Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Manusia Yang Terburu Buru

Bismillah. Sungguh,manusia diciptakan dengan sifat terburu buru. Bila berdoa,kita ingin terus dijawab. Bila ditimpa masalah,kita ingin terus selesai. Bila datang rasa sedih, kita ingin terus melupakan. Bila melabur,kita ingin terus melihat hasil. Bila berguru,kita ingin terus bergelar alim. Ya! Begitulah secara semulajadinya sifat manusia yang jika tidak dibentuk akan meranalah kita. Ayuh renung sejenak tentang semua yang telah kita kecapi dan lalui. Tentang masa lalu. Detik gembira dan kemenangan. Waktu sedih merundung rasa. Mana satu yang membawa kita dekat kepada Allah? Jadi inilah persoalannya : Bagaimana jika setiap satu apa yang terjadi adalah panggilan untuk kita kembali kepada Allah? Jika kita cemerlang,bagaimana sekiranya sebenarnya kecemerlangan itu adalah satu bentuk panggilan dari Allah untuk kita agar menjadi hamba yang lebih taat dan bersyukur kepadaNya? Jika kita dilanda musibah,bagaimana sekiranya sebenarnya musibah yang datang bertimpa tangga itu adalah pang

Cerita Air Paip

Bismilllah. Lama kiranya sejak kali terakhir aku mencoret sesuatu. Untuk kali ini,izinkan aku berkongsi kisah air paip. Moga ada pengajaran yang diambil dari sudut yang positif. Akhir tahun lepas, kakak ku pulang ke rumah untuk semester break. Kakak pulang beberapa minggu lebih awal dariku. Selepas tamat ujian Summative 2013, cuti dua minggu bermula. Itulah cuti paling panjang sebelum aku menduduki AS Exam. Namun,apabila aku menjejakkan kaki ke rumah,yang aku dapati cumalah kakak yang 'terbongkang' tidur dalam bilik. Bermulalah sesi 'mengadu' adik menceritakan kerenahnya yang tidak dilayan kakak. Akulah terpaksa melayan,mendengar  semua cerita kucing,kawan, mak tak bagi beli itu, mak suruh buat ini dan blabla. Aku tidak ingat bila, tetapi apabila aku merasa dahaga kerana terik yang berbahang,aku ke dapur membuka peti sejuk. Dan aku dapati satu botol air Mountain Dew yang berisi air kosong. Lantas ku gapai dan ku teguk. Apabila aku kembali ke bilik, aku bers