Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Kerana Hidup Bukan Satu Bulan

Bila masjid tempat kami berbuka sekeluarga itu menggemakan takbir, takbir tanda kemenangan, hatiku hiba terus. Bukan. Bukan kerana ini Ramadhan terakhirku bersama mereka. Bukan. Bukan kerana aku rasa telah mensia-siakan Ramadhan kali ini.Bukan kerana Ramadhan telah pergi dan syaitan mula berlari lagi. Tapi, aku hiba kerana aku tidak tahu apakah aku akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Aku hiba kerana boleh jadi ini Ramadhan terakhir hidupku. Tapi aku tidak tahu. Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini telah aku lalui dengan jayanya. Aku mungkin akan berkata Ramadhan ini Ramadhan terbaik dalam kehidupanku. Ya,aku mungkin akan berkata begitu seandainya tidak sampai kepadaku tentang salah satu tanda kecelakaan diri. Tanda celakanya seseorang itu adalah apabila dia terkenang kenang akan kebaikan yang dilakukannya sedang dia tidak tahu Allah saw terima atau tidak kebaikannya. Haa. Itu dia. Allahu Allah. Jadi, tidak hairanlah 6 bulan sebelum Ramadhan para sahabat akan berdoa moga dip

It's In Your Blood

Senyum. Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi. Dan sememangnya rugi seorang muslim itu apabila Ramadhan pergi,namun dosanya masih tidak diampuni. Maka, di malam-malam terakhir terawih ini, ayuh panjatkan doa kepada Tuhan, moga Dia memilih kita seperti yang lain agar Ramadhan tinggalkan kita dengan satu tarbiah yang subur sehingga kunjungnya lagi tahun hadapan. Mendepankan hakikat bahawa mungkin ini puasa kali terakhirku di tanah air tercinta bersama keluarga (moga-moga, amin), andai rezekiku beraya di perantauan tahun hadapan, aku dengan berlapang dada menikmati setiap saat ini. Aku memberikan sehabis baik, merakam cuma yang baik baik, menyimpan apa yang indah untuk satu masa nanti aku kenang sambil tersenyum dan bersyukur aku pernah diberi kesempatan dan peluang sebaik itu. Semua itu aku buat dalam sedar. Bahkan aku juga sudah mula menulis satu senarai panjang apa yang aku ingin lakukan sebelum aku berangkat. Itu hasilnya, apabila aku mula berfikir ini mungkin kali terakhir