Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

The Blessed One

Beruntung bukanlah mereka yang pandai dan cepat belajar, beruntung adalah mereka yang mempunyai semangat ingin tahu, tidak mudah putus asa dan sentiasa mencuba. Beruntung bukanlah mereka yang hidup tanpa masalah dan sengketa, beruntung adalah mereka yang tetap berdiri di saat yang lain berputus asa, mereka yang mengambil peluang untuk belajar dari pengalaman. Beruntung bukanlah mereka yang sempurna derianya, tetapi beruntung adalah mereka yang memilih untuk mendengar dari berhujah, mereka yang memilih untuk melihat tanpa dibutakan nafsu. Beruntung bukanlah mereka yang kaya dengan pengetahuan, beruntung adalah mereka yang belajar dari resam padi, bukan menghina diri tapi merendah hati. Beruntung bukanlah mereka yang lahir dengan bakat hebat, beruntung adalah mereka yang bernekad dan ada tekad, memilih untuk bukan sekadar cakap lebat. Beruntung bukanlah mereka yang punya segalanya, beruntung adalah mereka yang tahu menghargai perkara sedia ada, tanpa tamak haloba i

Fitrah Kejadian

Kerna kita telah dahulu merasa peritnya hijrah, Tidakkah kita dapat melihat dari lubang hitam itu, memandang mereka penuh belas ihsan? Kerna kita tahu rasanya dihukum dan dipandang serong, bukankah sepatutnya lidah kita lebih lembut dalam menegur, bersangka baik dan takabbur dilebur? Kerna kita pernah disisih dan dipulau, bagaimana sampainya hati kita melakukan yang serupa, kepada mereka yang fitrahnya juga sama? Kerna kita bersyukur ada juga yang sudi meneman, punca cahaya saat terjeda, bukankah seharusnya sekarang kita pula menyuluh jalan? Kerna kita pernah menyumpah mereka yang sebegitu, dan kerna kita sentiasa ingin menjadi lebih baik, kita memilih jalan yang bukan mereka ambil. Sungguh, guru terbaik itu dari pengalaman yang mengajar, kata orang mereka selalu terlambat, akhirnya cuma sesal yang menghambat. Tapi kerna kita percaya masa sekarang adalah peluang, kerna kita tidak tahu bila saat roh terpisah dari jasad, kita memilih untuk mencari jawapan d

Pygmallion Effect

Aha! Baca tajuk pon dah gempak. Oh, by the way eja Pygmallion tu memang macam tu. Bukan ig. Kekekeke. Sebut pasal mencarut perkataan ni, baru baru ni aku rembat satu buku. Aku tak ingat fixi ke lejen press ke. Tapi cover dia hitam. Tajuk dia pun aku ingat tak ingat. Memandangkan aku sangat bosan ketika itu dan waktu tu kat rumah orang, buku atas meja tu aku bukak dan baca. Perghh. Lima minit lebih je kut aku baca buku tu. Tak tahan aku. Setiap perenggan mesti ada mencarut. Entah kenapa aku tension baca benda macam tu. So aku tahulah, walaupun buku indie macam tu popular dan berlambak lambak kat pasaran, buku tu bukan taste aku. Sebut pasal bidang penulisan yang makin laris sekarang, siapa siapa je boleh  jadi penulis buku, aku terfikir, apa sebenarnya yang penulis itu nak sampaikan melalui tulisan penuh mencarut . Hampir setiap kali dialog ada kut. Dan apa yang pembeli harapkan dengan membeli buku sebegitu. Define buku best. Aku mendoakan bidang penulisan terutama penulis penulis

Muslims Dream Big

Hurm, now when I give myself a second thought, I remember that when I was small I have never dream to be an engineer. Not even An Automotive Engineer. I have a dream once to be a great driver in Formula like Michael Schumacher do or paling koman pun macam bapak aku. But it has nothing to do with Engineer. But I know and I remember what I want since when I was small. I want to be an oversea student. But it was never too late to start a dream right? To reconstruct a new path. But the thing is, I never imagine myself as an Automotive Engineer. Like I said before, nothing to do with an engineer. Even now when I know what I am headed for. Well, I don’t know where the future will lead me. But I don’t care as long as I’m happy. Everything else doesn’t matter that much to me. Mom told me yesterday that I need to have other skills than the engineer does. It’s about what you can offer to others. Like baking, teaching, sewing, singing and the list goes on. And none of the mom’s list

Bila Kurang Rasa Amanah

Bila kau nak jadi Doktor, jangan belajar celup celup, sekadar untuk lepas Exam. Nanti salah prescribe ubat kat patient, kesian dia  kau accelerate 'ajal' dia. Bila kau anak orang kaya, jangan berlagak bagai nak rak, harta tu parents kau yang usaha. Takyahlah cakap kat mereka : aku beli guna duit aku simpan, kau kisah apa. Bila kau berniaga, jangan kau tipu customer, semata-mata nak barang kau laku, kesian mereka, duit mereka kau telan, doa orang teraniya bukan mainan. Bila kau jadi Pengajar, dapat student lembap tapi gigih semangat, jangan suruh dia balik rumah, sebab memalukan parent, tak sedar diri ke? kau tengah memalukan diri sendiri, menjatuhkan maruah diri. Inilah kesan  bila kita kurang amanah. kepada diri keluarga masyarakat dan bangsa. Banyak lagi kesan bila kita tak amanah. Kerana kita kurang beramanah lebih menyuburkan sifat pentingkan diri, ingin semua benda senang.Akibatnya lahirlah masyarakat min

Hipokrit

Jika malas itu datang menerpa sewaktu engkau berdiri untuk solat, Jika engkau solat untuk menghimpun kagum, Jika engkau sengaja menangguh-nangguhkan solat, Jika solat engkau seakan berlumba dengan ayam mematuk mengais mencari makanan, Jika sepanjang engkau solat pemikiran kau penuh dengan hal dunia bukan Tuhan, Dan jika engkau mampu berjemaah tapi engkau memilih untuk solat sendiri, Itu tanda engkau hipokrit dalam solat. P/s: Someone pernah beritahu aku kalau kau cari khusyu' waktu solat kau takkan pernah khusyu', tapi kalau kau cari Tuhan waktu solat, Insya Allah kau khusyu'.