Skip to main content

Sayonara Kassel


Esok aku akan bergerak meninggalkan Kassel untuk memulakan perjalanan yang seterusnya. Sedih kerana aku dari dulu lagi semenjak tiba ke tempat ini mula sayangkan tempat ni. Another goodbye dalam life lah. Lol. Aku melantak di hari terakhir satu kebab daging satu kebab ayam.

Oh ye, aku tak jumpa lagi rumah nak tinggal kat tempat baru. Akan menumpang di rumah senior dulu buat sementara waktu. Doakan aku dapat tempat tinggal yang patuh pada syariat dan mudah untuk aku menjaga batasan agama. Besar cabaran tinggal di luar negara ni. Tak sentiasa indah seperti yang orang bayangkan. Ada harga yang perlu dibayar.

Jujur aku cakap, perasaan teruja untuk berpindah ke tempat baru dan memulakan perjalanan ijazah kalah dengan perasan takut dan sedih. Takut sebab tak boleh bayang macam mana macam mana. Sedih sebab kena pindah dari Kassel. Sedih sebab kena hadap perpisahan yang lain dalam hidup.

Oh well well. Aku even tak boleh nak start packing pon lagi. Bila fikir pasal packing je dah kecut perut bak hang. Rasa perut mengecut walaupun dah melantak kebab banyak petang tadi. Tiada siapa akan menemani perjalanan esok. Bersendirian. Kalau kat Malaysia satu keluarga hantar kau masuk tapi kat sini kau kena angkut bag berat gerak sorang-sorang. Cari transport yang boleh dinaiki. Naik bas pastu tukar train ke and so on.

Lubang kesunyian kat sini macam mana kau nak escape? Kau hanya ada satu jalan iaitu terus melangkah dengan tabah. Kuatkan hati cekalkan hati banyakkan berdoa banyakkan bertaubat sebab jalan ni tak mudah. Kalau kau homesick pon kau boleh buat apa? Ok ok. Taknak start cakap pasal homesick.

Apapun, aku mohon doa dari semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Semoga Allah melindungi dan membantu kita. Semoga Allah memberi jalan keluar untuk kita dari setiap masalah yang kita hadapi. Setiap kita ada perjuangan masing-masing. Teruskanlah berjuang. Tidak kira di mana pon kita semua berada terpisah antara negeri atau negara atau benua, saling mendoakan dan kamu akan sentiasa saya rindui. K Bai

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...