Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Let It Go

Cuba cek kat badan ada tak rantai rantai yang terikat yang menarik kita ke masa silam? Atau kita sendiri yang pilih untuk lemas dalam air bekas semalam? Susah weh hidup ada bayang bayang. Sama macam sengsara hidup bila orang asyik compare kita dengan somebody else yang bagi mereka lebih perfect. Who cares? Lol. Tapi lagi seksa bila kita asyik cemuh dan hina diri sendiri hanya disebabkan siapa kita semalam. Lagi tambah seksa kalau ada benda yang dah takdir bukan kita punya, kita duduk nangis menyesal dan berkalau kalau. Seksa seksa lagi bila kita asyik berharap kalaulah boleh aku putar balik masa blablabla. Betul, kita masing masing ada bad memories yang kalau boleh kita sendiri nak lupa. Kalau boleh kita sendiri nak ubah balik jalan ceritanya. Tapi kau ingat ada mesin kembara masa? Kau ingat ni cerita Doraemon boleh masuk dalam laci meja? Tulah banyak sangat tengok benda mengarut. Kage Bunshin No Jutsu. Muahahaha. Mak aku cakap : Let Go. Memang, mak aku betul. Let Go. Lepaskan.

I Am Not Ready Yet

Lol. I didn't see this coming. I know the time will come. But not so fast. They are getting serious about the preparation to fly. I thought we will get our things ready ( Passport. Medical Checkup ) only after the results come out. Well, the results are so important that they will determine whether your sponsorship will continue to support you or not. So when this happened, I know that we have so little time left. And I know I'm not ready. Not yet. And I can't assure you that I will be ready when the time comes. It will be a heart-breaking experience. Like always. I am a guy who can't afford to be far away from my family for a long time. But it bothers me. The results bother me. And I will continue to pray for the best.

Mutant dan Transformers

Yasmin Mogahed sangat tak bersetuju untuk 'mengkeraskan' hati dan tutup segala pintu hanya kerana kita tahu betapa sakitnya sakit. Masalah dia memang sakit rasa sakit kan. Takkan sakit rasa best feeling ever kot.  Kita memang akan mengalami transformation ( Yes! We're transformers! Aku Bumblebee. Muahahaha ) selepas melalui satu fasa hidup. Itulah kita. Human. We adapt. Sama macam nyamuk yang boleh jadi kebal lepas kena sembur, kita juga akan mendapati after the first experience, we undergo mutation. ( Oh, don't ask me what kind of mutant I am. It's Wolverine of course! ) Ada orang cakap, after going through the hardships : I am not the same person anymore. The pain changed me.  Tapi the point is apa yang kita pilih? We choose to change into what? To be more kind. and understanding atau orang yang di dalam hatinya bersarang dendam, dibakar amarah, cemburu buta hati, which in a simple a word, a monster.  Ketahuilah, mereka yang hidup berdendam, cem

Saya Volunteer!

If you don't share someone's pain, you can never understand them. But just because you understand them doesn't mean you can come to an agreement. That's the truth. -Uzumaki Nagato- Kalau satu dunia ini mencapai kata sepakat, kita tidak akan mendengar berita perang, pembunuhan di sana sini. Tapi disebabkan tamak haloba, disebabkan kita dipandu our desire, kita pilih untuk mementingkan diri. Guna apa yang ada, buang mana yang lusuh. Kita fight untuk apa yang kita percaya. Even apa yang kita nak sama, jalan yang kita pilih berbeza. Dan sebenarnya di situlah terletak toleransi kerana perbezaan itu rahmat. Kita meraikan perbezaan kerana perbezaan menyerikan. Even planet bukan ada bumi jer. ( Aku tak tahulah pulak kalau ada alien ke tak kat planet lain ) Sebab tu orang cakap pemimpin yang lahir dari keluarga elit takkan faham macam mana susah membesar dalam keluarga yang kais pagi sampai petang. Turun padang. Tengok sekeliling. Kita rasa macam tak percaya ada la

Mumbling Rambling Gambling Ehhhhh???

Reaksi mana yang paling kita suka kalau kita kena tangkap bila buat salah : A : *pandangan penuh keji benci mual. Mata yang memberitahu : Kau-ni-tak-reti-reti-nak-serik-ke. Dan mulut yang macam naga keluar api menyembur-nyembur untuk bakar hati biar rentung, bukan suluh jalan gelap bagi terang. B : Bro, bapak taiko kau. Berani gila buat benda ni sampai kena tangkap. Tak tunjuk muka bersalah pulak tu. Kau memang paling best ah. Legend. Aku nak ikut kau jugak satu hari nanti. C : Dia datang dengan senyuman. Senyuman yg sebenarnya menghadirkan ketenangan jauh di sudut hati. Figura yang memancarkan aura yang entah kenapa aku tertarik dengan dia. Dan malu untuk aku mengaku yang aku sebenarnya cemburu dengan dia. Yang paling takleh pakai akal sekali, aku sebenarnya nak jadi seperti dia. Dia datang mendekat dan meraut bahuku seraya berkata : Dah makan? D : Takpe weh. Kau tak salah sebenarnya. Benda kecik je, budak tu je kecoh yang  lebih. Aku tengok orang lain buat ok je, apehal nak