Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Filling The Hole In One Heart

Siapa pernah rasa kosong tiba tiba. Takde angin takde ribut, tapi tiba tiba rasa hidup takde erti, takde makna. Waktu tu dunia tunggang terbalik. Kita hilang punca. Kita solat, kita baca Al-Quran kita puasa sunat, tapi rasa kosong tu tak hilang. Kita telefon emak, mengadu kat bapak, pura pura gelak dengar kawan buat lawak, pergi lepak, tapi tetap kita tak boleh cari diri kita yang biasa dulu. Rasa kosong yang berhantu dalam dada. Kita cakap kita need space, pakai jalan ikut je kaki mana nak pergi, tengok nature, perhati manusia, konon nak cari balik sebab kenapa kita hidup. Kenapa kita berdiri kat sini hari ni. Yang sebenarnya, nak cari arah balik sebab kita lost, hati rasa kosong. Sebenarnya memang ada lubang macam black hole kat dalam hati kita ni. Kita isi dengan macam macam perkara. Ada orang tak boleh hidup sendirian. Mesti pergi mana mana nak kena ada orang teman. Ada orang tak boleh tak pakai earphone. Mesti kena sangkut jugak kat batang tengkuk, biar tak dengar asalkan a

Aku Pejuang

Sejak mula lagi aku tahu bukan mudah untuk hidup sebagai pengecut takut apa orang kata takut tak berjaya takut tak punya sesiapa Bahkan aku tahu bukan mudah hidup terluka bernafas kecewa Bukan mudah juga kadang kadang bila tidur bermimpi indah apabila terjaga tiada apa yang berubah mimpi yang tinggal mimpi tapi kita harus berdiri lagi Maka aku memilih untuk tahu tahu apa yang perlu dipentingkan dan apa yang patut diendahkan Aku bukan lagi si kecil pengecut yang hidup dalam kotak gelap aku telah putuskan sendiri rantaian belenggu yang menyekat Dan aku biarkan luka itu menempa diri untuk mendefinisi siapa diri juga membawa satu tanda   Bahawa aku seorang pejuang yang pernah bertahan  di saat dunia ku lihat hitam

Legend Mana Boleh Putus Asa

Yes. I've been so busy lately sampai terabai this blog (kononnyalah).  Doakan saya dan kawan kawan untuk final battle hujung bulan 10 ni. Btw, Happy Eid Mubarak. :) Kullu 'amin wa antum bikhoir. Saya masih ingat bagaimana gemparnya sekolah apabila pelajar kelas pertama didapati gagal dalam subjek Biologi pada ujian awal tahun. Dan pelajar itu saya. Apa yang menjadikan tajuk itu lebih sensasi apabila subjek Kimia saya 90+ , tetapi Biologi saya cuma 20+. Itu memang bikin gamat. Bikin risau. Kecoh satu bilik guru. Series. Hampir setiap cikgu yang mengajar, bahkan yang tidak mengajar saya sanggup meluangkan masa secara purata 20 minit untuk menasihat saya. Dan untuk itu, saya berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan cikgu walau ketika itu nasihat cikgu ibarat mencurah air ke daun yang dah mati. Eh? Saya waktu itu memang telah bertekad dan membuat pilihan untuk mengabaikan subjek itu sepenuhnya. Hurmm. Sampai sekarang saya masih 'anti' Bio. Tapi saya bersy

Ilal Liqa', Sahib

I promised you, didn't I? So, here we go: A Letter To Say 'Siiru Alaa Barakatillah' To be able to gather once again all together, I thank Allah. And to have the feeling: ' I know one day we will do this again' I thank Allah. Yes. Deep down I have that faith, that instinct: One fine day we will see each other again, Insya Allah. Like always. But saying goodbye is always a hard thing to do. It never has been easy and never will. I always believe that it is the dua' that keeps us all together. Because all things leave and do not return, except for dua'. It leaves with hope and returns with abundance. Take care, sahib. Ilal Liqa'          :) Is that your voice caught in the mountain air, leading me to nowhere, drifting in silent prayer. p/s: che tak tuleih bahasa arab sebab nahu dan vocab che dah ke laut. kalau che tuleih deutsch jadik lain pulak nanti na...