Kau kecik-kecik dulu nak jadi apa? Sabri memulakan perbualan di tengah-tengah padang
besar sekolah tu.
Harini Hari Sukan
dan memandangkan aku telah bersara dari dunia atlet awal tahun tu, aku tidak mengambil
bahagian dalam apa-apa acara pon. Sabri pula memang tidak suka bersukan.
Aku? Eh, banyak.
Mula-mula aku nak jadi juruterbang. Dahla kaya pastu terbang selalu pulak tu. Pastu
aku dengar kerja Scientis bapak cool. Buat experiment je kerja. Boleh main
letup-letup. Pastu aku nak jadi Motivator sebab aku suka tengok Dr. Fadzillah
Kamsah dulu waktu aku kecik-kecik. Aku menjawab sambil tersengih teringat
betapa suci dan lurusnya pemikiran kanak-kanak ku.
“Sekarang kau nak
jadi apa?” Sabri bertanya lagi sambil menguis daun-daun kering yang berguguran
di bawah pokok rendang tempat kami menonton acara lumba lari 4x4 tadi. Rumah
Kuning menang.
Entah la weh. Aku
tak tahu nak pilih mana satu. Kau tahu kan, aku nak jadi doktor bila aku masuk
sekolah menengah. Mungkin sebab semua orang nak jadi doktor, aku pon nak jadi
doktor. Lagipun, mak aku nak anak dia sorang jadi doktor. Tapi...
Suara aku
tersekat di situ. Aku tahu aku hampir nak give up cita-cita aku dan give
up bukan jalan aku.
“Tapi sebab kau
dah belajar Biologi sekarang, kau tahu susah dan kau tak rasa boleh bawak.”
Sabri menyambung sambil tergelak kecil.
Aku memandang
sekilas Sabri sambil tersenyum. Kami bukanlah berada di dalam kelas yang sama,
bukan juga ahli rumah yang sama. Dia Rumah Kuning dan aku Rumah Biru.
So, sebab tu
sekarang aku tak tahu nak jadi apa. Kalau aku nak jadi Engineer, Fizik aku pon
entah apa-apa. Kalau aku nak ambil
something to do with Chemistry pon, belum tentu aku akan suka
sepenuhnya.
Aku melepaskan keluhan panjang. Aku sudah tidak tahu jalan
tuju hidup aku masa depan nanti.
“Bukan kau suka
ke Chem? Bukan kau selalu score ke Chem?”
Aku tersenyum.
Ingin sahaja aku menjawab yang aku suka gurunya dan secara tidak langsung aku
juga suka subjeknya. Tapi suka ni bukannya bertahan lama. Maksud aku Sir
Khairul yang lebih dikenali sebagai Sir Kay takkan mengajar aku sampai aku grad
nanti. Dan untuk masa depan, aku tak boleh nak memperjudikan dengan keputusan
atau sebab yang tidak kukuh lamanya.
Kau nak jadi apa?
Aku kembali menyoal Sabri yang telah kembali dengan dua batang Aiskrim Vanilla.
“Mak aku suruh
jadi doktor.” Sabri menjawab perlahan.
Kau suka kan Bio?
Ok lah tu. Go on jerlah. At least nanti senang aku sakit aku pergi kat
kau jer.
Walaupun waktu tu aku pun masih belum pasti untuk melepaskan
impian aku empat tahun tu begitu sahaja. Namun apa yang aku pasti, Bio bukan
subjek aku.
“Tapi doktor susah. Aku takut.”
Semua benda susah
weh. Mana ada benda senang.
Aku memandang
Sabri sambil tersengih.
“Haah kan. Tapi
aku takut.”
Normal lah,
sekarang kita takut sebab kita asyik fikir kita mampu ke tak. Macam mana kalau
kita stuck kat tengah jalan. Macam mana kalau sebenarnya kita taknak buat benda
ni. Macam mana kalau things don’t go really well and so on. That kind of
thought yang membuat kita teragak-agak.
Kadang-kadang aku nak jadi budak kecik balik yang tak risau
apa-apa. Yang tak takut untuk bercita-cita dan bermimpi. Kadang-kadang tu dalam
sehari ada tiga cita-cita. Semua benda aku nak jadi. Mungkin sebab kita mula
kisah akan sakit jatuh dan dah tak mula enjoy try and error tu, kita jadi macam
ni. Kita takut untuk gagal. Kita
dibebani bermacam bentuk fikiran dan bayangan.
Aku meluahkan apa
yang terbuku di dalam hati sejak topik ini muncul.
Bang! Terdengar
tembakan dilepaskan menandakan acara lumba lari 100m dimulakan. Kami serentak
bangun dan bersorak menyokong ahli rumah kami. Dan semuanya berakhir dalam masa
12 saat walaupun persaingan agak sengit dengan jarak antara empat pelumba
pertama Cuma berbeza perpuluhan saat. Rumah Biru berjaya menggondol tempat satu
dan dua diikuti Rumah Hijau.
Kami kembali
berjalan ke port kami dan aku sempat mengambil Roti Gardenia berkrim Coklat
yang disediakan organisasi Rumah Biru tadi.
Kau tahu tak.
Dulu aku sekolah rendah aku ahli Rumah Merah taw. Sekolah lama aku dulu pon
Rumah Merah. Masuk sini jadi Biru. Aku memandang Sabri sambil menghulurkan
separuh Roti Gardenia tadi kepada dia.
“Haah. Aku pon
weh. Masuk sini entah apa-apa entah jadi Rumah Kuning. Selama ni aku Rumah
Merah kot.”
Kan.. Aku
menjawab dan kami tergelak. Orang kata aku sepatutnya masuk Rumah Kuning waktu
aku daftar haritu tapi sebab waktu tu Rashdan Ketua bahagian membahagikan rumah
ni, dia masukkan aku kat Rumah Biru. Mujur jugak, kalau tak aku duduk blok
belakang tu. Hahaha.
Aku tergelak
besar. Orang kata blok belakang tu lain macam kerasnya.
Teringat aku
sewaktu Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Empat Baharu haritu. Entah kenapa
emak tidak menemani aku pada haritu aku pun tidak tahu. Dan sewaktu ayah
melambai aku pergi buat terakhir kali pada haritu, aku menangis kerana aku tahu
selepas ni aku dah susah nak lari balik rumah.
“Nanti kau nak masuk Universiti apa?” Sabri bertanya
tiba-tiba kepadaku.
UTP.
“Weh, samalah. Aku pon nak pergi sana. Fahmi pon nak pergi sana
kau tahu.”
Kat situ mana ada
kos perubatan lah. Aku menjawab balik.
“Aku tahu. Tapi
aku nak gak pergi sana.”
Kenapa kau nak
sangat pergi sana? Aku bertanya lagi sambil mendengar pengumuman yang
memberitahu pelajar untuk pulang ke dewan makan untuk makan tengah hari dan
acara sukan seterusnya akan bersambung pada pukul 2 petang.
“Orang kata Library dia cantik. Aku tengok gambar pon
cantik.”
Kali ni aku pula yang teruja membalas. Weh, samalah. Aku pon
nak pergi sana sebab Library dia.
“Woi, jom balik.”
Mursyid menepuk bahu kami dari belakang.
Jom. Kami berdua
membalas. Harini makan apa? Aku bertanya dengan perut berkeroncong lapar. Pagi
tadi aku tidak mengambil sarapan sebab terlambat bangun dan beratur panjang.
“Haikal! Harini
makan apa?” Mursyid menjerit apabila ternampak susuk tubuh sasa pelari Rumah
Kuning yang berjaya membolot tempat Pertama acara 4x4 tadi.
“Makan ayam!”
Haikal melaung kembali. “Oi cepatlah. Nanti beratur panjang. Harini dia tak
serve kat meja.”
Dan kami menapak
makin laju.
UTP best je. Cuma lonely....
ReplyDeleteHahaha...comelll jee cter ni
ReplyDelete