Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Tangguh Esok

Aku sebenarnya ada target. Target aku nak beat jumlah Post tahun lepas. Reason? Berapa banyak aku post menunjukkan betapa rajinnya aku wakaka. Kau hadap laptop, kau ada idea nak tulis kau fikir ayat yang sesuai untuk dilontarkan dan kau tulis. Berapa kerja tu? #3kerja. Kalah ehem ehem (akhem terbelahak la pulak) Dan aku sudah merancang post bulan Disember berkaitan apa. Aku nak buat konklusi apa yang aku telah belajar sepanjang beberapa bulan yang hampir setahun duduk kat sini. (Wow hampir setahun tak balik rumah. Just Wow, I'm impressed) Tapi untuk aku mula menaip tu yang malas. Lihatlah, esok hari terakhir 2015 dan sekarang pon aku menulis merapu yang tak termasuk dalam plan aku. Well done bro, well done. Siapa tengah mengalami krisis dengan diri sendiri? Krisis pembesaran mungkin. Krisis mematangkan diri dan membuat pilihan. Duduk kat sini jauh dari semua orang, kau memang harus kuat melawan diri sendiri sebab kau ada kebebasan itu. Dan masalah dia bila kau sedar something

Adab Sebagai Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

"Qari dan Hafiz haruslah berperangai dengan perangai yang baik dan diredhai. Menyempurnakan perangai tersebut seperti zuhud terhadap kemewahan dunia, tidak menaruh perhatian kepada harta dunia dan para penggila dunia seraya menyedikitkan sahaja. Juga murah hati, orang yang dermawan, orangnya berahlak mulia, orangnya berwajah berseri-seri dan tidak masam. Orangnya santun, orangnya penyabar, orangnya menghindari dari pekerjaan-pekerjaan yang menghinakan dan sentiasa perindahkan dirinya, menjauhi tempat-tempat tertawa dan tidak bercanda berlebihan. Takut pada 'ujub, takut pada riya' dan takut pada hasad. Takut merendah-rendahkan orang lain dan takut takabbur dan dia sentiasa berhati-hati. Mempergunakan zikir dan doa yang ma'thur serta tasbih dan tahlil yang jelas sumbernya. Selalu ingat kepada Allah saat sepi dan damai dan menyandarkan segala urusan kepada Allah. Demikianlah sebahagian adab pembaca dan penghafaz Al-Quran yang perlu disempurnakan." -Syeikh Zainud

I Give Up

Aku rasa kalau aku mengaku aku tak kenal sepenuhnya lagi diri aku korang tak terkejut kan? In fact ramai akan jawab: Aku pon! Aku tak kenal betul-betul siapa aku. Apa kemampuan dan kelebihan aku, apa yang sebenarnya aku nak dan sebagainya. Dulu aku jenis yang berfikir tentang soalan-soalan macam ni. Aku nak kenal siapa aku. Aku nak tahu macam mana sebenarnya aku. Aku nak tahu kenapa aku lahir tarikh ni, aku nak tahu anak kedua macam mana, aku nak tahu untuk apa aku ada kat bumi ni dan so on. Dan aku cuba cari jawapan. Aku jumpa jawapan, tapi jawapan tu tak puaskan hati aku. I mean like contoh: Untuk apa aku lahir kat dunia ni? Untuk menjadi Khalifah dan Abid. Bagi aku jawapan itu terlalu general. Semua orang adalah untuk tu. Aku nak jawapan yang lebih spesifik. Contohnya, kau wujud untuk… lol. Aku pon tak mampu nak fikir satu even untuk beberapa minit yng telah berlalu. Sehinggalah aku berhenti mencari jawapan dan go with the flow of life. Tapi dalam masa sama aku jumpa ja

Jangan Tunggu Tabung Itu Penuh

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Pasti semua pernah dengar peribahasa ini sejak kecil lagi. Peribahasa ini popular dan sinonim dengan menabung. Tujuannya untuk menggalakkan ramai menabung demi masa depan dan tidak boros berbelanja. Tetapi saya ingin mempersembahkan peribahasa ini dari sudut baru pula. Sedar tidak sedar kita juga mampu menabung dosa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bam! (Bergegar otak sekejap baca idea gila saya.) Persoalannya, betul atau tidak atau sekadar kontorversi acah nak sentap? Kawan saya pernah berpesan kepada saya tentang Hidayah. Dia kata: Hidayah itu juga perlu direbut. Kalau hidayah singgah menyapa dan kita buat tak tahu dan terus mengabaikannya maka hidayah akan pergi. Sampai satu masa hidayah dah taknak singgah lagi. T.T Ibarat tersesat jalan kalau kita perasan jalan yang kita ambil salah, kita akan terus mencari tempat untuk membuat U-Turn kan? Apa jadi kalau kita perasan kita tersalah jalan dan terus memandu ke depan. Lama-lama destinasi yang

Di Hamparan Sejadah Itu

Di hamparan sejadah itu aku duduk berdoa dari jiwa meluah segala rasa walau aku tahu tanpa kata semua sudah diketahuiNya Di hamparan sejadah itu dahiku sujud hatiku tunduk meminta-minta sambil teresak-esak takut dosa hitam masih melekat saat roh dicabut dari jasad Di hamparan sejadah itu aku temui kekuatan buat bekalan berdepan ujian dalam payah jerih berkorban moga semuanya kerana Tuhan Di hamparan sejadah itu semua menjadi saksi aku bersujud kepada Ilahi waktu sukar waktu genting waktu senang waktu lapang aku mencari Tuhan Di hamparan sejadah itu aku kembali pulang meski berkali kali meninggalkan dalam jijik dan lusuh berharap tidakkan lagi tersalah jalan

Tiada Milik Kita

Bila kita merasa sesuatu perkara itu milik kita, saat itulah kita sedang menempah banyak kesengsaraan dalam hidup kita. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, contohnya bila kita merasa kawan itu kita yang punya dan bila dia mula rapat dengan orang lain, saat itulah akan timbulnya jeles prasangka dan sebagainya. Atau bila kita rasa kawan itu kawan kita, bila kita terpaksa berpisah, masa itulah kita rasa ditinggalkan bila kita lihat kawan kita seolah-olah telah lupa tentang kita kerana dia nampak sangat gembira dengan kehidupan barunya. Lalu diam-diam kita melabel mereka sebagai pengkhianat dalam persahabatan. Dulu janji nak berukhuwwah sampai syurga tapi dapat kawan baru lupakan saya. Itulah di antara contoh sekiranya kita berlagak sebagai pemilik dan bukan peminjam. Orang yang meminjam ini sedar yang sampai satu waktu dia terpaksa pulangkan barang yang dipinjam kepada Tuannya. Dan orang yang sedar bahawa dia seorang peminjam sedar bahawa dia tiada hak milik penuh ke atas barang y

Aku Anak Murid

“Kau nampak tangki besar kat belakang tu? ” Taufiq menunjuk ke arah tangki besar di belakang asrama perempuan sambil berjalan menuju ke dewan makan dari bangunan akademik. Mereka berdua baru sahaja selesai latihan Pingpong. “Apahal dengan tangki tu? Kau jangan nak cerita bukan-bukan lagi eh. Semalam aku tak dapat tidur, gila.” Hahaha. Taufiq tergelak. Berjiwa singa konon. Pahlawan Melayu Melaka konon. “Tangki tu... Legend je boleh panjat. ” “Sape yang bangang nak panjat situ. Buat apa. Bukan ada faedah pon.” Syamil menjawab sambil mengerling ke arah tangki besar itu. Tinggi juga kalau dipandang betul-betul ni. “Kita lah yang bangang. Nanti sebelum keluar sekolah, malam terakhir lepas habis paper last Biologi nanti kita panjat, ok?” Syamil melepaskan keluhan sambil tersengih sambil menjawab: “Kau bodoh ke terlampau bijak ni?” *** “Apa kebenda entah. Dah seminggu macam ni. Takde air. Pergi kolah nak mandi bagai. Tangki besar besar kat atas tu simpan

Azam Tambahan

Sempena masuknya tahun baru Maal Hijrah ni, biar aku coretkan sesuatu untuk peringatan kepada diriku sendiri. Tahun baru selalunya sinonim dengan azam baru. Bila tahun baru datang, ramai orang berazam, tapi... azam tak semestinya baru. Kah! Kadang-kadang azam kitar semula dari tahun dulu-dulu yang dah bertahun-tahun berazam tapi tak tercapai matlamat. Maka seharusnya kita buat muhasabah, analisis dan kaji selidik: Mengapa azam aku gagal atau tidak berjaya atau separuh jalan dan sebagainya. Sedia kita maklum azam ni umpama destinasi supaya pemandu tidak memandu tanpa hala tuju dan menghabiskan minyak dan tenaga begitu sahaja. Azam yang tidak terlalu jelas dan terlalu besar skopnya juga antara punca kegagalan kita mencapai sasaran. Contohnya: Aku ingin menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tidak saya katakan salah, tapi sebaiknya ada kayu ukur supaya kita tahu target kita. Apa definisi 'lebih baik dari tahun lepas' bagi kita? Sebaliknya azam yang berbunyi seperti: Setiap bula

Luruh Bukan Sekadar Jatuh

Aku lihat daun kuning itu mula gugur Seperti baru semalam daun itu masih hijau Adakah bumi berputar semakin laju Atau aku yang separa sedar melawan masa Aku lihat daun hijau semalam itu hari ini bermacam warna Seperti kita satu nyawa semuanya tapi pengkahiran yang berbeza Dan padang hijau yang semalam ku lihat biasa biasa Tapi pagi ini aku bangun seperti memandang seni cinta Lalu aku tersenyum mengakui kebesaran Yang Maha Esa Betapa banyak sekalipun daun yang gugur di musim luruh ini Tiada satupun yang gugur ke tanah Melainkan semua dalam pengetahuan Dia Musim luruh kali pertama ini Mencoret makna di kamus hidup Luruh bukan sekadar jatuh Luruh itu pengorbanan Seperti mana pohon berkorban daun Sebelum tiba musim bekunya air Tapi bila musim bunga menyapa Pohon kering itu rendang semula Begitulah hidup di dunia Perlukan pengorbanan untuk cita Memang sukar pada mulanya Tapi jika bekalan sabar dan taqwa Waktu sukar kan berlalu jua 10.15 13.10

Keizzahan Islam

Belajar kat sini buat aku sedar dan belajar banyak perkara yang sebelum ini aku tak sedar, ambil mudah atau remeh dan perkara yang aku tak tahu. Antara satunya ialah rasa izzah dengan Islam. Aku baru perasan selepas aku travel berseorangan akhir-akhir ni, aku malu dengan Islam. Err.. Boleh dikatakan macam tulah. Aku malu nak ambil wudhu' basuh kaki di sinki sebab takut orang pandang pelik. Aku ambil wudhu' dalam keadaan tergesa-gesa bila orang tiada takut tiba-tiba ada orang masuk. Aku juga solat dalam keadaan tergesa-gesa di tempat awam kerana tidak mahu menjadi tumpuan dan dipandang pelik. Not to mention aku berhenti baca Al-Quran bila ada orang melintas atau nak lalu depan kerusi yang aku duduk just sebab taknak mereka fikir pelik atau syak sesuatu yang buruk. Dan kelas kami yang bakal bermula untuk pertama kalinya pada bulan 10 ini buat aku risau bagaimana untuk solat, bagaimana untuk mengambil wudhu' dan sebagainya. Dan aku teringat sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhu

Buat Adik Abang

Buat adik abang yang abang sayang, Abang nak adik tahu abang sayang adik walau abang tak pernah bagitahu adik. Abang nak adik tahu abang bangga jadi abang adik. Abang nak adik tahu adik lah penyeri keluarga kami. Abang tak pernah minta maaf bila abang gagal banyak perkara. Abang memang seorang pelajar cemerlang, tapi cemerlang abang hanya akademik sahaja. Abang gagal mengawal emosi abang. Abang gagal mengetepikan keinginan abang dan mendahulukan apa yang lebih utama. Abang pentingkan diri dan hanya tahu melarikan diri. Abang nak adik tahu banyak perkara yang abang masih sesal sampai sekarang. Abang masih sesal apabila abang menghalang adik hadir untuk pemilihan bola sepak waktu sekolah rendah dahulu. Sebenarnya abang takut. Abang takut populariti abang dirampas. Abang takut posisi abang sebagai penyarang akan bertukar ke pemain tengah sahaja. Abang masih simpan rasa sesal itu sehingga sekarang. Abang masih ingat bila abang pulang menaiki basikal pra-latihan sebelum pemil

Cerita Lama

Kau kecik-kecik dulu nak jadi apa? Sabri memulakan perbualan di tengah-tengah padang besar sekolah tu. Harini Hari Sukan dan memandangkan aku telah bersara dari dunia atlet awal tahun tu, aku tidak mengambil bahagian dalam apa-apa acara pon. Sabri pula memang tidak suka bersukan. Aku? Eh, banyak. Mula-mula aku nak jadi juruterbang. Dahla kaya pastu terbang selalu pulak tu. Pastu aku dengar kerja Scientis bapak cool. Buat experiment je kerja. Boleh main letup-letup. Pastu aku nak jadi Motivator sebab aku suka tengok Dr. Fadzillah Kamsah dulu waktu aku kecik-kecik. Aku menjawab sambil tersengih teringat betapa suci dan lurusnya pemikiran kanak-kanak ku. “Sekarang kau nak jadi apa?” Sabri bertanya lagi sambil menguis daun-daun kering yang berguguran di bawah pokok rendang tempat kami menonton acara lumba lari 4x4 tadi. Rumah Kuning menang. Entah la weh. Aku tak tahu nak pilih mana satu. Kau tahu kan, aku nak jadi doktor bila aku masuk sekolah menengah. Mungkin sebab semua

We're Never Alone

“I’ve been choosing the wrong path. I know I walked the wrong path. The path that I should’ve avoided because I know that this is not where I should’ve been.” “That’s not the point now. I mean it’s more than pointless talking about it. You should rather take the U-Turn now instead of blabbering. You know what, it’s good that you regret now because you still have time” “Yes, we’ve been talking about this for ages. I know. People might think you’re such a bad friend when they heard our conservation because you didn’t even let me finish what I want to say” And they smiled. “But you know me better than anyone. I don’t need to talk and be honest when you know all I need is some push. You know what, I never thank you enough for all the things you’ve done. Well, I might not look like I appreciate it, but I am sure one day I will be thankful that I’ve got a friend like you.” “Well, what’s so sudden?” “Thank you for being there behind me, acting like a superhero and a

Hello, neues Ort :)

Sejak aku sampai sini, sudah lima hari tiada internet. Kebetulan maintainance Internet rosak. Dan thanks sebab internet jammed, aku dapat tulis macam-macam. Mungkin sebab dah lama tiada internet, harini hati aku makin huru-hara. Oh ye, aku sudah sampai ke tempat baru dan sedang menunggu untuk memulakan semester pertamaku di sini sebagai pelajar degree. Insya Allah bulan depan. Dulu ada senior perempuan belajar dekat sini. Tapi dah lama tiada dan aku menjadi perempuan pertama yang mengisi kembali ruang kosong tu. Tiada pelajar Malaysia perempuan lain di sini selain aku. Ada pelajar senior lelaki Malaysia lain di sini. Alhamdulillah mereka banyak membantu sejak aku datang ke sini. Tapi tu lah aku cakap, terperap tanpa internet dan tidak tahu hendak buat apa mungkin telah mencetuskan rasa gundah di hatiku sekarang ni. Harini mula aku katakan pada diri: Oh, begini rasa  hidup sendirian. Begini rasa kesunyian yang mencengkam. Aku harap things akan get better. Menjadi pelajar d

Sayonara Kassel

Esok aku akan bergerak meninggalkan Kassel untuk memulakan perjalanan yang seterusnya. Sedih kerana aku dari dulu lagi semenjak tiba ke tempat ini mula sayangkan tempat ni. Another goodbye dalam life lah. Lol. Aku melantak di hari terakhir satu kebab daging satu kebab ayam. Oh ye, aku tak jumpa lagi rumah nak tinggal kat tempat baru. Akan menumpang di rumah senior dulu buat sementara waktu. Doakan aku dapat tempat tinggal yang patuh pada syariat dan mudah untuk aku menjaga batasan agama. Besar cabaran tinggal di luar negara ni. Tak sentiasa indah seperti yang orang bayangkan. Ada harga yang perlu dibayar. Jujur aku cakap, perasaan teruja untuk berpindah ke tempat baru dan memulakan perjalanan ijazah kalah dengan perasan takut dan sedih. Takut sebab tak boleh bayang macam mana macam mana. Sedih sebab kena pindah dari Kassel. Sedih sebab kena hadap perpisahan yang lain dalam hidup. Oh well well. Aku even tak boleh nak start packing pon lagi. Bila fikir pasal packing je dah kecut p

Parasit dan Perumah

Tumbuhan yang hidup menumpang di pokok pokok yang besar hidupnya bergantung kepada sang perumah. Dan ada dia antara mereka bersifat parasit. Tumbuhan parasit ini telah mencuri dan mengambil secara paksa energi dan nutrisi dari sang perumah menyebabkan sang perumah sama ada perlu lebih berkerja keras untuk menghasilkan makanan atau akan terseksa dan mengalami masalah tertentu. Bukan tumbuhan sahaja ada yang bersifat parasit malah haiwan juga. Bahkan terkadang mereka merosakkan perumah sehingga mengakibatkan kematian sang perumah dan secara tidak langsung mengakhiri hidup mereka sendiri. Menyedihkan betul tumbuhan dan haiwan parasit ini. Bila dicantas dan dihalau mereka tidak mampu hidup. Tapi bila diberi tumpang kembali menggigit tuan. Begitulah seandainya ada anasir yang dibiar melekat di dalam jiwa. Begitulah seandainya cinta dunia dibiar bercambah di dalam dada. Begitulah seandainya syaitan mula dijadikan teman rapat dalam segala perkara. Lama-lama nanti sang perumah yang akan t

Bebaskah Aku?

Kita sentiasa hidup dalam ketakutan. Takut dengan masa depan. Takut untuk memilih kerana takut akan kegagalan. Takut untuk membuat pilihan kerana tidak pasti pilihan yang dibuat terbaik untuk kita atau tidak. Yang kita ada cuma keyakinan dan semangat. Yakin yang selepas kita beristikharah dan bermusyawarah, inilah jalan yang terbaik untuk kita. Yakin yang Allah sedang memandu kita menuju yang terbaik. Yakin yang pertolongan Allah itu hampir. Dan apa yang kita perlu buat ialah usaha dan usaha dan usaha. Tapi terkadang ragu sering kali menguasai hati. Jalan terbaik itu pastilah jalan yang membawa kita lagi dekat kepada Allah tapi dalam masa yang sama kita bersifat qanaah dengan dunia. Bagaimana ingin menuju ke akhirat seandainya jalan dunia kita haramkan. Ini musim para pelajar akan memulakan satu kehidupan baru. Musim pendaftaran di universiti baik awam mahupun swasta. Ada di antara kita ditawarkan kos yang kita impikan, tapi ada juga yang mendapat kos yang bukan dalam pilihan. A

Aku Membuang Masa

"The life of this world is made up of three days: Yesterday has gone with all that was done; Tomorrow, you may never reach; But Today is for you. So do what you should do today." Hassan Al-Basree Kerana Exam Bahasa telah lama tamat hampir sebulan yang lepas, makin lama makin bosan aku tak tahu nak buat apa. Ya, kelas bahasa masih berjalan seperti biasa. Tapi nilah orang kata, belajar untuk periksa maka semakin hari semakin tiada semangat atau keinginan lagi untuk belajar bahasa. Senang cerita no point. Padahal setiap kali aku ke kelas aku akan belajar perkara baru. Aku kata dulu aku suka nak belajar perkara baru. Pertama aku rasa malas kerana Homework. Kedua sebab aku tak sabar-sabar nak masuk Degree and so on. Aku tak pernah pulak sebelum ni terfikir macam mana kalau aku bosan kat sini. Dulu kalau aku bosan kat Malaysia, benda aku buat ialah larikan diri. Sama ada lari balik rumah atau lari keluar  pergi jalan mana-mana sorang sorang. Dan aku ingat aku boleh buat

Sibukkanlah Diri

"A sign of heart's death is the absence of sadness over the acts of obedience you have neglected and the abandonment of regret over the mistakes you have made" Makanan kalau lepas masak bukannya terus basi. Dan bukannya lepas tinggal atas meja jadi basi. Makanan jadi takleh makan contoh mungkin sebab tak ditutup lalu dihurung lalat. Makanan kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan berhari-hari kot. Kenapa? Sebab bakteria tak hidup atau sukar membiak pada suhu yang rendah. Sama dengan hati. Bukan boleh terus mati. Contoh bila tinggal Solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja. Atau tak join majlis ilmu atau tak baca Al-Quran. Lama-lama hati kering, kurang sensitif lalu mati. Hilang bersama rasa atau akhlak yang sepatutnya ada contoh belas ihsan, kejujuran dan paling penting takut kepada Tuhan. Dan process orang nak mati (bukan mati mengejut) pon nazak dulu kan? Sama jugak dalam tempoh kita mula menjarakkan diri kita daripada perkara perkara yang menyuburk

Harapan dan Penyesalan

Setiap orang ada sesal dalam hidup. Bahkan kadang-kadang bukan satu, tetapi beribu. Sesal yang anehnya terkadang berpunca daripada cuma satu perkara. Bukannya kita tak belajar dari pengalaman yang mengajar, tapi kerana kita terkadang ego misalnya. Atau kerana sayang puncanya. Kita berulang-ulang kali melakukan kesilapan yang sama, bertandang-tandang rasa kesalnya. Dan akhirnya kita hidup dengan harapan binasa. Sesuatu yang bertentangan dengan sifat harapan yang menghadirkan keyakinan. Kita hidup dengan berharap dapat kembali ke waktu lalu untuk memperbetulkan kesilapan kita hasil daripada penyesalan. Dan kita mula tertanya-tanya sejauh manakah laluan kita sekarang akan berbeza sekiranya kita tidak melakukan itu atau ini satu ketika dulu. Atau permainan seandainya mula bermain tarik tali di dalam kepala bila rasa sesal menghantui masa. Yang menghairankan adalah bukan sekali kita merasa sesal tetapi terus-terusan mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin kerana rasa sesal itu datang

Don't Take The Same Road As Mine

Saya rasa saya perlu menulis sebab saya nak sampaikan sesuatu untuk kawan saya tu. Yepp I know I always talk or write about pain, introvert and so on. Nampak tak yang topik ni sangat difokuskan dalam kehidupan saya? The thing is deep down aku taknak kawan-kawan aku jadi introvert. Sementelah lagi mereka mula faham apa yang aku cakap selama ni. Aku harap kawan-kawan aku pilih jalan yang lagi better dari aku. Aku taknak kawan-kawan aku pilih the same road macam aku. Aku selalu cakap pasal kelebihan kau tak bina connection dengan orang. Tapi kau tak tahu hidup tanpa connection macam mana. Dan terus-terang ni jalan orang penakut. Takut nak embrace perkara baru. Takut masa depan. Kalau kau tak pernah bagi ruang kat orang, macam mana kau nak tahu dia akan 'betray' kau atau tak. Ye ye jalan paling selamat tak ambil risiko. Tapi tu jalan penakut. Aku harap kau even dah kenal pain of attachment tu tak pilih untuk taknak percaya lagi. Sebab kau dah faham yang kau tak sepatutnya at

Salam Aidilfitri

Mungkin sebab aku dah jumpa orang, dah terisi sedikit hole dalam hati aku ni dan banyak bercakap, I feel like there's nothing to write. Sebab apa yang aku tulis adalah apa benda yang berlegar dalam otak aku dan the only way aku rasa lega ialah dengan mengexpress atau berkongsi. Salah satu caranya dengan menulis. Tapi ni bila dah jumpa dengan orang, borak borak walaupun tak sentuh pon part apa yang aku nak merepek dalam blog ni, apa yang aku nak tulis dah takde idea. Mungkin sebab sekarang aku perlukan space untuk diri aku sendiri sementelah over interact dengan orang for the past few days. Well mungkin macam tu. Anyway, seronok tengok orang bergambar raya bersama keluarga ziarah-menziarahi even cerita raya tu aku tak pernah dapat experience macam mana korang rasa. Tapi bagi aku yang paling penting adalah bersama keluarga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Maaf, tak rasa nak belanja gambar orang sini beraya macam mana.

Cerita Tersambung Balik

Teruk tak teruk aku tinggal blog ni, sampai tahap aku lupa adress blog aku sendiri. Aku hilang cinta, hilang semangat nak menulis. Lol, tambah lagi introvert macam aku ni. That  fight dalam diri kau antara nak menulis sebab kau belajar dari hidup tapi dalam masa yang sama kau tahu kau akan dedahkan pada dunia tentang diri kau. Tapi, Alhamdulillah, somehow aku gain  balik minat dan nak ni. Mungkin sebab aku dah perlukan ruang untuk meng'express' apa yang aku fikir. Tapi problem paling besar sekarang, gaya aku nak menulis lebih kepada Essay Jerman. Aku tak tahu bagus ke tak. Sebab kadang-kadang aku tak dapat idea apa perkataan tu dalam Bahasa Melayu. Aku pon dah habis Test DaF ( Test untuk Bahasa Jerman sebagai syarat kelayakan masuk ke Universiti kat sini ) Even aku da buat list untuk apa yang bakal aku tulis. Tapi biasalah hatikan berbolak-balik. Hahaha. Aku pon ada waktu aku nak declare yang aku dah sampai kat sini, tapi dalam masa yang sama aku nak jugak keep as secret.

Short Notice

Apparently, I seem to have no more idea or mood to write. I figure out that the main reason is the lack of reading. Well because it's so hard to get a book that you understand here and read. It's an excuse, I know. Because I can still read from the blog internet or anything. But the thing is, it's not the same. You have to admit it. And a book that inspires me to think and ponder lead me to share through writing. I guess we'll have to wait when will I write again. But till the time come, let's pray I find a new way to survive this. A life without a book is so dull. Oh yeah, June 2015 is coming. How time flies. Like seriously 2016 is just 6 months from now on. And 17 days more before Ramadhan. Have you prepared yourself so well? Ahlan Ramadhan, Ahlan Ya Shahrul Karim :)

Kasar Berkasar

Dulu, aku selalu acah acah jadi orang tak berperasaan. Berlakon jadi orang yang tak kisah, tapi deep down kadang kadang ada benda yang aku cakap aku tak kisah tapi sebenarnya aku kisah. Dan sejak aku masuk GMi aku amik watak orang bersikap kasar dan pentingkan diri. Kononlah nak cakap diri ni tough gitu. Dan aku tak sedar benda tu jadi amalan sehinggalah ada satu ketika aku buat benda tu kat mak aku. Benda apa erk? Satu petang aku belikan mak makanan kesukaan mak sebab aku tahu mak dah lama tak makan. Dan alang-alang aku keluar tu aku singgah kedai tu dan belikan semua untuk mak. Dan bila aku balik kebetulan mak kat dapur tengah lepak tengok tv. Aku ambil pinggan dan piring untuk mak sebab mak tak suka makan dalam plastik terus macam tu even boleh je buat. Dan bila mak tengok ada ikan goreng celup tepung, mak pon cakap: Ermm, ni macam mana anis nak makan ni, banyak sangat tulang ni. Dan aku pon jawab: Eh, tu yang mak punya. Mak ingat anis beli untuk anis? ( dengan nada yang b