Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

ADA TUHAN :D

aku dihentam ganas aku dicerca hina aku diamuk gila aku dijaja murah oleh mereka aku disanjung suci aku diteladani pekerti aku dipuji dari hati aku dilayan ramah oleh mereka aku sudah biasa sudah ralit sudah faham dan terkadang aku jemu dan terkadang aku kecewa dan terkadang aku emosi jarang jarang aku menerimanya dengan berlapang dada kesalahan aku buat repetisi dan repetisi ketaatan aku sinkope dan sinkope kan kelalaian aku dalam hyperbola amat dunia ini aku analogikan dengan manisan yang manisnya aku telan telan lupa aku akibat berlebihan yang pelbagai parasit melekat lekit aku lupa Allah itu ada untuk aku cinta untuk aku rindu untuk aku mengadu untuk aku meminta untuk aku taat aku lupa pada yang satu YaAllah, jagai aku jagai imanku jagai hatiku jagai cintaku jagai lidahku Ya Allah, dunia ini penuh hasad sentiasa gelap lindungi aku pandu jalanku gagahi

-DUNIA-

ini bukan Nujum Pak Belalang yang tuahnya terletak pada anak ini bukan Pendekar Bujang Lapok yang mambangnya mambang orang ini bukan Ahmad Albab yang bila pintu diketuk terdiam kerana cerita mereka hasil tulisan yang akhirnya sudah direncanakan dalam diam ada takdir yang menunggu dalam resah ada musibah bakal berlaku dalam tenang ada gelojak kekacauan jiwa dalam tidak endah ada yang mengaturkan setiap satunya itulah perjalanan di dunia maka,jika kita hidup seperti musafir yang singgah mencari bekal agar selamat bertamu di kampung sebenar tidaklah kita alpa dengan penjual licik mempromosikan barang jualan agar laku di hati orang tidak jua sibuk berbelanja membeli kemahuan mengenyangkan nafsu dalam banjir kemewahan zaman ini, bebal teknologi lebih baik.. atau.. IT di hujung jari yang terbaik? kerana, pada tangannya ada games terkini pada matanya tertancap facebook,twitter,youtube pada telinganya lagu lagu berdendang rancak

UPGRADE~

Assalamualaikum! Ermm,blog aku kini berwajah baru.Erkk,lepas berjuang mengingati password yang aku terlupa kesan drp meninggalkan blog selama setahun untuk menduduki SPM,akhirnya aku berjaya membuka blog ini.Jadi, first step yang aku ambil ialah mengubah wajah blog.Aku tanya diri aku,apa yang kau nak.Aku tahu apa yang aku nak. Aku nak blog ni nampak simple dan menarik.Mudah untuk orang membaca.Dan mestilah blog ni nampak canggih.Canggih itu subjektif.(mesti ada orang tengah kutuk aku kn kata:ko rasa blog ko ni canggihle ni)Aku dah tak kisah hiasan cantik2 tu. First,sebab aku memang tak reti IT.Second, aku dah cuba untuk kekalkan tapi tak berjaya.So,tata laa weh. Lepas habis upgrade,aku terus terfikir nak post.Masalah dia, aku tak tahu nak tulis apa, so sekarang tengah merapu meraban la ni.TApi,aku tahu post aku lepas ni berbentuk macam mana. Pendek kata semuanya lebih ke arah keatangan.Aku nak delete post post sebelum ni sebab nampak sangat ketidakmatangan diri tu,tapi aku sayang l