Sejak aku sampai
sini, sudah lima hari tiada internet. Kebetulan maintainance Internet
rosak. Dan thanks sebab internet jammed, aku dapat tulis macam-macam. Mungkin sebab dah lama tiada internet,
harini hati aku makin huru-hara.
Oh ye, aku sudah
sampai ke tempat baru dan sedang menunggu untuk memulakan semester pertamaku di
sini sebagai pelajar degree. Insya Allah bulan depan. Dulu ada senior perempuan
belajar dekat sini. Tapi dah lama tiada dan aku menjadi perempuan pertama yang
mengisi kembali ruang kosong tu. Tiada pelajar Malaysia perempuan lain di sini
selain aku.
Ada pelajar senior lelaki Malaysia lain di sini. Alhamdulillah
mereka banyak membantu sejak aku datang ke sini. Tapi tu lah aku cakap,
terperap tanpa internet dan tidak tahu hendak buat apa mungkin telah
mencetuskan rasa gundah di hatiku sekarang ni.
Harini mula aku katakan pada diri: Oh, begini rasa hidup sendirian. Begini rasa kesunyian yang
mencengkam. Aku harap things akan get better. Menjadi pelajar di Jerman tidak
semudah menjadi pelajar di Negara lain. Well, aku pun sebenarnya tak boleh nak
exactly cakap macam tu sebab aku tak tahu susah belajar di Negara lain macam
mana. Setiap Negara mesti ada cabaran mereka tersendiri.
Dan cabaran kami di sini adalah komuniti Malaysia tidak
ramai dan bukan dalam kelompok yang besar. Kami tercampak di serata Jerman dan
Jerman bukannya kecik walaupun pengangkutan awamnya sangat bagus. Hik. Cabaran
sesetengah kami yang terpaksa berpindah randah kerana tidak dapat tinggal di
satu tempat sehingga habis pengajian. Cabaran makanan halal? Cabaran belajar
dalam bahasa Jerman? Heh. Tu belum lagi cabaran emosi bagai. Dah jadi pelajar
perempuan tunggal kat tempat ni hailamak seramlah jugak.
Apapun aku kembalikan semua kepada Tuhan. Tiadalah daya kami
melainkan dengan pertolongan dari Allah. Mengkentalkan hati mencekalkan jiwa
tak semudah yang diimpi atau yang dilafazkan pada lidah. Soal hati semua tahu
ada saat hati merasa lemah jiwa terasa rapuh yang amat. Soal hati kunci kepada
semua perkara.
Maka saya dengan rendah hati memohon doa daripada semua
pembaca untuk saling mendoakan tidak kira di mana kita berada moga
dipermudahkan jalan, moga dikuatkan semangat, dan moga sentiasa dalam
perlindungan dan rahmat Tuhan.
Salam dari Bumi
Hitler,
Dari saya yang
sendirian.
p/s: pagi ni bangun gembira sebab internet dah ada balik. Alhamdulillah akhirnya. Well, kalau takdo internet takdonyo korang dapat baca update terbaru ni
hahah k finee. all the best dijahhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletedok sorg lagi kene belajar masak...haha