Belajar kat sini buat aku sedar dan belajar banyak perkara yang sebelum ini aku tak sedar, ambil mudah atau remeh dan perkara yang aku tak tahu. Antara satunya ialah rasa izzah dengan Islam. Aku baru perasan selepas aku travel berseorangan akhir-akhir ni, aku malu dengan Islam. Err.. Boleh dikatakan macam tulah. Aku malu nak ambil wudhu' basuh kaki di sinki sebab takut orang pandang pelik. Aku ambil wudhu' dalam keadaan tergesa-gesa bila orang tiada takut tiba-tiba ada orang masuk. Aku juga solat dalam keadaan tergesa-gesa di tempat awam kerana tidak mahu menjadi tumpuan dan dipandang pelik. Not to mention aku berhenti baca Al-Quran bila ada orang melintas atau nak lalu depan kerusi yang aku duduk just sebab taknak mereka fikir pelik atau syak sesuatu yang buruk. Dan kelas kami yang bakal bermula untuk pertama kalinya pada bulan 10 ini buat aku risau bagaimana untuk solat, bagaimana untuk mengambil wudhu' dan sebagainya. Dan aku teringat sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhu...
Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,kerna kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman.. (al-IMRAN:139)