Skip to main content

Pororo Dan SPM

 Ini adalah Post di FB 26.10.2013. Saya post kan di sini untuk diabadikan sebagai kenangan.




The words cathode and anode were invented by Michael Faraday in 1834. They are based on Greek words meaning 'way down' and 'way up'. Faraday also invented the words cation (for the particles that move to cathode) and anion (for the particles that move to anode).
Sedang duduk di meja makan yang juga secara tak rasminya meja studi,
pororo bersuara, "Anis,cuba teka berapa aku gagal?"
Aku yang sedang asyik menyelak helaian akhbar menjawab culas, "Semua" (dan mestilah langsung tiada percent yang aku maksudkan,cuma gurauan)
Pororo yang sedari tadi memandang aku membalas, " Anis! Mu jahaat"
Dan aku juga sempat menangkap suara dari ruang tamu yang menyampuk,
"Hah. Tulah kerja kau. Orang kira berapa A,kau kira berapa gagal."
Aku tersengih akan kebenaran hal itu.
"Anis,cepatlah..."
Pororo merengek lagi untuk meneka. Entah apa seronoknya,aku pon tak faham.
Aku membalas,"La,mana aku tahu. Ko la bagitahu aku."
"Dua! (dengan suara excitednya) Fizik dengan Kimia."
"Bio mu?" Aku kesah akan Biologi nya kerana aku hairan kenapa tidak termasuk dalam list gagal. Well,kalau aku Bio yang first yang gagal. Dan memandangkan fakta bahawa dia lagi pemalas dalam bab membaca dari aku,aku jangkakan Bio nya lebih teruk lagi dari aku.
"Bio aku dapat C. Aku tak baca pon aku dapat C. Kimia dengan Fizik aku baca gagal. Aku tak baca Bio sebab nak baca kimia dengan fizik lah. Tapi fizik dengan Kimia yang gagal. Baik aku takyah baca. Buang masa aku je. Baik aku baca Bio."
Dan dia menyambung lagi selepas melihat aku hanya acuh cucuh dalam memberi perhatian kepadanya," Anis..... mu dengo tak aku cakap apa ni... Aku cakap sorang sorang je... Anis......."
Dan aku terus membaca patah demi patah perkataan di akhbar Berita Harian yang melaporkan isu semasa dan terkini.
Dan dia menjawab degan penuh gaya selepas aku bertanya:kenapa tak skor Chemist, Chemist senang. "Aku takde Chemistry dengan Kimia." Ambooi.
Namun,jauh di hujung telaga,aku gali kata kata untuk disusun buat pembakar semangat kepadanya agar kenal terus asa.
"Aku ada kawan. Masa dia trial,Kimia dia Fail gak macam kau.Tapi waktu SPM elok je A. Sempat lagi. Usahalah. Aku ajar kau."
"Tipu........"
"Betul. Nama dia Balqis."
Dan oleh sebab nama Balqis dah familiar di gegendang telinga dia,dia cuma senyap.
"Dia Fail dari awal tahun ke? Tak pernah lulus gak?"
Oleh sebab aku tahu fakta dia (pororo) tak pernah lulus Kimia,maka aku berbohong di situ.
"Entah gak. Aku tak pasti lah. Tapi waktu Trial tu memang dia gagal. Yer kutt. Tak ingat dahla."
-----
Dan pagi esoknya,
"Anis, Balqis buat macam mana?"
"La,tanyalah dia sendiri. Meh aku kol,ko cakap."
"Ala,ko kawan dia takkan tak tahu.Ko lah cakap dengan dia"
Dan bila aku menyingkap sejarah lalu, seingat aku, aku tak memberi sumbangan yang banyak dalam membantu beliau. Aku cuma care dari jauh. Aku cuma perhati dari jauh.
Sebab? Dalam diri,aku yakin, ujian ni, Balqis boleh harung. Balqis boleh tempuh.
"La,ko lah cakap. Aku kol. Nak tak. Aku pergi amik enset. Sekarang."
Dia cuma buat muka merajuk dan sambung membuat latihan.
"Nak tak. Balqis baik. Cepatlah."
Dan dia terus mengendahkan.
------
Sehinggalah selepas aku kol kau Balqis,
malam tu aku memberitahunya,
"Aku dah tanya Balqis petang tadi. Ko nak tahu tak?"
Dan dia terus mengendahkan. Aku pon jual mahal gaklah.
"Taknak tahu takpe" dan bangun dari kerusi meja makan mencari air untuk membasahkan tekak. Dahaga. Kemudian aku berfb.
Dan bila aku kembali ke meja lama kemudian,
"Balqis cakap apa?"
Aku memberitahunya dengan serius apa yang kita bualkan sambil menggariskan senyuman ilusi di awangan.
Macam kau Balqis, aku yakin dalam diri, percaya dalam hati, dia juga akan berjaya. Sejarah membuktikan. Sejarah akan berulang.
Kerana dia juga ada satu rasa itu. Satu cita itu.
Rasa ingin berjaya. Cita ingin ke puncak jua.
Jadi,tugas aku cumalah itu. Selain membantu.
Aku perlu tahu pada siapa aku akan terbangkan yakin dan percayaku.
Hanya Satu.

Comments

  1. Lpstu..acane kimia pororo? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sehebat Balqis sebab salah aku tak usaha lebih kuat

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Shippuden

I know I supposed to quote from the GREATEST BOOK, but it seems that it's okay to just make it fun to quote from Naruto. (Naruto Goes to War) -Sorry I’m late. I got lost on the road of life. Hatake Kakashi~ -Those who betray ninja rules are trash… but those who betray their comrades are worse than trash. Uchiha Obito~ -To know what is right and choose to ignore it is the act of a coward. Hatake Kakashi~ -A hero always arrives late. Uzumaki Naruto~ -There’s no meaning to a flower unless it blooms. Ino Yamanaka~ -So shut up about “destiny” and “inescapable fate”….You shouldn’t whine about such trivial stuff! Cause… unlike me… you’re not a “FAILURE.” Uzumaki Naruto~ -A dropout will beat a genius through hard work. Rock Lee~ -I am strong because I have people to protect. Uzumaki Naruto~ -In order to escape a road of solitude, one has to work hard, and forge a new path with their own power!. Sabakuno Gaara~ -When people are pr...

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....

A Glimpse of My 2019

2019 was so full of hatred, anger and bitterness that I almost couldn't afford to stay calm and be patient all the time. This also leads me to cut off a couple of relationships. See, when you fill yourself with negative energy, you are not capable to neutralize them anymore when people throwing them at you. Instead, the negative energy within you will either be charged or triggered by those toxic people. I couldn't deal with the source of pain that caused me anger, hatred and bitterness at the moment no matter how hard I try. But I couldn't afford myself to stay angry all the time. So, I distant myself from them. Those who are dishonest hypocrites, condescending, manipulative and sarcastic jerks. I try to ignore the sarcasm, the lie and the acting by pretending I don't understand or know nothing about it. But here's the thing: I always know. I just don't really care. They don't hurt me but I don't want their toxic words and behavior to fuel the fire I ...