Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Kasar Berkasar

Dulu, aku selalu acah acah jadi orang tak berperasaan. Berlakon jadi orang yang tak kisah, tapi deep down kadang kadang ada benda yang aku cakap aku tak kisah tapi sebenarnya aku kisah. Dan sejak aku masuk GMi aku amik watak orang bersikap kasar dan pentingkan diri. Kononlah nak cakap diri ni tough gitu. Dan aku tak sedar benda tu jadi amalan sehinggalah ada satu ketika aku buat benda tu kat mak aku. Benda apa erk? Satu petang aku belikan mak makanan kesukaan mak sebab aku tahu mak dah lama tak makan. Dan alang-alang aku keluar tu aku singgah kedai tu dan belikan semua untuk mak. Dan bila aku balik kebetulan mak kat dapur tengah lepak tengok tv. Aku ambil pinggan dan piring untuk mak sebab mak tak suka makan dalam plastik terus macam tu even boleh je buat. Dan bila mak tengok ada ikan goreng celup tepung, mak pon cakap: Ermm, ni macam mana anis nak makan ni, banyak sangat tulang ni. Dan aku pon jawab: Eh, tu yang mak punya. Mak ingat anis beli untuk anis? ( dengan nada yang b

Live The Life We've

Life is so precious and each day is a gift so enjoy every moment as if it was the last cause nothing last forever and life goes so fast When something goes wrong your dream seems so far and knock you to the ground stand back and smile but don't turn around in yourself you'll find the strength the key to keep moving on It only takes a moment to stop and ponder just to see how far we've traveled and to thank Allah for all the blessings to greet all life has to give You've had so much in life love, talent and spirit broken, survived and "you made it" And through mistake we learn through pain we understand and through sacrifice we choose And as we get older, every choice we made define who we're gonna turn into Never forget the one that loves you and never takes your eyes off the goal as hard as it may seem, always have faith in Allah's Help where the hopes will spark the fire that keep you warm when it's cold

Untuk Kau dan Aku

Sepanjang jalan berliku ini, dalam kaburnya jalan menuju esok, jujurlah pada diri dan terus berlari, berbekalkan takwa dan percaya kepada Tuhan. Waktu kau bergelut dengan masa lepas, sesal dan ragu dengan pilihan semalam, jangan mudah menyerah kalah, kenang kembali kenapa kau mula berjuang. Jangan biarkan halangan membuat kau persoal kebolehan diri Jangan biarkan cabaran membuat kau berhenti mencuba atau menjadi alasan kau terhenti Jangan biarkan ketakutan menghalang kau dari bermimpi Ketika dunia hari ini mula menggila, Semoga kau miliki sekeping hati yang dapat melihat, bahawa bahagia itu dengan memberi, dan bahagia itu dengan berkongsi. Dan walau sekarang kita terpisah jarak, kita di bawah langit yang sama, terhubung dengan doa, aku dan kau seperti biasa tetap kawan. P/s: Hadiah untuk orang di Malaysia sempena Hari Lahir Beliau semalam. Terus kuat wahai sahabat semua! Untuk agama dan negara :)