Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Pelangi Selepas Hujan...

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba..dugaan dan ujian yang bertimpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. kadangkala kita terasa sendirian, saat terasa betapa kita dipinggirkan..dan tika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan.. Kita marah pada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan..kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan.Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.. Pernahkah sekali kita fahami alam, mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kontang, hanya dari benih hitam yang kusam..lalu bila Dia sirami hujan,maka tersenyumlah alam..betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyin

Milik Siapakah??.....

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari) MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat.. Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!" Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya. Apa kata Allah dalam hadis tersebut? "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun membuat pengumuman : "Wahai penduduk langit, sesunggu

Wahai Mujahidah,Dengarkanlah..

 Miliki hati orang Beriman.. Bersulam ketaqwaan kekal berzaman.. suburkan iman,ikhlaskan amalan.. Carilah kemanisan dalam perjuangan.. perjuangan mengejar cinta dari Tuhan.. Mehnah mendatang cumalah ujian.. jangan tersungkur walau terbeban.. Bawalah hatimu kepada Tuhan.. kembara cinta tanpa sempadan.. Cinta Ilahi itulah buruan.. di sana menanti syurga idaman..

Tak terbanding...

Sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan bermula dari Bulan Ramadan lagi.Tapi apakan daya,masa terlalu mencemburui saya,amanah menuntut saya untuk sentiasa dan sentiasa mengadap buku.Walaupun kadang-kadang hati ini inginkan rehat sekejap namun akal mendesak untuk terus dan terus mentelaah pelajaran.Sekarang saya sudah bebas sekejap daripada terikat dengan amanah sebagai seorang pelajar f0rm 3.Namun amanah lain masih lagi menunggu,Khatam Quran dan Naqibah.Aduss!!Kadang-kadang hati mengeluh,Mengapa tanggungjawab ini yang terbeban atas diri ini.Lantas saya tyersenyum dengan soalan yang langsung tak masuk akal tu.Jawapannya pasti diketahui semua,apatah lagi diri ini adalah insan yang bertanggungjawab menghafaz Kalamullah dan mentadabbur ayat-ayatNya.Bukankah kita diciptakan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini?Bukankah kita diciptakan untuk menyembah dan beribadat kepadaNya?Hakikat yang sering terlupa oleh mereka yang lalai,mereka yang sentiasa t

Anything For Y0u..

If there were a single sacred rose On a mountain top that grows Where nobody ever dares to go For you I’d climb that mountain high I would reach up to the sky If that rose was your desire Don’t you know that I Would do anything Would do anything For you I would do anything Would do anything Anything for you For you, I would sail the seven seas Walk the deserts in between Just to bring you anything you need Nothing could ever be too much Anything to show my love ‘Cos it gives me strength enough Don’t you Don’t you Don’t you know that I Would do anything Would do anything For you You know that I Would do anything Would do anything Anything for you For you I would take on any trial And I would walk on through the fire You give me strength enough to face it all You make me feel invincible ‘Cos I would do anything Anything for you You know that I Would do anything Would do anything Anything for you These things are nothing to All the things you d

Peperiksaan Itu Umpama..

            Sebagai hamba-allah yang sangat yakin kepada hari Akhirat sudah pasti kita sepatutnya sentiasa mengaitkan setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini dengan kekuasaannya.Saya baru sahaja selessai menduduki peperiksaan duniawi.Lagi dua tahun saya akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan hala tuju hidup saya.Apa yang saya perasan sewaktu saya menduduki peperiksaan tu ialah gambaran tentang hari Akhirat.        Negara kita mempunyai undang2,begitu juga ketika periksa.Kita tidak dibenarkan untuk meniru dan memberi tiru.Dan saya sejak dari kecil lagi,saya diajar untuk tidak meniru.Masih terngiang-ngiang di telinga sayaapa yang mak cakap "mak tak halal kalau anis meniru"and then aku terpaksalh menahan diri aku daripada meniru.                Apapun saya nak mula dari apabila kita melangkah masuk dewan peperiksaan.Apabila kita masuk,kita masuk dengan diiringi guru2 dan teman2.Begitu juga apabila jenazah kita dihantar ke tanah perkuburan,kita akan diiringi ol

PMR 2010...

               Alhamdulillah,semuanya selesai dengan tenang,meskipun masih ader cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang periksa,tapi Allah-lah yang sentiasa berada di samping kami.Entah,n0pe idea sebenarnya nak cakap pasal pe,biarpun dalam kepala ni macam-macam benda yang nak diceritakan,diperingatkan,dikongsi bersama.Sekarang dapat cuti 2 hari (jumaaat n sabtu x tmasuk,xacih,memang orang cuti,nampak ngat kufur nikmat),Semalam bawa balik semua buku,macam xnak mari terus dah,tapi memang hajatnyer macam tu.Berat!!                 Segala Puji Khusus hanya untuk Dia,Tuhan yang telah menolong kami sewaktu periksa,Yang telah memberikan kami ketenangan,Yang telah mengilhamkan kami idea,Yang menganugerahkan kepada kami kesihatan agar kami dapat menduduki peperiksaan,Yang telah memperingatkan kami apa yang sudah kami lupa kerana pada tanganNya ada segala kekuasaan,pada tanganNya terdapat kuci-kunci khazanah ilmu,kerana pada tanganNya berkuasa menentukan dan merubah ketentuan.Allahu Akbar!!alla