Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Sebenarnya Apa?

Sebenarnya, apa yang paling bernilai untuk kita? Sebenarnya, apa yang paling ingin kita miliki? Bismillah. Soalan soalan begini sering mengetuk minda aku untuk aku berfikir. Jalan aku sekarang ini,jalan yang aku inginkah? Pilihan aku ini akan memberi manfaat kah kepada aku pada masa akan datang? Apa yang paling bernilai bagiku dalam hidup ini? Jaminan untuk satu rasa dan keinginan itu berkekalan selama mana? Soalan soalan ini hadir selepas diri mengakui, hidup ni takkan berakhir cuma di dunia. Dan hidup selepas ini yang panjangnya tiada akhirnya,buat aku terfikir,berbaloikah aku 'menjual' dunia? Berbaloikah perniagaan ini? Pelaburan dan saham yang aku kumpul di dunia akan ada nilaikah untuk aku hidup selesa di sini dan sana? Bayangkan satu jalan tiada akhir. Dan kehidupan kita di sana hanya bergantung kepada cara kita hidup di sini. Maksud aku, tiada satu pun apa yang boleh kita lakukan bila kita hidup di sana untuk mengubah cara hidup kita di sana.  K

My Hero

Melihat ayah yang terketar ketar membuka plastik botol itu, Hatiku berbisik: Ah,Ayah sudah tua. Melihat wajah ayah dan jemarinya, Ah, Ayah dimamah usia. Ayah tidak lagi segagah dulu, kudratnya mula merosot. Ah, Ayah semakin tua. Aku membesar Dan Ayah semakin tua. Sampai satu masa ayah akan tiada. Masih aku ingat, Ayah lah Hero pertama yang aku suka Dan ia akan terus kekal begitu Meski Ayah semakin tua, kasih dan cintanya tetap sama. Bahkan sentiasa mekar seiring usia. Melihat Ayah semakin tua, Membuat aku bertanya, Jasa bakti apa yang telah aku beri untuk ayah Sepanjang hayatnya. Ayah semakin tua, Itu hakikatnya. Dan aku harus berlumba mengejar masa. Sebelum ayah memejam mata, Aku ingin ayah bahagia.