Hari ni saya nak mencoretkan dan menceritakan serba sedikit tentang program yang telah kami (gabungan mpp dan nuqaba’ f3).Program ini telah kami rancang sejak bulan mac lagi dan terpaksa ditunda sehingga beberapa kali kerana halangan sentiasa ada.Maklumlah jika kita hendak menolong agama Allah,maka kita akan diuji dengan pelbagai ujian.Untuk Pengetahuan semua,program ini,pada mulanya kami rancang hanya untuk pelajar banat f1 sahaja tetapi rancangan Allah lah yang paling baik,maka pada akhirnya atas arahan kaunselor,kami bergabung agar program ini lebih mantap.
Kem yang dijalankan ini,pada awalnya dirancang bermula hari khamis dan berakhir pada hari sabtu,akan tetapi bertukar menjadi:bermula hari isnin malam selasa dan berakhir pada hari khamis,pada 28 Jun hingga 1 Julai 2010.Maka,mesyuarat tergempar sering diadakan kerana keputusan untuk bergabung dengan kaum Adam hanyalah diketahui pada Hari isnin:28 Jun 2010.Banyak program juga ditambah kerana pertambahan masa program juga.Waktu ini,kami terpaksa memerah otak kami hingga kekeringan idea,tetapi Allah lah sebaik-baik penolong kerana Dia sentiasa membantu kami,menunjukkan jalan dan telah mengizinkan agar program ini berjalan lancar (walaupun terdapat sedikit sebanyak masalah yang muncul secara tetiba).
Kem yang diberi nama Kem Permata Imtiaz ini sebenarnya ditiru ala-ala kem yang pernah dianjurkan oleh ex-sim pada tahun 2008:Champion Forever Camp.Oleh kerana kem ini sangat-sangat berbekas di hati kami,maka keputusan dibuat untuk membentuk adik-adik dengan cara yang sama.Kem ini berkaitan dengan ukhuwwah antara kami,sebagai seorang pelajar,sahabat dan umat Islam.
Bermula pada Jam 2130 hari Isnin malam Selasa (kalau tidak silap;kerana saya sibuk dengan tugasan lain sewaktu itu dan tidak ditugaskan untuk bersama-sama mengendalikan slot malam itu), Ketua Pelajar yang juga bertindak selaku Moderator untuk kem ini,telah memberi briefing.Saya menganggap semua pelajar form 1 masa tu,pasti terkejut besar kerana tetiba ada kem pada waktu persekolahan.Kami mengambil waktu persekolahan atas keizinan Kaunselor yang memberi persetujuan kerana kebanyakan cikgu-cikgu terpaksa mengahadiri kursus bagi memantapkan lagi prestasi mereka sebagai seorang guru.Bagi mengisi waktu kekosongan ini,maka Kem ini dipinda secara mengejut.Pengenalan itu adalah bertujuan untuk memberitahu kepada semua pelajar form 1 bahawa mereka akan dan sedang mengikuti sebuah kem yang dianjurkan oleh mpp dan nuqaba’ f3.Taklifat diberikan kepada mereka untuk disempurnakan semasa kem itu berlangsung.Mereka juga diberi barang amanah yang berupa ‘mee lidi’.Antara taklifat yang harus disempurnakan ialah:
Ø Membaca al-mathurat setiap petang sepanjang program itu berlangsung.
Ø Merojaah al-Quran sebanyak 3 muka (sekadar membaca sahaja)
Ø Menghafaz 2 muka
Ø Berzikir dengan zikir Subhanallah,Alhamdulillah sebanyak 33 kali
Ø Memastikan Dewan Ulul Albab sentiasa bersih
Selepas habis taklimat itu,mereka ke prep.
Pagi esok,Hari Selasa;dengan berpakaian kokorikulum,pelajar f1 berkumpul semula di Dewan Ulul Albab pada pukul 10:00 pagi selepas menikmati juadah minum pagi yang ketika itu kalau tidak silap popia dan air teh kosong.Slot yang pertama dikendalikan oleh saya dan Ketua Pelajar.Sebelum slot itu bermula,kami menerima ujian apabila fasilitator-fasilitator banin menghadapi masalah kerana guru mata pelajaran KHB ingin menghabiskan silibus dan tidak akan mengulanginya untuk kali kedua.Mereka ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapak,buntu memikirkan jalan penyelasaian,Sekali lagi,Allah lah yang menjadi penolong kepada kami apabila (entah bagaimana jalan penyelasaiaan yang dibuat) mereka (fasilitator-fasilitator) dapat menghadirkan diri ke DEBA *(Dewan Ulul Albab) dan menyertai slot Ice Breaking itu.
Slot ini dimulakan dengan nyanyian lagu tema untuk Kem ini,iaitu Kau Teman,Kawan dan Sahabat oleh UNIC.Kelihatan wajah-wajah bersemangat adik-adik kami yang cuba menyanyikan lagu ini dengan semangat (walaupun sebahagian besar daripada mereka tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini).Kemudian,adik-adik f1 diberi tugasan untuk mencari nama-nama mereka (yang sudah dibahagikan dalam kumpulan)yang ditampal sepanjang laluan antara musolla hingga ke Dewan Makan.Kebetulan dan tidak dirancang seorang akhowat dan seorang ikhwan tiada nama dan kumpulan.Mereka berdua telah dijemput oleh sahabat-sahabat mereka untuk turut serta dalam kumpulann mereka.Selesai lagi satu masalah yang muncul tetiba dengan bantuan dari Yang Maha Esa.Setelah mereka berkumpul dalam kumpulan masing-masing,tugasan yang selanjutnya adalah meminang fasilitator untuk kumpulan mereka dan melantik seorang ketua dalam kalangan mereka.Kami telah merancang agar sebahagian daripada mereka (fasilitator-fasilitator) menerima pinangan itu,tetapi sebahagian lagi tidak.Objektif kami adalah agar pelajar-pelajar tidak pernah berputus asa dan mengetengahkan konsep “kalau dia boleh buat;mengapa kami tidak?” dalam diri setiap pelajar. Kemudian,ada sikit permainan yang memerlukan pergerakan.Pada pukul 11:55,seperti yang diarahkan oleh ketua,saya menghentikan permainan kerana sesi kemuncak yang ditunggu-tunggu kami semua;iaitu pengenalan koordinator yang dipanggil KD..Secara jujurnya,saya menghargai mpp dan nuqaba’ Banin yang nampaknya menghargai usaha kami selama ini dan turut sama bersungguh-sungguh dalam penganjuran kem ini.Terima Kasih atas pengorbanan semua yang terlibat menjayakan program ini.
Kemudian kami berpecah kepada dua,ikhwan(pangilan untuk pelajar banin sepanjang kem ini berlangsung) kekal di DEBA,manakala akhowwat (nama panggilan untuk pelajar banat) ke bilik It untuk slot Beware!!Masalah juga muncul secara tetiba kat sini apabila berlaku pertembungan menggunakan bilik It.Alhamdulillah juga,kerna masalah ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Slot ini adalah slot tayangan video-video yang kami kutip daripada youtube yang mempunyai nilai-nilai moral, seperti berkenaan aurat,adab semasa makan,marah,anak yang tidak taat pada perintah ibunya dan pesanan setan untuk kita semua.Apa yang tertarik di hati saya untuk saya ulaskan mengenai salah satu daripada video-video ini ialah tentang si ibu yang tetap mendoa’kan si anak walaupun si anak yang pada mulanya disuruh untuk menghantar si ibu ke hospital kerana mempunyai appoiment dengan doktor;menolak.Kemudian menyuruh ibunya menaiki teksi ke hospital dan mula marah-marah apabila si ibu merayu-rayu.Video menayangkan bagaiman setan menghasut anak adam yang mudah menurut hawa nafsu.Walaupun si anak yang sampai hati meninggalkan ibunya sendirian setelah mendapat panggilan daripada kawannya,si ibu tetap berdoa’ kepada Allah agar anaknya diberi petunjuk dan hidayah dari Allah dan menjadi anak yang soleh.Sahabat-sahabat sekalian,janganlah sesekali kita membuat ibu kita merasa menyesal kerana melahirkan kita.
Kemudian,pelajar diberi kertas ‘mahjong’ untuk mengulas kembali apa yang telah mereka dapat daripada apa yang ditayangkan.Saya yang hampir separuh pengsan meninggalkan bilik itu dan keluar untuk berehat sebentar setelah mengendalikan slot ice breaking selama 2 jam berseorangan(banat).Kami melabuhkan tirai di sofa beberapa minit sebelum dipanggil semula masuk ke dalam untuk sesi pembentangan.Semasa sesi pembentangan kami(kd) ditugaskan untuk cuba menggoyahkan pendirian mereka dengan mengajukan beberapa soalan yang mengelirukan.Pembentangan ini bertujuan agar pelajar berani tampil ke hadapan dan berani menegakkan kebenaran.Pembentangan kami berakhir dengan sesi fasilitator-fasilitator memberi ulasan.
Pelajar kemudian meneruskan sesi kokorikulum iaitu sukan.Pada sebelah petang kami,para mpp dan nuqaba’ mengadakan mesyuarat kerana banyak lagi perkara yang belum diselesaikan.Selesai Solat Isya’,ikhwan dan akhowat dikehendaki ke Deba bagi slot yang seterusnya iaitu Debat Kedai Kopi.Sekali lagi Slot ini dikendalikan oleh Saya dan Munzir.Pada setengah jam yang pertama,akhowat berdebat sesama akhowat,manakala ikhwan berdebat sesama ikhwan tentang tajuk “Wajarkah Pada Zaman Sekarang,Ibadah Itu Dipaksa?”Perdebatan bermula dengan rancak sekali,lagi rancak apabila kami menghulurkan ‘Healer’ kepada mereka.Bertambah rancak apabila fasilitator-fasilitator turut sama menumpangkan kaki untuk ikut serta dalam perjumpaan ‘ilmiah ini (bagi saya bukan debat).
Kemudian,ikhwan berdebat sesama akhowat mengenai tajuk yang agak sensitf “Benarkah Pelajar Sekolah Agama Hipokrit?”.Ikhwan bertindak sebagai pembangkang dan akhowat bertindak sebagai pencadang.Tiada pemenang yang diumumkan kerana kami tidak mahu berlaku berat sebelah.Kemudian,Moderator,Izaan memperkenalkan lagu baru untuk ikhwan dan akhowwat.Pelajar seterusnya,dibenarkan pulang ke asrama untuk mengisi perut masing-masing yang sudah berbunyi.Kami,mpp dan nuqaba’ (asing banin banat) membuat mesyuarat mengejut kerana kami masih belum menyelesaikan slot Explorace untuk esok pagi yang baru diputuskan pada hari Isnin iaitu semalam.
Pagi esok bermula dengan slot Munajat Cinta Ilahi,iaitu berqiamullail.Walaupun ikhwan sedikit terlewat daripada jadual,Alhamdulillah,semuanya dapat diteruskan dengan lancar.Imam bagi solat-solat sunat itu (dengar khabar)ialah Imam Muda Farhan Khalid dan Imam Muda Hafiz Imran.Kemudian pelajar kembali ke dorm untuk membuat persiapan diri.Selepas menyempurnakan tuntutan fardhu secara berjemaah dan mendengar sedikit santapan rohani,ikhwan dan akhowwat dibenarkan keluar dari musolla untuk mempersiapkan diri bagi slot senaman pagi yang menuntut agar pelajar-pelajar berpakaian sukan.Slot ini dikendali oleh Ainon dan Rushda,bagi banin pula Nik.Senaman pagi yang amat menyeronokkan bagi mereka kerana sedikit kelakar.Saya tidak sempat memantau pergerakan ini kerana sibuk menyiapkan diri yang belum lagi siap.hehehe..
Kemudian.pelajar bergerak ke kelas tasmi’,Setelah itu,slot Explorace pula yang dikendalikan oleh Yana dan Che Engku Aisyah,bagi banin pula Abu dan Fawwaz.Ikhwan mempunyai 5 checkpoint ,manakala akhowwat pula perlu berjalan lebih sedikit,apabila checkpoint yang disediakan bejumlah tujuh.Antara checkpoint yang perlu dituju ialah Match Warrior dan Spiderweb.Pada akhir explorace,sebahagian kumpulan didenda kerana tidak dapat menyempurnakan misi yang diamanahkan.Denda apa??urmm..Rahsia.. Kalau nak tahu,Tanya akhowwat sendiri.Pelajar dibenarkan untuk pulang ke asrama untuk mempersiapkan diri,makan tengah hari dan menyempurnakan tuntutan Fardhu.Sewaktu Solat Zohor,saya telah terlepas pahala berjamaah apabila terlalu tidak larat untuk bangun menuju ke bilik air kerana keletihan.Terasa sangat berdosa kerana telah memberi alasaan tidak larat.walaupun sebenarnya memang tidak berapa larat dan berharap agar namaku disenaraikan dalam buku JKBI.
Pada waktu petang,slot yang seterusnya adalah Mahligai Ilahi.Slot ini telah diasingkan antara ikhwan dan akhowwat.Ikhwan di Deba manakala akhowwat di Dema.Slot ini dikendalikan oleh Wan Nur Aisyah.Seramai 3 orang ahli dari setiap kumpulan telah menjadi BKU *(budak kurang upaya) yang kekurangan pancaindera seperti penglihatan,percakapan dan sentuhan tangan.Mereka diberi tugasan untuk membina replika masjid yang mereka idamkan daripada kertas A4 yang telah diberikan.Setelah beberapa minit yang diperuntukkan,maka,kami memanggil setiap kumpulan untuk menceritakan serba sedikit tentang masjid idaman mereka dan kegunaannya.Mereka nampaknya gembira dengan hasil kerja mereka.
Petang itu tidak tenang untuk saya dan saya juga telah lagi sekali melewatkan solat asar kerana tekanan emosi kerna rasa berdosa sangat-sangat kerana telah meninggikan suara.Sejurus selepas jiwa kembali sedikit tenang walaupun masih bergolak kuat,saya menyiapkan diri untuk bertemu Yang Maha Pengampun.Setelah sempurna solat Asar,air mata mengalir di pipi kerana diselubungi ketakutan.Takut kerana telah memarahi hambaNya,takut kerana mungkin niat yang telah lari tanpaku sedari,takut akan mereka (akhowwat) menyimpan perasaan marah dan berkecil hati dengan kami.Namun,saya tidak boleh menunaikan solat Taubat kerana waktu itu adalah waktu yang diharamkan solat.Selesai bermunajat,saya bergegas pulang ke dorm untuk berpakaian lengkap dan memantau pergerakan akhowwat yang ketika itu sedang berriadhah.Slot riadhah ini dikendalikan oleh Rushda dan Ainon.Akhowwat nampaknya gembira kerana dapat bermain air sampai basah kuyup.Kami juga akhirnya,turut serta mengebom akhowwat tetapi kami kebal dan tidak boleh dibom!! Haha…
Akhowwat dibenarkan makan malam pada pukul 6:30 petang.Petang itu juga,dengan taqdir Allah,telah menghilangkan sejenak kerisauan yang menyelubungi minda dengan mengaturkan pertemuan dengan sahabat saya.Saya telah bertemu dengan sahabat saya dan kami bersembang sekejap.Seperti biasa,saya pasti membuat lawak dan menyebabkan kami berdua tergelak.
Kemuncak program tiba pada slot Indahnya Berukhuwwah yang dikendalikan oleh saya dan Wan Nur Aisyah.Setelah menunaikan solat Isya’,ikhwan dan akhowwat diminta mengisi perut dulu di Dema.Bagi akhowwat,mereka diminta berkumpul di Padang Aspuri.Seperti yang dirancangkan,setiap ahli kumpulan dibawa lari oleh kami dan menyorok di kelas 2 Abu Amru.Sebagai permulaan kami,berseronok dahulu dengan bergelak ketawa bersama-sama akhowwat.Kemudian Rushda bertanya,ahli kumpulan cukup atau tidak?Mereka tahu tidak cukup tetapi tidak dapat mengenalpasti arah tuju mereka yang hilang.Dan sebagai permulaan kami telah menyuruh ketua kumpulan mencari ahli mereka.Kebetulan juga pada malam itu,beberapa orang daripada kami mendapat ujian dengan nikmat kesihatan kami ditarik.Sahabat saya,Aqila dan Aisyah dan termasuk diri ini sendiri terpaksa bertahan kerana kami mempunyai amanah yang tergalas di bahu dan tekad kami kuat agar apa yang kami usahakan tidak akan terkubur di persimpangan jalan sahaja.Kami ingin melihat objektif kami tercapai dan ukhuwwah kami,mereka semakin bertambah erat.Alhamdulillah,semua dapat bertahan sehingga ke saat akhir.
Sekali lagi,saya teruji apabila terpaksa memarahi mereka lagi.Kebanyakan sahabat-sahabat saya tergelak dan terpaksa menahan suka apabila melihat saya memarahi mereka.Menurut mereka,saya kelihatan sangat melucukan apabila marah.Whatever!!Nak buat macam mana lagi,baru nak belajar cara meninggikan suara dengan amarah. Huahaha..Lokasi slot ini adalah di hadapan Bengkel Khb.Tidak ingin lagi saya ulaskan panjang-panjang mengenai slot ini yang saya harap berbekas di hati setiap akhowwat, kerana slot ni amatlah bermakna sehingga tidak dapat untuk saya ceritakan melalui penulisan.Apa-apa pon kami juga dijui ketika itu dengan penyerangan cg.Juzaili yang tetiba marah-marah.Kelu sekejap tetapi banin pandai cover line.Terima Kasih cg dan kami minta maaf.Kami tahu salah kami.Entah bila dan pukul berapa kami tidak sedar bila slot itu tamat.Apa-apa pon kami minta maaf yer,adik-adik,ada yang tidak berjalan dengan lancar malam tu.
Pagi esok,tiada senaman kerana semua menyangka program itu terhenti setakat itu sahaja.KD-KD banat juga bermesyuarat sehingga pukul 7 pagi.Kami memakai jubah Ulul albab waktu itu.Bersiap-sedia untuk slot kejutan dan Majlis Penutupan.Tiada apa yang menyeronokkan pagi ni tetapi perasaan lega bahawa kami telah menamatkan program,hasrat dan rancangan kami dengan izin Allah.Untuk slot kejutan dikendalikan oleh seorang pakar jemputan,Us Mukhlis.Setelah pelajar digoreng sampai rangup untuk diratah,senang untuk ditelan, dan ketika itu,Ustaz meminta rotan untuk merotan pelajar yang dituduh bersalah,maka Faisal dan Syafiq membawa masuk kek yang diletakkan dalam sebuah kotak.Terima kasih banyak-banyak Ustaz Mukhlis.
Kerana ingatan yang tidak berapa baik ketika itu,maka saya tidak ingat pukul berapakah majlis penutup itu bermula dan tamat.Seingat saya,pelajar-pelajar tingkatan satu dibenarkan bersiap-siap untuk Majlis Penutup.Berlaku sedikit masalah ketika ini, tapi tidak mengapa kerana boleh dilupakan.Pengajaran yang boleh saya ambil daripada masalah yang muncul tetiba itu ialah :JANGAN pernah anda meletakan sesuatu harapan yang di dalamnya ada kekuasaan manusia kerana anda akan terluka diakhirnya..Pengiringan untuk Cg Arida yang dijemput bagi merasmikan Majlis Penutupan.Air mata terkelura tanpa boleh ditahan lagi semasa menyanyikan lagu tema untuk kem ini kerana merasa sangat lega dan bersyukur telah dapat menamatkan Kem ini dengan Alhamdulillah sekali (ada faktor lain gak yang menyebabkan aku menangis).Akhir sekali,kami bersalaman dan aku cukup-cukup berusaha untuk meminta maaf tanpa aku mengalirkan air mata kerana rasa bersalah yang teramat sangat dalam hati.Secara jujurnya,aku tidak pernah memarahi adik aku seperti itu,tetapi aku tegar meninggikan suara yang agak tinggi di hadapan mereka (akhowwat).Kekuatan yang hadir dalam diriku untuk terus berdiri dan memarahi mereka malam tu hadirnya dari Allah dan aku juga tahu aku telah diberi amanah yang harus aku selesaikan kerna kalau bukan aku,siapa lagi?
Akhir Kalam,semoga kem ini akan menjadi kenangan manis buat korang dan dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap slot yang diikuti.Panjatkanlah setinggi kesyukuran kepadaNya kerna mengizinkan kita semua terlibat dengan kem ini.
SEDETIK BERSAMA,SEABAD TERASA…
Jap2..cerita tak tamat lagi..Kemudian kami mengemas Dewan dan kami dihadiahkan kek oleh Warden kami Cg Arida dan Teacher Faatma.Terima kasih dan kami minta maaf cikgu-cikgu.Pelajar dibenarkan pulang awal ke asrama untuk mengemas beg kerana minggu ni minggu balik!!dan waktu itu,aku faham aku tidak mampu untuk kembali ke sekolah seperti biasa pada hari ahad.Tak apalah,untuk adik-adik aku yang aku dipertanggungjawabkan untuk mentarbiah korang,maka nilah harga yang terpaksa dibayar untuk sebuah kem.kerana aku bukan yang dulu,aku tidak lagi segagah yang dulu pada luaran.Ape-ape pon.Doa’kan yang terbaik untuk saya.
The End!!
Comments
Post a Comment