Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Insya Allah Machbar

Life Story Adik is another proof that it doesn't matter how good or bad something is, semua perkara akan berlalu. Congrats Peruz sebab dah tamat Matrik. I really hope you learn many things there. And don't worry, time will make all them good. And again I wasn't there when that's happened. You keep growing and in time you'll bloom like a flower when the spring comes, and I applogise for not being there beside you and couldn't watch you grow up. Well, harini nak tulis benda touching sikit. Nak cakap aku dah mula Homesick tu entahlah. Sebab dari awal lagi aku memang rindu rumah. Mungkin nak masuk phase kedua kot. But then, aku harap benda ni tak bagi side-effect kurang elok untuk aku. Sejujurnya, aku suka life aku kat GMi. Mungkin selepas zaman sekolah aku yang kedua-dua nya ada baik dan kurangnya, aku memang tak suka zaman sekolah. Kalau dulu waktu sekolah cuti hujung minggu tu, kalau boleh nak sambung cuti taknak balik. Mak lah yang akan sentiasa pujuk aku c

The Diversity Of Sustenance

Again. Aku takdelah bengang mana, cuma kecewa terkilan sedih sebab ramai orang update pasal #YouthAce2015 dan 'buku ini sudah habis stok' kat PWTC. Hahaha. Atau orang tweet atau update status kat Facebook 'kami dalam perjalanan ke PWTC'. Ergghh.. Pastu tengok Ustaz Pahrol dan banyak lagi penulis lain terbitkan buku baru lagilah erggghh.. Tapi the thing is harini, aku nak cakap pasal rezeki. Rezeki ramai orang pandang benda tu duit je semata mata. Tapi sebenarnya untuk aku definisi rezeki ni luas. Rezeki ni rahmat. Kalau aku sempitkan definisi rezeki ni maksudnya aku tak dapat nampak atau sedar yang rahmat Allah bagi dan pinjamkan kepada aku sangat luas. Memanglah dengan duit kita boleh beli macam macam. Makan makanan hipster sedap sedap, bergaya melaram baju baru setiap bulan. Tapi kita lupa ke ada benda yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Contoh famili, persahabatan, pengalaman dan nilai-nilai murni. Dan most of this things yang takde nilai duit lebih b

Happy Pesta Buku

The Mountains Echoed By Khaled Hosseini A-Must-Read-Book Perghh. Aku takdelah bengang mana, tapi bengang lah jugak sebab tak dapat pergi pesta buku lagi. Huhu. Maklumlah, baru dua tahun merasa memborong buku di pesta buku. Tapi takpelah rezeki masing masing. Kena banyakkan bersyukur dan sentiasa ingat Allah. Allah dah beri banyak benda kat kita, tapi kalau jiwa kita kecik semua benda rasa tak cukup, rasa serba kurang (  lol sama je dua benda tu )  Kenapa membaca ni penting? Alhamdulillah, aku membesar dengan membaca buku. Bagi aku berapa banyak buku yang aku dapat selesaikan baca ibarat trofi koleksi untuk diri aku sendiri. Ada orang suka membeli buku je tapi buku yang dibeli tak baca baca. Masuk koleksi jugak tu, Tapi apa yang aku sedar pembacaan ni penting untuk meluaskan dunia kita, baik dari segi macam mana kita melihat dunia dan dari segi interaksi kita dengan dunia yang lain. Ada orang buku favourite dia sebab cerita dalam buku tu mirip dengan kisah hidu

Das Erste Mal ( Pertama kali )

Hidup kat negara orang yang jauh dari famili ni sebenarnya satu cabaran. Cabaran untuk hidup tak lagi bergantung hidup pada mak dan keluarga. Ketika ada sesetengah dari kita yang tak sabar sabar nak membesar dan belajar hidup sendiri, aku sering kali tertanya diri aku bila masa sepatutnya aku keluar dari rumah. Sebab aku sering buat formula aku sendiri. Dulu aku kata, form 4 lah paling sesuai masuk asrama. Sekarang aku cakap PhD waktu yang sesuai ke luar negara. Tapi bila difikirkan balik aku memang tak tahu mana satu waktu yang paling sesuai melainkan apa yang diatur oleh Tuhan tentang kehidupanku ini akan menjadi baik baik belaka. Dan aku yakin satu hari nanti, bila aku paling belakang balik aturan perjalanan hidupku insya Allah sempurna. Masakan sesuatu berlaku tanpa hikmah dan asbab. Cumanya ilmu kita tidak terlalu luas untuk memahami semua perkara. Oleh itu, marilah kita meminta hati yang redha dan hati yang nampak cuma perkara baik sahaja. Bak kata orang: There's always

Arah Tuju Hidup

Erti sebuah kehidupan berbeza beza bagi setiap orang. Bahkan bagaimana kita memilih untuk menjalani kehidupan kita juga berbeza beza mengikut apa yang kita percaya dan apa yang kita pilih. Kita boleh beritahu dunia yang I've lived my life dengan pelbagai asbab yang membuat kita percaya kita dah hidup satu kehidupan yang worth. Aku sering brag betapa aku taknak hidup dalam penyesalan dan ketakutan. Hakikatnya kadang kadang aku sendiri tak boleh nak cakap yang aku langsung tak ada sesal dan aku takkan sekali-kali lagi takut kepada selain Tuhan. Dan aku manusia yang dikurniakan perasaan. Kadang kadang aku tak tahu macam mana nak ignore perasaan bodoh yang tak sepatutnya aku layan. Tapi kehidupan aku ada impian perancangan dan perlaksanaan. Aku tahu aku nak hidup macam mana dan aku berharap kehidupanku berakhir dengan Husnul Khotimah. Ketika kita kadang kadang tujuan kita beralih kepada hanya dunia, jika niat kita seawal perjalanan baik, maka Allah akan hantarkan peringatan. Dan w

Allah Tuhanku

Alhamdulillah, kini lembaran baru kisah kehidupanku bermula. Aku melalui pelbagai pengalaman yang sebelum ini tidak pernah aku lalui. Kadang kadang membuatkan diriku rasa tua. Aku ingin kembali ke waktu dulu, di mana aku masih kecil untuk dunia yang terlalu besar ini. Bahkan sehingga sekarang aku masih berdoa agar dikurniakan jiwa yang besar untuk melalui semua ini ketika mereka yang lain mengimpikan berada di tempatku. Masih sehingga sekarang aku takut dengan masa hadapan. Aku sering terfikir jika aku tidak mampu buat semua ni. Jika aku akan gagal satu hari nanti. Tapi, kita kena fikir cuma perkara baik, buat yang baik baik, cakap yang baik baik, bersangka baik dan doa yang baik baik. Sebab aku tak boleh jamin aku akan terus kuat. Sebab aku tak boleh jamin yang aku akan terus berjaya. Sebab aku tak boleh jamin satu apa pun dalam hidup aku ni lah aku kena sentiasa ingat satu perkara yang boleh beri aku harapan untuk diri aku: baliklah cari Tuhan dalam hidupmu. Kerana akhirnya nant