Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Die Welle = The Wave

Dulu aku teringat waktu aku belajar Bahasa Jerman, cikgu tayang satu movie yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di sini. Nama dia 'Die Welle' maksud nya 'The Waves'. Ok lah jujur mengaku 83% aku nganga je dalam kelas sebab tak faham kah kah kah. Time orang gelak aku pandang orang lain sambil tertanya-tanya kenapa mereka gelak. Tapi secara kasarnya aku faham lah jugak movie tu pasal apa. Movie itu menceritakan kisah seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah yang pada mulanya ingin menarik perhatian dan memupuk minta di kalangan pelajar beliau tentang sejarah dengan memulakan sebuah experiment bagaimana seorang diktator memimpin bersama pengikutnya. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar, bahkan kumpulan tersebut mula terkenal dan mendapat tambahan ahli yang sangat ramai. Uji kaji itu walau bagaimanapun mengundang padah apabila banyak perkara yang berlaku di luar kawalan cikgu tersebut kerana pelajar-pelajar beliau mula merasa bangga dengan kumpu

Orang Lumba-Lumba

Aku pelik cuaca kat Jerman ni. Waktu peak Winter takde pulak snow turun. Tapi sekarang yang sepatutnya musim bunga, tadi lepas aku balik kelas snow pulak. Ok cop cop. Aku tak merungut ok. Cuma aku nak tahu sebab je. Kalau orang belajar kaji cuaca ni mesti seronokkan dapat relate semua dengan apa dia belajar. By the way, aku tak de lagi snowman pertama dalam hidup aku even dah lalui beberapa kali salji kat sini. Salji tak cukup tebal untuk buat snow dan ada lah dua kali terlepas peluang. Tapi aku menulis hari ni sebab aku nak bentangkan satu lagi idea gila. Rupanya aku baru perasan aku tak catitkan lagi di blog. Idea ni aku persembahkan hanya di FB tahun 2014 tak silap aku. Ni kes scroll balik FB la ni nak tengok apa aku tulis atau share kat FB haritu. Tahu kan pasal ikan lumba-lumba atau dikenali sebagai dolphin dalam Bahasa Inggeris. At least la pernah sekali tengok video macam mana ikan lumba-lumba berenang. Dulu waktu kecil aku ingat ada satu movie aku tengok. Nama movie t

A Designer

Natasya: Aku dapat offer belajar kat UKM. Dietik. Aimi: Wow, Tasya. Tahniah! Perghh, nanti senang aku nak consult cara pemakanan aku kat kau. Natasya: Tapi kau tahu aku berminat bahagian design kan. Aimi: Habis? Macam mana kau boleh dapat tawaran kalau kau sendiri tak isi? Natasya: Memang la aku yang isi. Tapi tu semua sebab mak aku nak sangat anak aku jadi doktor. Aimi: Kenapa kau taknak jadi doktor? Natasya: Dulu aku ingat aku boleh sebab nak tunaikan hajat mak aku. Belajar je, hafal je, dapat sijil bagi mak aku. Tapi ayah aku mula tanya aku soalan-soalan yang buat aku sedar memang aku tak sanggup jadi doktor. Aimi: Apa yang ayah kau tanya? Natasya: Ayah aku tanyalah “Tasya sanggup ke hadap mayat nanti? Tasya boleh ke tengok luka-luka ngeri dalam nampak tulang nampak isi nanti?” Aku bayang je pun aku dah ngeri. So waktu aku isi UPU tu, aku pon cari lah kos yang tak buat aku hadap semua tu tapi still dalam bidang perubatan. Aimi: Kau kena fikir el

Pororo Dan SPM

  Ini adalah Post di FB 26.10.2013. Saya post kan di sini untuk diabadikan sebagai kenangan. The words cathode and anode were invented by Michael Faraday in 1834. They are based on Greek words meaning 'way down' and 'way up'. Faraday also invented the words cation (for the particles that move to cathode) and anion (for the particles that move to anode). Sedang duduk di meja makan yang juga secara tak rasminya meja studi, pororo bersuara, "Anis,cuba teka berapa aku gagal?" Aku yang sedang asyik menyelak helaian akhbar menjawab culas, "Semua" (dan mestilah langsung tiada percent yang aku maksudkan,cuma gurauan) Pororo yang sedari tadi memandang aku membalas, " Anis! Mu jahaat" Dan aku juga sempat menangkap suara dari ruang tamu yang menyampuk, "Hah. Tulah kerja kau. Orang kira berapa A,kau kira berapa gagal." Aku tersengih akan kebenaran hal itu. "Anis,cepatlah..." Pororo merengek lagi untuk meneka.

Semester Kedua Bakal Bermula

Cuti semester pertama aku hampir sahaja tamat. Walaupun aku tak berapa nak puas hati sebab tempoh cuti universiti aku agak singkat berbanding universiti kawan-kawan aku yang lain, tapi aku still dapat memanfaatkan waktu cuti ni untuk keluar dari gua kesayangan aku. Memang aku sudah bertekad untuk keluar dan meluangkan masa bersama kawan-kawan aku yang lain sementelah kali terakhir aku berjumpa kawan perempuan adalah pada pertengahan bulan Disember tahun lepas. Ada kawan aku tanya macam mana aku boleh hidup takde kawan perempuan kat sini. Aku pun tak tahu macam mana aku survive. Yerlah, aku sorang je perempuan Malaysia kat kawasan ni. Mungkin sebab aku tak ada pilihan lain selain untuk terus go on dan stay strong, aku boleh la jugak hidup kat sini. Tapi aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada diri aku kalau aku tak travel waktu cuti sem baru-baru ni. Possibility untuk perkara yang tak dirancang berlaku sangat tinggi sebab aku pon tak boleh expect diri aku sendiri. Alhamdulillah, wa

Tanyakan Tuhan Tentang Diriku

Dan bila mana daerah terindah itu Kau jejaki dengan cinta Tuhan Dan kelibat aku masih belum kelihatan Tolong tanyakan Tuhan tentang diriku Jika kau dijemput ke sana lebih awal Sedang aku masih lemas ketakutan di luar Tenggelam di tengah lautan manusia Tolong tanyakan Tuhan tentang diriku Sekiranya kau tergolong dalam 7 golongan Mereka yang mendapat perlindungan Tuhan Dan kau dapati aku tiada di samping mu Tolong tanyakan Tuhan tentang diriku Waktu nama kau diseru kuat Kerana kau antara yang beroleh syafaat Tapi hisabku lambat kerana dosa yang menghambat Tolong tanyakan Tuhan tentang diriku