Skip to main content

A Designer


Natasya: Aku dapat offer belajar kat UKM. Dietik.

Aimi: Wow, Tasya. Tahniah! Perghh, nanti senang aku nak consult cara pemakanan aku kat kau.

Natasya: Tapi kau tahu aku berminat bahagian design kan.

Aimi: Habis? Macam mana kau boleh dapat tawaran kalau kau sendiri tak isi?

Natasya: Memang la aku yang isi. Tapi tu semua sebab mak aku nak sangat anak aku jadi doktor.

Aimi: Kenapa kau taknak jadi doktor?

Natasya: Dulu aku ingat aku boleh sebab nak tunaikan hajat mak aku. Belajar je, hafal je, dapat sijil bagi mak aku. Tapi ayah aku mula tanya aku soalan-soalan yang buat aku sedar memang aku tak sanggup jadi doktor.

Aimi: Apa yang ayah kau tanya?

Natasya: Ayah aku tanyalah “Tasya sanggup ke hadap mayat nanti? Tasya boleh ke tengok luka-luka ngeri dalam nampak tulang nampak isi nanti?” Aku bayang je pun aku dah ngeri. So waktu aku isi UPU tu, aku pon cari lah kos yang tak buat aku hadap semua tu tapi still dalam bidang perubatan.

Aimi: Kau kena fikir elok-elok. Jangan buat sebab mak kau. Kau tahu kan bila kita letak sebab kita pada sesuatu benda yang rapuh, nanti bila sebab tu goyah kau akan end up dengan salah. Contohnya kau menyalahkan mak kau sebab belajar susah sangat menyebabkan kau gaduh dengan mak kau.

Natasya: Aku tahu benda tu. Tapi mak aku nak sangat aku jadi doktor.

Aimi: Tasya, memanglah mak kau nak jadi doktor. Tapi sebab mak kau tu seorang mak, mesti dia faham apa kau nak dalam kehidupan kau dan mesti dia akan mendoakan dan merestui kau jugak akhirnya.

Natasya: Yerlah, tapi sekarang aku dah dapat tawaran kos ni. Aku takde pilihan lain dah. Dan aku boleh je bawa kos ni insya Allah.

Aimi: Kau nak jadi designer apa weh sebenarnya?

Natasya: Cuba kau fikir aku boleh design rumah aku sendiri, boleh design kereta sendiri, design baju aku, kasut aku. Hatta perabot dan laman rumah aku sekalipun. Aku boleh drive kereta aku yang aku sketch dengan  tangan aku sendiri.

Aimi: Cool memang cool tapi kau tahu sebenarnya kan perkara tu mustahil. Mana boleh orang belajar design rumah pergi design kereta pulak. Boleh, tapi kau kena tahulah semua perkara yang berkaitan. Bukan boleh main design je.

Natasya: Impian budak-budak kan? Bilalah aku nak matang ni. Haissh.

Aimi: Tapi kalau kau berminat sangat bab design design ni, aku rasa kau boleh jadi designer hebat.

Natasya: Nak suruh aku design hidup aku sendiri la tu.

Aimi: Cool apa. Kau tak rasa cool ke?

Natasya: Apa aku nak design dengan hidup aku?

Aimi: Laa, kau tanya aku. Bukan orang designer ke bagi idea?

Natasya: Kau lupa kita ada Designer Ultimate dalam hidup.

Aimi: Jadi aku yakin Dia ada bagi guideline untuk kita design jalan hidup kita macam mana. Tak ke?

Natasya: Dan Dia turunkan Nabi Muhammad saw sebagai contoh yang terbaik untuk kita.

Aimi: So kau agak-agak kau boleh design tak jalan hidup kau? At least kau boleh jadi designer 
terbaik dalam hidup kau.

Natasya: Aku memang dah agak dah kalau cakap dengan kau je mesti end up perkara macam ni. Tapi takpelah, aku suka. Menunjukkan kau kawan aku.

Aimi: Apa yang tunjuk aku kawan kau?


Natasya: Saling mengingatkan.

Comments

  1. Aku rasa masalah besar students yang buat keputusan untuk amek sesuatu course dengan alasan "parents aku yang nak aku jadi sekian2" adalah lack of communication.

    ReplyDelete
    Replies
    1. genau. first sebab anak taknak hampakan mak ayah dan rasa benda tu kena buat, but at the same time taknak buat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...