Skip to main content

Semester Kedua Bakal Bermula


Cuti semester pertama aku hampir sahaja tamat. Walaupun aku tak berapa nak puas hati sebab tempoh cuti universiti aku agak singkat berbanding universiti kawan-kawan aku yang lain, tapi aku still dapat memanfaatkan waktu cuti ni untuk keluar dari gua kesayangan aku. Memang aku sudah bertekad untuk keluar dan meluangkan masa bersama kawan-kawan aku yang lain sementelah kali terakhir aku berjumpa kawan perempuan adalah pada pertengahan bulan Disember tahun lepas.

Ada kawan aku tanya macam mana aku boleh hidup takde kawan perempuan kat sini. Aku pun tak tahu macam mana aku survive. Yerlah, aku sorang je perempuan Malaysia kat kawasan ni. Mungkin sebab aku tak ada pilihan lain selain untuk terus go on dan stay strong, aku boleh la jugak hidup kat sini. Tapi aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada diri aku kalau aku tak travel waktu cuti sem baru-baru ni. Possibility untuk perkara yang tak dirancang berlaku sangat tinggi sebab aku pon tak boleh expect diri aku sendiri.

Alhamdulillah, walaupun tak berpeluang lagi travel ke negara-negara yang ditargetkan, tapi at least aku dapat ambil peluang ni untuk recharge dan kumpul energy yang aku perlukan untuk teruskan hidup aku kat sini. Dan sepanjang aku berjalan banyak benda yang aku belajar dan sedar terutama tentang diri aku. Aku baru tersedar salah satu cara kau nak kenal diri sendiri juga adalah melalui bersosial dengan orang lain sebab kadang-kadang kau terpaksa memilih atau membuat keputusan. Dan dengan kenal diri kau, baru kau boleh perbaiki apa yang patut.

Memilih untuk menjadi seorang Introvert tak bermakna kau sentiasa suka hidup tanpa orang. Dan selepas berjalan baru aku sedar betapa teruknya kehidupan sosial aku di sini. Aku tak contact mana-mana orang selain keluarga aku. Dengan orang lain pula adalah dalam kadar yang amat jarang. Mujur ada QC (Quranic Circle) melalui Skype setiap minggu. Hidup aku cumalah berkisar keluar dan masuk balik bilik. Tambahan musim sejuk, memang keluar rumah nak cepat-cepat balik bilik jerlah. Namun aku tak jumpa solusi untuk perbaiki cara hidup sosial aku. Tapi untuk jadual harian  hidup aku insya Allah akan diperbaiki. Lagi-lagi Ramadhan akan tiba tak lama lagi.

Oh ye, untuk blog juga aku ada solusi sementelah aku telah cuba menulis sepanjang dua hari lepas tapi asyik padam je balik yang menunjukkan penulisan aku da makin karat. Tapi solusi ni kita tengok tahan berapa lama sebab aku decide untuk menjadikan blog ni sebagai catatan harian. Mungkinlah bukan harian sangat tapi aku cuba sebaik mungkin.

Semester dua akan bermula minggu depan. Doakan kami. Masih panjang perjalanan tapi masa yang berlalu seakan sepantas kilat. Dan semalam berlaku gerhana tapi baru aku faham kenapa ada solat sunat gerhana. Sebab gerhana merupakan antara tanda-tanda kiamat dah dekat. Sekiranya Allah berkehendak matahari/bulan (maaf saya tak pasti mana satu yang bergerak) bergerak ke arah bertentangan, maka akan terjadilah matahari naik dari sebelah barat. Kerana itu Nabi saw amat gelisah sekiranya mendapat tahu gerhana akan berlaku dan terus menunaikan solat sunat untuk berdoa agar cepat-cepat berlalunya gerhana tersebut.

Sehingga waktu lain kali.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan kita tersungkur di Pintu Syurga kerana ego kita..

        Syurga serta segala nikmat dan kelazatannya adalah ganjaran setimpal serta kesudahan indah nan abadi bagi orang-orang yang memiliki bsifat-sifat yang terpuji di dalam diri mereka seperti tawadhu',pemaaf,pemurah dan sabar.Namun begitu,kalangan bani Adam,ada sekolompok manusia yang tidak diizinkan untuk masuk ke syurga,lantaran dosa dan maksiat yang tidak disusuli dengan taubat dan dibawa hingga ke mati.        Antara dosa yang menyebabkan mereka terhalang daripada memasuki Syurga itu adalah kerana tingginya sifat takbur dalam diri mereka terhadap Allah dan sesama manusia.Kebenaran ditolak mentah-mentah sementara sahabat dan para solihin dipandang remeh dan hina.      Sabda Rasulullah:                                  "Tidak akan masuk ke syurga seseorang yang terdapat dalam...

I Spoke To God About You

I spoke to God about you How beauty my life has been, when you were around. I spoke to God about you How I have been absent when you cried. I spoke to God about you for all the wrong doings that now I regret. I spoke to God about you that what a beautiful creatures He has created and what a selfish blind figure I become. I spoke to God because I couldn't reach into your heart to take away the sadness now to make your heart strong and firm I spoke to God to bless you more as you deserve more than me to help you more like you help me to love you more than me to not abandon you like I did Yes, I spoke to God I know He hears me He knows what I feel.

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu....