Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

=HIDUP INI AKU INGIN HIDUP=

Meski panjat daku pada tangga itu belum sampai ke puncak namun,jika aku toleh sekilas telah jauh langkah yang aku tapakkan. Aku corak hidup yang aku ingin, riang ketawa bersama angin Cyclone yang sekali sekala bertiup di tengah aman. Aku pungut apa yang tersisa, lalu kembali menapak. Aku kesah akan jatuh bangun hidupku, kerana tika itu aku belajar tentang rasa aku belajar tentang sesal aku belajar tentang pilihan aku belajar tentang sakit dan aku belajar tentang hidup. Tentang erti hidup. Yang berbeza definisinya. Lain caranya. Yang berubah ubah matlamatnya. Pelbagai gayanya. Untuk tahan lelahnya belajar, aku perlukan hati yang kuat namun ritma keyakinanku ada kala tinggi, ada kala tak kedengaran. Moga aku bukan zombie yang mengira duit. Moga aku bukan zombie yang siang malam hanya bergajet. Moga aku bukan zombie yang angau cinta manusia. Moga aku bukan zombie yang gila berpangkat darjat. Moga aku bukan zombie ya