Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Bebaskah Aku?

Kita sentiasa hidup dalam ketakutan. Takut dengan masa depan. Takut untuk memilih kerana takut akan kegagalan. Takut untuk membuat pilihan kerana tidak pasti pilihan yang dibuat terbaik untuk kita atau tidak. Yang kita ada cuma keyakinan dan semangat. Yakin yang selepas kita beristikharah dan bermusyawarah, inilah jalan yang terbaik untuk kita. Yakin yang Allah sedang memandu kita menuju yang terbaik. Yakin yang pertolongan Allah itu hampir. Dan apa yang kita perlu buat ialah usaha dan usaha dan usaha. Tapi terkadang ragu sering kali menguasai hati. Jalan terbaik itu pastilah jalan yang membawa kita lagi dekat kepada Allah tapi dalam masa yang sama kita bersifat qanaah dengan dunia. Bagaimana ingin menuju ke akhirat seandainya jalan dunia kita haramkan. Ini musim para pelajar akan memulakan satu kehidupan baru. Musim pendaftaran di universiti baik awam mahupun swasta. Ada di antara kita ditawarkan kos yang kita impikan, tapi ada juga yang mendapat kos yang bukan dalam pilihan. A

Aku Membuang Masa

"The life of this world is made up of three days: Yesterday has gone with all that was done; Tomorrow, you may never reach; But Today is for you. So do what you should do today." Hassan Al-Basree Kerana Exam Bahasa telah lama tamat hampir sebulan yang lepas, makin lama makin bosan aku tak tahu nak buat apa. Ya, kelas bahasa masih berjalan seperti biasa. Tapi nilah orang kata, belajar untuk periksa maka semakin hari semakin tiada semangat atau keinginan lagi untuk belajar bahasa. Senang cerita no point. Padahal setiap kali aku ke kelas aku akan belajar perkara baru. Aku kata dulu aku suka nak belajar perkara baru. Pertama aku rasa malas kerana Homework. Kedua sebab aku tak sabar-sabar nak masuk Degree and so on. Aku tak pernah pulak sebelum ni terfikir macam mana kalau aku bosan kat sini. Dulu kalau aku bosan kat Malaysia, benda aku buat ialah larikan diri. Sama ada lari balik rumah atau lari keluar  pergi jalan mana-mana sorang sorang. Dan aku ingat aku boleh buat

Sibukkanlah Diri

"A sign of heart's death is the absence of sadness over the acts of obedience you have neglected and the abandonment of regret over the mistakes you have made" Makanan kalau lepas masak bukannya terus basi. Dan bukannya lepas tinggal atas meja jadi basi. Makanan jadi takleh makan contoh mungkin sebab tak ditutup lalu dihurung lalat. Makanan kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan berhari-hari kot. Kenapa? Sebab bakteria tak hidup atau sukar membiak pada suhu yang rendah. Sama dengan hati. Bukan boleh terus mati. Contoh bila tinggal Solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja. Atau tak join majlis ilmu atau tak baca Al-Quran. Lama-lama hati kering, kurang sensitif lalu mati. Hilang bersama rasa atau akhlak yang sepatutnya ada contoh belas ihsan, kejujuran dan paling penting takut kepada Tuhan. Dan process orang nak mati (bukan mati mengejut) pon nazak dulu kan? Sama jugak dalam tempoh kita mula menjarakkan diri kita daripada perkara perkara yang menyuburk

Harapan dan Penyesalan

Setiap orang ada sesal dalam hidup. Bahkan kadang-kadang bukan satu, tetapi beribu. Sesal yang anehnya terkadang berpunca daripada cuma satu perkara. Bukannya kita tak belajar dari pengalaman yang mengajar, tapi kerana kita terkadang ego misalnya. Atau kerana sayang puncanya. Kita berulang-ulang kali melakukan kesilapan yang sama, bertandang-tandang rasa kesalnya. Dan akhirnya kita hidup dengan harapan binasa. Sesuatu yang bertentangan dengan sifat harapan yang menghadirkan keyakinan. Kita hidup dengan berharap dapat kembali ke waktu lalu untuk memperbetulkan kesilapan kita hasil daripada penyesalan. Dan kita mula tertanya-tanya sejauh manakah laluan kita sekarang akan berbeza sekiranya kita tidak melakukan itu atau ini satu ketika dulu. Atau permainan seandainya mula bermain tarik tali di dalam kepala bila rasa sesal menghantui masa. Yang menghairankan adalah bukan sekali kita merasa sesal tetapi terus-terusan mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin kerana rasa sesal itu datang