.Alangkah bertuah lagi jika kita tergolong dalam kalangan orang yang menghafaz Al-Quran.Bertambah bertuah lagi jika kita sentiasa mendampingi Al-Quran.

Orang yang selalu mendampingi Al-Quran adalah orang yang dikasihi Allah.Mengapa saya katakan sedemikian?Kerna Al-Quran itu adalah KALAMULLAH!! Yang diturunkan kepada Rasul Terakhir melalui Jibril A.S.

Membaca Al-Quran merupakan perkara paling senang untuk kita mendapat rahmat dan cinta Allah.Sebagai contoh:Siapa yang tidak kenal akan kelebihan Surah Al-Ikhlas dan kelebihannya??


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
                                  (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


 Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Quran dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu’ kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu’ Al-Quran.


Mua’z bin Anas al-Juhaniy r.a berkata:

Daripada Rasulullah,Baginda bersabda:

 “Sesiapa yang membaca ‘Qulhuwallahu Ahad’ (surah al-Ikhlas) sehingga ke akhir (tamat) sebanyak sepuluh kali,maka Allah akan membina baginya sebuah istana di dalam syurga”

Kemudian berkata Saidina Umar Al-Khattab r.a:

“Kalau begitu,kita akan membacanya sebanyak-banyaknya wahai Rasulullah”

Lalu Rasulullah bersabda:

“Allah itu Maha Kaya dan selalu berbuat baik (terhadap hamba-hambaNya)



Lihatlah,betapa Pemurahnya Ar-Rahman menawarkan anugerah yang begitu mustahil ditawarkan kepada sesiapapun.Perhatikanlah dengan amalan yang seringan itu,Allah berjanji melalui lidah Nabi kita,satu pemberian yang sangat mahal dan tiada tergambar dek fikiran.

Tepuk dada,tanyalah iman kita yang sekarang sedang bertambah atau semakin menipis,senipis kulit bawang.Siapakah yang lrebih dermawan daripada Allah untuk memberi kita sebuah mahligai?Adakah kita merasa teruja dengan tawaran hebat ini?kerna tanpa iman kita tidak akan terpanggil untuk merebut semua janji Alah untuk hamba-hambaNya yang Soleh!!

Justeru,marilah kita menjadi mukmin yang sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa sedar harga seisi dunia ini hanya diibaratkan seperti sebelah sayap nyamuk.Dunia ini tidaklah diciptakan melainkan untuk menguji kekuatan iman kita kerna Dunia cumalah persinggahan kita untuk melabur sebanyak mungkin sebelum mendapat hasilnya di Akhirat kelak.Wahai sahabat-sahabat sekalian,tidaklah saya menyeru diri kamu semua melainkan diri saya yang terlebih dahulu mendengar seruan ini untuk kembali insaf dan merindui segala janji yang baik dan anugerah Allah,baik di dunia mahupun di akhirat sana.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...