Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

7 Ubat Hati

Hati itu makhluk yang mengenali Allah dan ia jualah yang membawa manusia kepada Allah. Hati jugalah yang mengenali segala dari sisi Allah. Hati itulah yang sebenarnya taat kepada Allah, yang mana jika ia bercahaya, cahayanya itu mengalir ke seluruh anggota ibadah.  Namun, hati jualah yang bermaksiat dan derhaka kepada Allah, yang mana kesan buruknya itu mengalir ke seluruh anggota badan. Apabila cerah hatinya, terzahirlah kebaikan daripadanya. Jika gelap hatinya, terzahirlah keburukannya. Hati itu seperti raja untuk diri sendiri. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh anggotanya, dan jika buruk hatinya, begitu jugalah seluruh anggota badannya.  Hati ini boleh jadi keras, boleh jadi lembut. Boleh jadi ingkar, boleh jadi taat. Boleh jadi melihat, boleh jadi buta. Boleh jadi sihat, boleh jadi sakit. Boleh jadi hidup, dan boleh jadi mati. Ketahuilah, ubat hati itu ada tujuh: 1. Zikrullah- Mengingati Allah (Az-Zikr)  2. Mendengar- Tazkirah, Bacaan Al-Quran dll (As-Sama') 3. Tadabbur Al

5 Seni Ikhlas

Supaya manusia tidak tertipu dan menipu atas nama ikhlas, ayuh kita kenali seni ikhlas. Seni Ikhlas itu ada lima. 1. Ikhlas itu tidak menafikan hak- Berikan hak kepada mereka yang berhak dan janganlah menzalimi atas nama ikhlas. 2. Ikhlas tidak menafikan kemanusiaan- Ucapkan terima kasih dan zahirkan penghargaan kepada manusia lain. 3. Ikhlas bukan bermaksud boleh cakap semua perkara- Rujuk 5 perkara di bawah 4. Ikhlas bukan bermaksud langsung tak boleh cakap- Kita dibolehkan menyebut nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita. 5. Ikhlas bukan bermaksud langsung tak boleh tunjuk- Kita tidak perlu melakukan kebaikan diam-diam tetapi kita perlu menjaga hati kita supaya kekal ikhlas dan tidak jatuh riya'. 5 Perkara kita tak boleh cakap walaupun kita ikhlas dan jujur 1. Jika perkataan itu lebih memudaratkan 2. Perkataan permusuhan 3. Dalam peperangan 4. Keaiban diri yang telah Allah tutup 5. Perkataan-perkataan keji di dalam hati

5 Sebab Dosa Kecil Menjadi Besar

5 Sebab Dosa Kecil Menjadi Besar 1. Menganggap dosa itu kecil dan meremehkannya sehingga diulang-ulang 2. Bermegah-megah dengan dosanya 3. Bermudah-mudah dan berfikir bahawa Allah SWT itu tidak murka kepadanya 4. Membuat maksiat secara terang-terangan 5. Dosa kecil yang dilakukan orang yang berilmu yang menjadi ikutan orang ramai kerana ia berkekalan selepas kematiannya. Satu Kitab Tasawuf itu ada menyebut bahawa: Orang-orang beriman itu melihat dosa seperti gunung yang menghempap, tetapi orang-orang fasik itu melihat dosa itu seperti lalat yang hinggap di hidungnya dan bila-bila masa boleh menghalaunya.

5 Sebab Kenapa Kita Berterusan Melakukan Maksiat

5 Sebab Kenapa Kita Berterusan Melakukan Maksiat 1. Kerana seksa yang dijanjikan itu bertangguh dan tabiat manusia itu bermudah-mudah dengan barang yang tiada tunai. 2. Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan- Oleh itu jangan mulakan maksiat, bimbang apabila kita merasai kesedapan maksiat itu, sukar untuk kita meninggalkannya. 3. Menangguhkan-nangguhkan taubat, hari demi hari, sehingga sukar meninggalkan maksiat tersebut yang lama-lama menjadi tabiat. 4. Menjanjikan dirinya rahmat Allah SWT- Sikap tidak mengapa, Tuhan itu Maha Pengampun. 5. Kelalaian kepada Allah SWT- Tiada membuat persiapan akhirat dan tidak beringat bahawa Tuhan itu sentiasa melihat dan mendengar.

7 Perkara Yang Perlu Disempurnakan Sebelum Bertemu Tuhan

Tiada siapa tahu ajal mereka bila dan di mana. Yang pasti kematian akan sampai tidak kira tempat dan masa. Sampai saat mayat kita diusung untuk ditanam, akan kita tinggalkan semua harta dan dunia di belakang. Jadi, persediaan apakah yang telah kita lakukan sepanjang kita di dunia? Bekalan apakah yang akan kita bawa bersama?  Berikut adalah 7 perkara yang hendaklah kita berusaha untuk menyempurnakannya sebelum kita dipanggil Tuhan: 1. Sempurnakanlah 6 Rukun Iman- Percaya kepada Allah, Malaikat, Al-Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qadha' dan Qadar Allah. 2. Sempurnakanlah 5 Rukun Islam- Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Mendirikan Solat, Berpuasa di bulan Ramadhan, Menunaikan Zakat dan Mengerjakan Haji.  3. Usahakanlah untuk khusyu' di dalam solat- Serendah-rendah khusyu' itu adalah kita sedar bahawa kita sedang solat dan setinggi-tinggi khusyu' itulah seperti solatnya sahabat Nabi saw, yang apabila dicabut daripadanya anak panah yang tertusuk di badan beliau ketika beliau sedang

Riya' Dalam Agama

Kadang-kadang kita terlalu sukakan pujian dan pengiktirafan daripada manusia lain sehingga timbul sikap suka menunjuk-nunjuk di depan orang ramai untuk mendapatkan pujian. Adapun sikap membesarkan diri (sombong/bongkak) itu dipanggil takabbur, manakala rasa takjub atau hairan kepada diri sendiri akan kemampuan melakukan kebaikan itu dipanggil 'ujub. Semua sifat di atas adalah sifat tercela. Riya' itu ada 6 jenis. 1. Riya' Dengan Tubuh Badan- seperti melukis tanda sujud di dahi supaya dikatakan banyak mendirikan solat malam. 2. Riya' Dengan Kelakuan- seperti memejamkan mata supaya orang menyangkakan selalu berzikir. 3. Riya' Dengan Pakaian- seperti memakai pakaian bercompang-camping supaya dikatakan Zuhud. Zuhud itu bermaksud dunia di tangan, bukan di hati, bila-bila masa sahaja boleh dilepaskan tanpa berat hati. Kita dibolehkan menuntut kemegahan dengan memakai pakaian kacak dan segak. Sama juga sekiranya kita memiliki ilmu dan kepakaran dalam sesuatu

3 Peringkat Taubat

Pernahkah kita terfikir kenapa kita dituntut untuk bertaubat? Kita dituntut untuk bertaubat kerana kita sebagai hamba Allah tidak mampu untuk kembali ke masa silam untuk memperbetulkan kesilapan kita. Tetapi apa yang kita mampu lakukan cumalah bertaubat dan meminta keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu kita dituntut untuk bertaubat. Dan untuk bertaubat, orang beriman itu perlulah memiliki kemahiran untuk melihat kelemahan dan keaiban diri sendiri. Rukun Taubat itu ada tiga: 1. Menyesal- Nabi SAW bersabda: Taubat itu penyesalan. Taubat itu sentiasa diterima Tuhan sehinggalah berlaku dua perkara, iaitu ketika nyawa sudah sampai ke halkum dan ketika matahari telah terbit daripada barat. Kenapa taubat-taubat ketika itu tidak lagi diterima Tuhan? Kerana ketika itu orang bertaubat kerana takut dan bukan lagi kerana sesal. 2. Meninggalkan maksiat yang disesalkannya. 3. Bercita-cita untuk tidak lagi kembali kepada maksiat.- Mohonlah bantuan Allah SWT agar diperkuatkan tekad dan ke

Semua Dengan Tuhan

Dengan nama Tuhan kita mulakan Semoga dengan nama Tuhan juga kita diakhirkan Dengan izin Tuhan kita berjalan Semoga dengan izin Tuhan juga kita sujud kehambaan Dengan rahmat kasih Tuhan kita dilahirkan Islam Semoga dengan rahmat kasih Tuhan juga kita diampunkan Dengan cinta Tuhan kita hidup di dunia Semoga dengan cinta Tuhan juga kita dijauhkan dari neraka Apalah guna dunia dan segala isinya tanpa redha Tuhan bersamanya

10 Perkara Tercela Yang Lahir Dari Emosi

Pada hati itu terletaknya 12 Emosi dan daripada emosi-emosi ini akan lahir 10 perkara tercela. 10 Perkara tercela yang terkait dengan emosi-emosi ini adalah seperti berikut: 1. Sifat Rakus Kepada Makanan- Emosi Pelbagai 2.  Sangat Loba Dalam Berkata-Kata- Emosi Suka pada Perkembangan 3. Marah- Emosi Keakuan 4. Dengki- Emosi Kawalan (Control; Leader vs Follower) 5. Kikir dan Kasih Pada Harta- Emosi Menyumbang 6. Kasih Kepada Kemegahan- Emosi Pencapaian 7. Kasih Kepada Dunia- Emosi Selesa dan Selamat 8. Takabbur (Membesarkan Diri)- Emosi Cabaran 9. 'Ujub- Emosi Cemerlang (Emosi yang inginkan TER serba serbi; Terbaik, Terpandai, Tercantik) 10. Riya'- Emosi Pengiktirafan/Penghargaan Dua lagi emosi yang tidak disebut ialah Emosi Tanggungjawab dan Emosi Diversiti. Untuk fahami lebih lanjut tentang 12 Emosi ini boleh cari di YouTube ceramah Ustaz Amin dengan kata kunci: Pesona D Zahra Ikim 12 Emosi. Saya pernah dengar tetapi agak susah untuk saya kongsikan

5 Cara Syukuri Nikmat Kaki dan Tangan

Dalam hidup ini, banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita yang wajib kita syukuri yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang. Hanya apabila Tuhan ambil daripada kita kembali barulah kita sedar ianya suatu nikmat yang kita pandang remeh dan langsung tidak kita hargai selama ini. Begitulah manusia, hanya sedikit daripada kita yang pandai bersyukur. Adapun cara kita mensyukuri nikmat kaki dan tangan yang dipinjamkan Tuhan kepada kita ada lima: 1. Jangan menyakiti dengan dua tangan dan kaki kita sesuatu yang haram di sisi syara' untuk kita menyakitinya. 2. Jangan mengkhianati apa yang diamanahkan kepada kita. 3. Jangan dipegang perkara-perkara yang haram. 4. Jangan ditulis atau dicatit perkara yang haram untuk tujuan yang haram seperti ilmu sihir. 5. Jangan berjalan ke tempat yang haram atau ke tempat orang yang zalim melainkan darurat. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan manusia yang kufur nikmat.

Menjaga Apa Yang Kita Makan

Perut itu perlu dijaga daripada 2 Perkara 1. Perkara Yang Haram 2. Bersangatan Kenyang Dan diceritakan daripada Ibnu Abbas RA katanya: Allah SWT tiada menerima sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya benda yang haram. Tujuan memelihara diri dari yang haram dan syubhah itu ada tiga. 1. Kerana takut akan seksaan api neraka 2. Kerana memakan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberikan petunjuk kepadanya dalam berbuat ibadat 3. Kerana memakan perkara yang haram dan yang syubhah itu ditegah daripada mengerjakan kebaikan dan jika dia mengerjakannya nescaya tiada diterima daripadanya. Sabda Nabi SAW bersabda mafhumnya: Berapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada puasanya itu melainkan dahaga dan berapa ramai daripada orang yang bersembahyang malam tiada baginya daripada sembahyangnya itu melainkan dapat berjaga. Adapun sebab mengapa kita perlu menjauhi makan sehingga melampau kenyang adalah: 1. Banyak makan itu sebab kerasnya hati

10 Sumber Yang Haram

Dalam kita mencari rezeki demi sesuap nasi, perlu diingatkan untuk sentiasa mencari rezeki yang halal, kerana setiap apa yang masuk ke dalam perut kita itu nanti akan dihisab di hari kiamat nanti. Berikut adalah 10 sumber harta yang haram. 1. Harta Hasil Mencuri 2. Harta Yang Diambil Dengan Zalim- Janganlah kita sesekali memakan harta anak yatim 3. Rasuah- Sabda Nabi SAW mafhumnya: Mereka yang memberi dan menerima rasuah itu dalam neraka. 4. Harta Hasil Monopoli Barang Asas- Seperti peniaga yang menyorokkan barang keperluan asas dengan tujuan untuk menaikkan harganya. 5. Upah Yang Haram- Seperti upah memukul orang atau upah melacur. 6. Harta Jumpaan- Harta yang dijumpai itu haruslah diisytihar di tempat umum selama setahun. Hanya apabila tiada tuntutan barulah kita boleh membuat keputusan untuk diambil atau disedekahkan. Adapun barang yang tidak tahan lama seperti makanan tidak perlu disimpan selama setahun tetapi secara ala kadar. 7. Pelaburan Yang Haram 8. Perkara Y

5 Masalah Lidah

Apabila kita lebih banyak bercakap daripada banyak mendengar, kadang-kadang kita berlebih-lebihan. Jadi, sebagai peringatan, hendaklah kita memelihara lidah kita daripada perkara-perkara yang dilarang. Kejahatan lidah ini ada lima. 1. Berdusta- Berhati-hatilah dalam bercakap dan janganlah sehingga kita berdusta sama ada tentang kita mahupun tentang perkara yang lain. Tetapi sabda Nabi SAW bermaksud: Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia. 2. Mengumpat- Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabat Baginda: Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu orang yang muflis? Sebenar-benar muflis itu adalah orang yang membawa amalan, tetapi amalan itu dituntut oleh orang lain kerana dia mengambil nyawa orang lain, hak orang lain, maruah orang lain. Dan apabila habis amalannya, diambil pula dosa orang lain dan diberikan kepadanya. 3. Mengingkari Janji- Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia berdusta, apabila dia

5 Saksi Kita di Akhirat

Sebelum ni kalau aku dengar ceramah, aku tulis nota kat Twitter atau atas kertas. Benda online ni kan senang. Tapi masalah berlaku bila aku nak baca balik tweet lama-lama, bila aku scroll bawah-bawah tak jumpa. Kertas-kertas pula aku selalu buang lepas dah tweet. Jadi, aku buat keputusan untuk kembali balik kat Blogger ni dan tulis nota kat sini. Untuk permulaan, aku tengah ulang dengar balik pengajian kitab Penawar Bagi Hati oleh Ustaz Amin sebab aku dah lupa. Boleh dengar di YouTube channel Masjid Al-Hasanah. Sebagai pemberitahuan, post-post aku selepas ini mungkin akan ditulis secara ringkas tanpa penerangan panjang. Saksi-saksi kita pada Hari Perhitungan nanti ada lima. 1. Allah SWT 2. Malaikat Kanan dan Kiri kita (Raqib dan 'Atid) 3. Sesama Manusia 4. Anggota Tubuh Badan kita 5. Makhluk-makhluk lain seperti tanah, pokok dan binatang Teman-teman, o rang Jepun itu ada mengatakan bahawa setiap dari kita mempunyai tiga wajah. Wajah pertama, wajah yang kita tunjuk

Post Amid CoVid-19

Hi, everyone. I have to get my thoughts out of my head, so here I am writing something you might find ridiculous. Considering the number of people infected in Germany due to CoVid-19 rising sharply in just two weeks with no end in sight, I started to play the what-if scenario. Before I came here, I asked Allah one thing for sure. Whatever happens, do not let me get sick and do not let me die here. It's not that I fear death. It's more about I don't want to trouble anyone. Because when you die outside of your country, the rule will be different. They might have to bring your body back to Malaysia. The procedure is long and troublesome. I have caused so much trouble when I lived and I don't want to leave trouble too when I'm gone. And what about my belonging here? I couldn't imagine how much people have to settle it down for me just because now I'm dead. On the other hand, I think I will gladly welcome death with open arms if only it happens in Malaysia. N