Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

k3m p3rmatA imtiaz,,

Hari ni saya nak mencoretkan dan menceritakan serba sedikit tentang program yang telah kami (gabungan mpp dan nuqaba’ f3).Program ini telah kami rancang sejak bulan mac lagi dan terpaksa ditunda sehingga beberapa kali kerana halangan sentiasa ada.Maklumlah jika kita hendak menolong agama Allah,maka kita akan diuji dengan pelbagai ujian.Untuk Pengetahuan semua,program ini,pada mulanya kami rancang hanya untuk pelajar banat f1 sahaja tetapi rancangan Allah lah yang paling baik,maka pada akhirnya atas arahan kaunselor,kami bergabung agar program ini lebih mantap. Kem yang dijalankan ini,pada awalnya dirancang bermula hari khamis dan berakhir pada hari sabtu,akan tetapi bertukar menjadi:bermula hari isnin malam selasa dan berakhir pada hari khamis,pada 28 Jun hingga 1 Julai 2010.Maka,mesyuarat tergempar sering diadakan kerana keputusan untuk bergabung dengan kaum Adam hanyalah diketahui pada Hari isnin:28 Jun 2010.Banyak program juga ditambah kerana

KISAH AIR KELUAR DI CELAH-CELAH JARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Anas Bin Malik r.a telah menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’,Baginda telah menyuruh para sahabat berwudhu’ dengan air yang sedikit.             Ini berlaku setelah Baginda s.a.w meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu,maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda.Kejadian itu berlarutan sehinggalah mereka selesai berwudhu’.                 (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail,6/136)               Dalam riwayat lain,daripada Abdillah,dia berkata, “Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah,kami telah kehabisan air.Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu memiliki air?’ Setelah kami menemui orangnya kami menyerahkan air itu kepada NAbi Muhammad s.a.w.Air itu kemudian dicurahkan oleh Baginda ke dalam wadah itu.Secara mendadak terbitlah air dengan derasnya dari hujung jari Baginda yang mulia itu.Lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Marilah kita berwudhu’ bersama-sama dengan air yang diberkati

KISAH LIMA PERKARA ANEH..

Abul Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli Fiqh yang mahsyur.Suatu ketika dia pernah berkata,ayahku menceritakan bahawa antara nabi0nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.                 Maka salah seorang Naib yang menerima wahyu melalui mimpi itu,pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “esok engkau hendaklah keluar dari rumah pada waktu pagi dan menghala ke barat.Engkau dikehendaki berbuat,pertama apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,kedua engkau sembunyikan,ketiga engkau terimalah,keempat jangan engkau putuskan harapan,yang kelima engkau larilah daripadanya.”                 Pada keesokan hari,Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar yang berwarna hitam.Nabi itu kebingungan sambil berkata “aku diperintahkan memakan apa yang pertama aku hadapi tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak

Haiwan juga memiliki perasaan..

Jika manusia itu tidak lagi memiliki sifat kemanusiaan?? Bagaimana?? Ingin berkongsi sebuah kisah (bagi saya walaupun tidak mampu untuk mengalirkan air mata tetapi mampu untuk menyentuh dasar hati masing2) Adikku membela bebrapa ekor kucing.Al-maklum tiada kawan,maka binatang itulah yang menjadi teman rapatnya,kerna aku dan kakakku telah menginjak dewasa untuk pergi berhijrah mencari bekalan ilmu. Adikku mempunyai sifat yang membuatku tabik kepadanya. Betapa dia sayang kepada kucing tu sampai hampir tiap2 minggu dia akan memandikan mereka.Kucing-Kucing kat rumahku ni,datang dan pergi begitu saja.. Sekejap ada sekejap hilang.. Ada juga yang pergi dan tidak kembali lagi.. Nak dijadikan cerita.. Apa salah kucing ni yang  cuma sekadar menumpang lalu di kawasan rumah orang yang tidak berhati perut langsung,telah membuat kucingku patah kakinya..lagi pedih apabila tulang kucing tu terkeluar daripada isinya.Boleh Bayang tidak??Apa kata sahabat-

Al-Quran itu Kalamullah!!

                Pada keheningan malam yang sepi bersama desiran angin bayu,bawalah sejenak kotak fikiran kita merentas masa lalu mengimbau kembali kenangan silam,yakni saat kita mula-mula memasuki alam baligh.Ah,entah berapa saat telah berlalu.Pantas sekali masa beredar.Bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,bahkan nafas berganti nafas.Silih berganti antara suka duka, pahit manis hidup dan tawa hiba.tak mengapalah.Bukankah itu lumrah kehidupan?dan usia kita kini menganjak lagi.Angka bertambah lagi.                 Dalam menghitung hari (setelah sekian lama bergelar cukup umur),sebenarnya ada perkara lain yang lebih utama untuk diperbahaskan.Amatlah rugi sekali,andai masa itu diperhabiskan dengan sia-sia,dihala kepada perkara yang amat melalaikan.Mengapa tidak kita peruntukkan masa yang terluang walaupun sekejap untuk kita ber’uzlah??atau berzikir?Atau membaca Al-Quran atau berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w?? Sungguh bertua

hamba yang bertaubat..

Pada pandangan anda, apakah agak-agaknya darjat tertinggi Allah terhadap hamba-hambaNya?Pasti kita tertanya-tanya sedangkan amatlah mudah jawapannya.Apa lagi kalau bukan darjat kecintaan daripada Allah,Tuhan Sekalian Alam.Kecintaan  daripada Allah itulah yang menjadi dambaan dan buruan para Aulia’ Allah dan Siddiqin (orang-orang yang berada di atas jalan yang benar) kerna mereka tahu dan mengerti bahawa kehidupan mereka di atas dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata.Mengapa saya katakan dunia ini cumalah persinggahan? Rasulullah bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu (Riwayat Bukhari)                 Dalam kehidupan ini,apa lagi yang kita inginkan selain daripada kecintaan Allah SWT?Tanyalah iman di dada masing-masing,apakah kita mahu diri ini menjadi hamba yang sentiasa dikasihi dan dicintai Allah?Jawapannya pasti YA!Namun, apakah jalan dan amalan yang kita lakukan bag