Skip to main content

Orang Lumba-Lumba


Aku pelik cuaca kat Jerman ni. Waktu peak Winter takde pulak snow turun. Tapi sekarang yang sepatutnya musim bunga, tadi lepas aku balik kelas snow pulak. Ok cop cop. Aku tak merungut ok. Cuma aku nak tahu sebab je. Kalau orang belajar kaji cuaca ni mesti seronokkan dapat relate semua dengan apa dia belajar. By the way, aku tak de lagi snowman pertama dalam hidup aku even dah lalui beberapa kali salji kat sini. Salji tak cukup tebal untuk buat snow dan ada lah dua kali terlepas peluang.

Tapi aku menulis hari ni sebab aku nak bentangkan satu lagi idea gila. Rupanya aku baru perasan aku tak catitkan lagi di blog. Idea ni aku persembahkan hanya di FB tahun 2014 tak silap aku. Ni kes scroll balik FB la ni nak tengok apa aku tulis atau share kat FB haritu.

Tahu kan pasal ikan lumba-lumba atau dikenali sebagai dolphin dalam Bahasa Inggeris. At least la pernah sekali tengok video macam mana ikan lumba-lumba berenang. Dulu waktu kecil aku ingat ada satu movie aku tengok. Nama movie tu Free Willy. Tapi pasal Paus la. Memory Childhood. He he hee. Ok berbalik dari ikan lumba-lumba, kalau kita perhati cara mereka berenang, mungkin dari situ mereka mendapat nama ikan lumba-lumba sebab cara mereka berenang bagaikan mereka berlumba.

Maka idea aku adalah berdasarkan seruan Allah swt untuk berlumba dalam membuat kebaikan. Mari menjadi orang lumba-lumba. Mari tergolong dalam golongan yang bersaing untuk meraih pahala  dan ganjaran dari Tuhan. Seruan dari ayat 148 Surah Al-Baqarah ini sangatlah jelas. Bersegeralah kamu dalam kebaikan. Juga menjadi lebih indah apabila ada hadis Nabi saw mafhumnya yang menerangkan amalan baik dapat memadamkan dosa-dosa lepas.

Tapi perlu diingatkan bahawa persaingan dalam perkara dunia tidak akan mendatangkan manfaat, bahkan akan memesongkan target kita. Tidak saya maksudkan seperti bersaing siapa yang lebih baik dalam keputusan peperiksaan atau perkara yang seumpama dengannya kerana kita muslim kita akan berusaha menjadi yang terbaik. Tapi awas tentang tipu daya syaitan yang akan menusuk jarum-jarum hasad dengki ke pelusuk hati.

Berlumba-lumbalah untuk melakukan kebaikan dan menjadi yang terbaik dengan saling menghulurkan tangan mencapai tangan  yang memerlukan. Surah Al-Maidah ayat ke 2 yang menyeru kita untuk saling tolong-menolong dalam kebajikan dan taqwa dan dengan jelas melarang kita untuk saling membantu dalam perkara-perkara berdosa dan permusuhan.

Sebenarnya orang yang selalu nampak setiap perkara adalah peluang untuknya melakukan kebaikan memiliki minda yang hebat dan berjiwa luas. Bukan senang sebab kalau kita asyik fikir apa kita peroleh daripada apa yang kita tolong, lambat laun akan melambatkan gerakan kita untuk berbuat baik. Maka tidak tergolonglah kita dalam golongan yang menyahut seruan untuk bersegera membuat kebaikan. Lagipun, kalau kau pernah rasa pengalaman berlumba atau bawak benda laju, perghh feeling dia best kot. Ok, tak dinasihatkan untuk  berlumba secara haram di atas jalan raya. Kah kah kah. (Huaa, nak motooooorrr)

Sebenarnya saya ada banyak idea dan prinsip yang saya invent tapi saya perlu berhati-hati ketika hendak menyebarkannya. Maklumlah kontroversi dan boleh salah tafsir kalau tak faham dengan baik. Dan semestinya saya taknak bertanggungjawab. Maka jalan yang selamat adalah sebarkan perkara yang senang difaham tanpa menjemput kontroversi datang. Bab kontroversi simpan untuk diri sendiri kah kah kah.


Comments

Popular posts from this blog

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai...