Skip to main content

KISAH LIMA PERKARA ANEH..


Abul Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli Fiqh yang mahsyur.Suatu ketika dia pernah berkata,ayahku menceritakan bahawa antara nabi0nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

                Maka salah seorang Naib yang menerima wahyu melalui mimpi itu,pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “esok engkau hendaklah keluar dari rumah pada waktu pagi dan menghala ke barat.Engkau dikehendaki berbuat,pertama apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,kedua engkau sembunyikan,ketiga engkau terimalah,keempat jangan engkau putuskan harapan,yang kelima engkau larilah daripadanya.”

                Pada keesokan hari,Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar yang berwarna hitam.Nabi itu kebingungan sambil berkata “aku diperintahkan memakan apa yang pertama aku hadapi tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”

                Maka Nabi itu terus berjalan menuju bukit itu dengan hasrat memakannya.Ketika Nabi itu menghampirinya,tiba-tiba bukit itu mengecilkan dirinya menjadi sebesar buku roti.Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya.Ketika ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu lalu Nabi pun mengucap syukur ‘Alhamdulillah’

                Kemudian Nabi meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan seba\uah mangkuk emas.Dia teringat akan arahan mimpi itu supaya menyembunyikannya lantas menggali lubang lalu ditanamkan mangkuk itu,kemudian ditinggalkannnya.Tiba-tiba mangkuk itu terkeluar semula.Nabi menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

                Maka berkatalah Nabi itu, ‘‘aku telah melaksanakan perintah-Mu”.Lalu Dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari yang mangkuk emas itu terkeluar semuladari tempat ia ditanam.

                Ketika dia sedang berjalan,tiba-tiba ternampak seekor burung helanmg sedang mengejar seekor burung yang kecil.Kemudianlah terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku”

               Mendengar rayuan burung itu,hatinya berasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu lalu dimasukkan ke dalam bajunya.Melihatkan keadaan demikian,lantas si burung helang datang menghampiri Nabi lalu berkata, “Wahai Nabi Allah,aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi,lalu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku itu.”

                Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat iaitu tidak boleh memutuskan harapan.Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.Akhirnya dia mengambil keputusan mengambil pedangnya lalu memotong sedikit tulang pehanya dan diberikan kepada helang itu.Setelah mendapat daging itu helang itu pun terbang dan burung kecil itu dilepaskan dari dalam bajunya itu.


                Selepas kejadian itu,Nabi meneruskan perjalanannya.Tidak lama kemudian dia bertemu denagn satu bangkai yang amat busuk baunya,maka dia bergegas lari dari situ kerana tidak tahan bau yang menyakitkan hidungnya itu.Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu,maka kembalilah Nabi kerumahnya.Pada malam itu Nabi pun berdoa’.

                Dalam doa’nya Dia berkata, “Ya Allah,aku telah melaksanakan perintahMu sebagaimana yang telah diberitahukan dalam mimpiku,maka jelaskanlah kepadaku akan erti semuanya ini.”

                Dalam mimpi Beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa: “Yang pertama engkau makan itu adalah marah,Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika engkau dapat bersabar,mengawal serta menahannya,maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
            
Kedua,semua amalan kebaikan,walaupun kau sembunyikan maka ia akan tetap nampak juga.Ketiga,jika sudah menerima amanah seseorang,maka janganlah kamu khianat kepadanya.Keempat,jika orang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantunya.Kelima, bau yang busuk itu datang daipada GHIBAH (menceritakan hal seseorang).Maka,larilah dari orang yang sedang duduk berkumpul dan membuat ghibah.

                Sahabat-sahabatku,kisah di atas hendaklah kita semaikan dalam diri kita kerna perkara yang lima ini sering sahaja berlaku dalam kehidupan kita.Perkara yang memang kita selalu buat seperti berghibah.haruslah kita ingat bahawa berghibah itu akan membuat pahala kita hilang.Oleh itu janganlah kita mengata orang walaupun perkara itu benar.

                Dan janganlah sesekali kita cuba menghampakan harapan orang sebelum kita cuba sedaya upaya untuk memenuhinya.Ingatlah juga  bahawa perkara yang paling berat di atas muka bumi ini ialah amanah.Maka,janganlah kita mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kita.Tidaklah saya menceritakan kisah ini kepada sahabat-sahabat melainkan menyuruh agar diri yang dangkal akan ilmu dan sering berbuat dosa ini agar mengambil iktibar daripada cerita Nabi Allah itu tadi.








Comments

Popular posts from this blog

Ask God Now

This thought hit me so hard that I just can't ignore it and start to write again in this blog. You know what, think of the time when you were in trouble. Think of the time when you were sick. Think of the time when nothing went fine. Think of the time when your chest felt as if it would burst any second at any time. And remember how many times you called God to fix the thing for you. Remember how many times you asked God to make the way easy for you. Remember the time you asked God to lend you the strength to walk through the rough and cold season. And how many times did God answer your call? Every time! Each and every time! Some in ways that you can see it with your naked eye and some in ways that you could only understand if you have patience hold inside your soul. See, we are the living proof that God answers every prayer. But there will come a time when our call, our prayers will be ignored. And that's when we know everything is too late. When is that? When we alre...

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila ...